Tuesday, January 06, 2015

Nasik Lemak 2.0

Aku selalu menonton rancangan man vs food. Sebuah rancabgan TV untuk channel TLC dihostkan oleh Adam Richman (Adam lelaki Kaya). Intipati rancangan tersebut ialah sekuat manakah nafsu manusia untuk menghabiskan satu hidangan makanan yang dikatakan sedap tapi mencabar. Mencabar mungkin kerana ia sangat banyak atau pun memmpunyai ciri-ciri pemusnah seperti pedas tahap masuk tanah. Selalunya, apabila menonton rancangan ini, aku mula membayangkan host rancangan ini akan berumur pendek!

Aku pehatikan, dalam rancangan tersebut setiap bekalan yang dijual ditimbang dengan adil. Jika sebutir burger mempunyai daging, dagingnya ditimbang dengan tepat dan selalunya ada penimbang di sisi tukang masak. Dan lain-lain bahan yang dikra sebagai sebagai hiasan diberi sebanyak mungkin contohnya sayur-sayuran mentah dan juga kentang goreng. Tetapi jika menu itu berkait dengan kentang goreng, kentang goreng akan ditimbang mencukup dengan harga yang ditawarkan.

Aku melihat perkara ini tidak berlaku di dalam masyarakat kita dengan andaian sudah ada persetujuan antara pembeli dan penjual di atas transaiksi yang dilakukan. Contohnya, kalau beli nasik lemak harga yang dikira ialah sebungkus, tetapi tidak mengambil kira berat nasik dalam bungkusan tersebut, kadang kadang satu bungkus nasik lemal lebih banyak dari sebungkus yang lain. Kadang-kadang ikan bilis atau aya dalam nasik lemak lebih banyak dari nasik dan sebaliknya.

Begitu juga kalau kita membeli keropok lekor, saiz keropok yang dijual seringgit sebatang itu pun mempunyai perbezaan. Tidak kurang juga dengan saiz roti canai. Walaupun perbezaan itu kecil, lama-kelamaan ia akan menjadi besar! 

Namun, sudah ada aku lihat pengusaha yang menimbang doh keropok lekor sebelum ia direbus. Begitu juga, sudah ada penjual nasik lemak yang menggunakan ukuran cawan sebagai asas sebungkus nasik lemak. Tetapi adakah itu saiz sebenar untuk sebungkus nasik lemak. 

Aku teringin membeli nasik lemak yang ditampal "10gm RM2.00, lauk percuma".






No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...