Wednesday, January 06, 2010

Borang Maklumat Murid (BMM/SMM/06)



setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi kenapa setiap sessi persekolahan kena isi borang ini. Apa dah jadi dengan sistem yang dimaksudkan? Sistem manual ke? atau manual berkomputer.

Jadi aku membuat inisiatif sendiri untuk scan dan simpan borang nie dalam komputer aku. tahun depan , kalau nak kena isi lagi borang nie, boleh ubah apa yang patut dan print jer. kan senang tu!

Lepas scan, aku dapat file jenis image. So proses editing guna microsoft paint. Aku dah cuba guna pdf. tapi tak menjadi. mungkin ilmu tak cukup lagi


7 comments:

  1. mmg irritating. then nak pay slip ibu bapa plak. cikgu2 ni faham tak maksud P&C?

    ReplyDelete
  2. its not about "cikgu" yang nak.. sistem menghendakinya untuk melihat kelayakan seseorang murid itu untuk diberikan bantuan sepatutnya..

    guru2 pun sebanarnya sudah terlalu letih dengan segala mcm borang & hal2 perkeranian begini.. kalau boleh mmg tak ingin lgsung pun nk mengendahkannya.. tp demi tugas, saya yg menurut perintah..

    pelbagai sistem atau cadangan2 baru yang diperkenalkan mmg adakalanya bukan menyenangkan, malah menyusahkan.. namun penambahbaikkan akan sentiasa dilakukan untuk kebaikan semua pihak..

    p/s: cikgu2 yg nk kene key in sume data SMM murid tu lg bnyk giler nk kene buat compare to parents yg 'terpaksa' fill in form 'setiap tahun' tu.. renung2kan.. T_T

    ReplyDelete
  3. peluang perniagaan nih. Tulis ah proposal!

    ReplyDelete
  4. borang ini perlu diisi setiap tahun kerana terdapat beberapa perubahan pada maklumat peribadi anak dan ibu bapa berhubung pendapatan, tempat tinggal, bilangan anak / isi rumah, perubahan kelas anak dalam tanggungan, nombor telefon dan banyak lagi.....

    ReplyDelete
  5. hahaha...sampai sekarang sy belum isi lengkap borang tsbt...rasa mcm kena buat sendiri kat pc then save..nxt yr print lg sekali...huhu

    ReplyDelete
  6. saudara kalau x nak isi xpe, tp jgn salahkan kami guru jika anak tuan puan x dpt bantuan. Ini bukan "co Bisness" kami. Kami mengajar je. Kalau sedara x nak, kami pun x ingin.

    ReplyDelete
  7. Ibu bapa dan guru-guru menjadi mangsa kehendak sebuah kerajaan yang tidak efisien. Ibu bapa terpaksa mengisi borang yang sama untuk setiap anaknya, guru pula terpaksa menjadi kerani memasukkan beratus-ratus borang secara manual. Mengajar sudah tidak menjadi tugasan utama lagi. Sekolah pula sentiasa kekurangan kertas kerana terpaksa mencetak borang-borang yang sepatutnya boleh diisi secara online sahaja. Alternatif ini (kemaskini online) harus dibuka untuk ibubapa, agar bebanan para guru untuk memasukkan data dikurangkan hanya untuk ibubapa yang tiada capaian internet sahaja.
    p/s: saya simpan semua templates borang-borang ini jadi saya hanya perlu membuat kemaskini minima setiap tahun (perubahan gaji contohnya), dan mencetak dengan kemas untuk keenam-enam anak saya yang bersekolah. Tapi masih kasihankan guru-guru yang terpaksa memasukkannya kembali ke dalam sistem secara manual.

    ReplyDelete

DIY1000 - Panasonic Water Pump

  Haaaaaaa kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada ...