Sunday, May 24, 2015

Perangkap Mimpi

Aku terbangun dari sebuah mimpi yang menyeramkan, dan aku dapati aku berada di suasana yang sangat berlainan. Seolah aku berada di alam lain. Aku mengigit-gigit bibir mencari bukti aku tidak bermimpi. Ah sakit, dan aku sememangnya tidak bermimpi, datang makhluk berterbangan ingin merampas naskah yang aku perolehi dari mimpi tadi. Dan aku gagal mengawal naskah tersebut. lantas aku terbangun lagi dari mimpi. Aku dapati aku sudah berada di dalam sebuah kereta yang di pandu keluar dari rumah yang mengadakan kenduri doa selamat. Tetapi jalan yang dilalui sangat berbeza dengan jalan masuknya.  Disebelah kiri adalah perkuburan cina dan kristian yang bercampur gaul, manakala sebelah kanan adalah perkuburan muslim dengan nisan berceracak, tiada kenderaan melalui jalan itu. Aku sesekali terbabas ke kiri dan kanan jalan kerana mata asyik melihat batu-batu kaku di perkuburan tersebut. Di hadapan ada sekumpulan anak-anak bermain. Jalan mati kata mereka apabila ditanya. Aku terus mengundurkan kereta dengan laju, kerana anak-anak itu kelihatan lain sekali. Dan kereta terus terbabas melanggar sebatang pokok di tepi jalan. dan aku terbangun lagi dari mimpi dan tangan sedang memegang sebuah naskah yang aku komen kerana sudah terlalu tua untuk dipublishkan, omelan rupanya tidak disenangi tuan punya naskah tersebut yang pendek dan berkaca mata itu. Dia membuka mulutnya seluas-luasnya ingin menelan aku hidup-hidup, dan suaranya gegak gempita. Aku ketakutan dan aku sedari bunyi azan yang kejauhan menguatkan semangat untuk hidup dan mengejutkan aku dari mimpi. Aku sedari aku berada di atas katil, aku masih mencari tanda-tanda adakah aku  masih di alam mimpi atau sudah bebas dari perangkap mimpi itu...

Friday, May 22, 2015

Jagalah Mata

Kini mata semakin kelabu dan urat kawalan mata sudah loose. Tapi alhamdulillah, masih lagi boleh melihat.

Pengalaman memandu ulang alik dari KT-PR membuatkan mata jadi alah pada sinaran lampu limpah kereta. Kalau masa ulang alik dulu, selamba je kalau kena high beam. Siap boleh lawan lagi mata siapa yang boleh tahan. Tapi banyak kali jugak aku tergugat kerana lawan aku main jahat pasang spotlight warna kuning. Terpaksalah aku mengalah.

Tapi kini, mata sudah letih, lampu tingi dan rendah sudah tak boleh dibezakan. Pemanduan malam pun sudah sedikit terencat. Lebih baik berhati hati di jalan raya.

tapi aku marah sangat dengat dengan kereta yang nyala sebelah, sebelah tinggi sebelah rendah, nak sound dengan high beam, aku faham lampu diaorang rosak. Tapi mata aku pedih woooo. Kalau boleh isi minyak tak kan tak leh tukar mentol sebijik, 10 hinggit je kalau kereta aku!!!!

Lagi seang senang duduk rumah jangan keluar malam. Keluar rumah menyusahkan orang, mendapat sumpah seranah orang. Aku pula dapat dosa.

hak ptui! aku memang betul betul marah nie.

Friday, May 01, 2015

Aku suka muzik

Becerita tentang muzik, tanpa sedar kecintaan kepada muzik ini berubah-berubah. Hendak dikatakan berubah mengikut usia aku tidak mahu mengiyakannya!

Sedari kecil aku sudah didedahkan dengan muzik. Setiap malam aku dengar bunyi radio sayup-sayup di malam hari. Bukan kerana bapaku suka mendengar lagu tetapi mungkin dia mahu mendengar berita terkini yang mungkin diwar-warkan melalui radio. Itu yang aku rasakan.

tetapi kecintaan pada muzik ini aku rasakan seakan tiada ketika aku bersekolah rendah. Melainkan suka menonton cerita-cerita bersiri seperti combat dan six million dolar man, aku tidak banyak melayan karenah dunia muzik pada waktu itu.dan aku tidak menonton muzik muzik kerana tv3 masih belum ada coverage kat kampung aku.

Memasuki tingkatan satu, seingat aku pernah punyai sebuah walkman, tetapi aku tidak ingat apa lagu yang aku mainkan ketika itu. ya memang aku tidak ingat langsung. Tetapi walkman inilah yang menyebabkan pendengaran ku ini sedikit tercalar!

Memasuki tingkatan 4, aku mula didedahkan dengan rock. Pada waktu tersebut genre rock sedang memegang industri muzik negara. Dengan ledakan ini, pelbagai kumpulan muzik muncul ditambah pula dengan pelbagai pertandingan muzik rock peringkat kebangsaan, menyemarakkan lagi perkembangan rock ini. Tapi aku hanya sekadar suka pada lagunya sahaja, bukan budayanya.

Memasuki univerisiti, kecintaan ini berubah lagi dengan meminati muzik metal. Tetapi ketika ini, yang hanya diminati hanyalah Metallica kerana metalnya lebih lembut dan jelas bunyi besinya.Dan ketika itu juga aku mula mengenali muzik klasik yang dimainkan di radio dan aku menyukainya, Tetapi aku merasakan aku terlepas satu peringkat pencarian ini kerana aku tidak pernah bertemu dengan underground. Namun, ketika aku mula berkerja aku pernah membeli sebuah kaset "Carburetor Dung" di central market.

Melalui metal dan underground ini, aku mula merasakan fungsi muzik untuk melepaskan perasaan ketidakpuasan hati dan menyuarakan pendapat tentang keseimbangan sosial yang senget. Namun, ia hanya di fahami oleh penulis lirik dan segelintir pendengar yang berfikir. Itu lah pandangan ku ketika itu.

Meniti usia, aku dapati muzik adalah universal, aku boleh mendengar lagu jepun yang aku tidak faham apa satu dengan rentak punk, aku boleh dengar lagu bollywood dan lagu arab, apatah lagi lagu-lagu tahap tinggi seperti lagu m, nasir. aku  dengar kesenuanya.

Namun sekali metal, metal selamanya. Sekarang aku lebih senang mendengar classical metal. Iaitu muzik klasik tetapi dimainkan secara metal. Walaupun tidak mempunyai lirik, tetapi aku dapat rasakan perasaan yang ada dalam lagu tersebut antara yang aku minati ialah 'Four Season" oleh vivaldi. Tetapi pada masa yang sama aku juga mendekati melodic metal, yang juga aku rasakan menpunyai cerita dan perasaan dalam lagu mereka seperti forest of shadow.


Tetapi muzik adalah tidak terhad, ciptaan pemuzik bebas yang suka-suka memasukkan ciptaan mereka ke youtube kadangkala  lebih ada rasa dan lebih muzikal seperti tunelari.

Ah....Muzik hanya untuk suka-suka aje sebenarnya. Kalau hati tidak suka, mendegarnya pun tidak lalu.





Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...