Sudah 3 kali aku berulang alik antara KT dan PR. Untuk ke PR dari KT, aku perlu melalui jalan kuantan-segamat-labis-chaah-yong peng-air hitam-Parit Raja (PR). Tetapi diantaranya ada shortcut melalui parit yaani. Kawan aku pesan, elakkan lalui jalan ini diwaktu malam. Melalui jalan ini, aku agak-agak boleh kurangkan perjalanan sebanyak 30 km.
Perjalanan ini sememangnya lebih jauh daripada menuju KL dan sistem jalanrayanya pula lebih teruk dari menuju KL kerana menuju KL boleh melalui lebuhraya yang dibayar untuk menggunakannya.
Sedangkan jalan yang dilalui ini adalah ehsan kerajaan kepada rakyat, kalau buruk pun rakyat terpaksa melaluinya juga.
Melalui 3 negeri menuju ke destinasi membolehkan aku membuat kesimpulan. Jalan raya di johor sangat teruk (maaf yer orang johor) berbanding jalan di Pahang dan Terengganu. Teruk maksud aku disini ialah ia seolah-olah tidak diselenggara menyebabkan jalan jadi jumping dengan tampalan-tampalan aspal, tambahan pula tiada lampu jalan kecuali dipekan-pekan utama. Keterukkan ini ditambah pula dengan keadaan jalan yangg turun naik, menyekatkan pandangan. Walaupun begitu, menyediakan laluan memotong dinegeri johor adalah satu idea yang baik. Cuma laluan memotong mestilah diselenggara dengan elok supaya lori ingin melalui jalan tersebut dan memberi ruang kepada kenderaan lain untuk memotong. setakat yang aku tengok laluan memotong pun dhaif, lori pun tak hingin melalui laluan tersebut, jadi laluan tersebut pula digunakan untuk memotong mengikut sisi kiri.
Melalui jalan segamat-kuantan di malam hari dan di siang hari mewujudkan perbezaan yang ketara. Laluan sepanjang 151km itu diwaktu siang amat menyesakkan. Maklumlah ia adalah laluan utama menghubungkan Kuantan dan segamat, pasti banyak "bahan" hendak dibawa masuk dan keluar, termasuk balak-balak yang menjadi kebanggaan pahang dm. Perjalanan diwaktu siang ada tersekat-sekat kerana terpaksa follow lori dan line sebelah pun diturut sibuk.
Berbeza di waktu malam, 2 malam melalui jalan ini, aku seperti raja, memecut laju tanpa rintangan. Cuma diri sahaja yang menjadi halangan. Di waktu malam tidak banyak kereta yang melalui jalan ini, mungkin kerana mitosnya. tetapi lori dan bas express tetap ada dan ruang untuk memotong terbuka luas.
Tetapi Johor pun ada cantiknya. Kebetulan pula aku ke Johor ketika rakyat Johor masih bersedih dengan kemangkatann sultan mereka. Jadi aku melihat satu permandangan yang rare pada kaca mata aku. Boleh dikatakan semua rakyat berkabung di atas kemangkatan ini. Aku jumpa tukang sapu memakai songkok dengan line putih, aku tidak hairan kerana mereka pekerja kerajaan. Tetapi yang lebih rare apabila penjual air tebu pun turut berkabung dengan cara yang sama, pekerja pam station termasuk bangladesh pun turut berkabung.
Ah perjalanan ini baru bermula!