Selepas Allah kurniakan sedikit sejuk, sedikit lembab dan sedikit basah, musim itu kini berakhir, tanpa sedar kita sudah memasuki musim panas yang mencabar fizikal dan mental.
Sudah kelihatan rumput kekuningan dan tompok-tompok hitam rumput terbakar menandakan mungkin musim ini akan lebih panas dari sebelumya. Mungkin juga ia akan lebih cepat berakhir memandangkan bulan puasa akan muncul pada bulan August. Setelah menikmati nyaman tidur dalam dingin malam (rumah aku x de e-cond) hampir 2 bulan. Kini, tiba masanya kipas-kipas angin bekerja semula. Seawal pukul 4 petang, kipas-kipas ini bekerja tanpa henti sehingga dingin subuh meresap ke tulang sumsum. Itupun kalau rajin untuk bangun mematikan kipas. Selalunya tidak berlaku begitu.
Bil letrik bulan lepas sudah menunjukkan peningkatan hampir 50%. Di tambah pula dengan kadar yang baru diluluskan kerajaan, aku pasti untuk bulan-bulan akan datang, bil ini akan naik lagi. Tapi kata orang, "kita nak ke dia", terimalah apa sahaja.
Hanya satu langkah sahaja yang boleh dibuat sekarang iaitu, menggunakalan eletrik dengan berhemah dan berjimat. Tapi dalam dunia yang berasaskan elektromagnet hari ini, seolah penggunaan elektrik ini tanpa henti: peti sejuk berfungsi 24 jam, komputer perlu dihidupkan dengan letrik bersama dengan pencetak ,mini hifi, telefon perlu dichargekan, ubat penghalau nyamuk juga perlukan letrik, kipas syiling dan kipas lantai, lampu tidur, periuk nasi, cerek air serta tidak lupa kepada seterika. Ada masanya juga, kaki perlu digegarkan, tubuh juga di urut dan air tuku, semuanya memerlukan elektrik.
Selain dari langkah penjimatan, elektrik mesti di lawan juga dengan elektrik. Aku juga membeli satu alat eletrik yang di pasang pada plug. Katanya untuk menstabilkan letrik supaya penggunaannya adalah sebaik mungkin jadi tiada pembaziran. Dari sumber terdekat yang aku ada (orang yang dah 2 bulan pakai bende nie) , ia boleh menjimatkan sehingga 80%. Memandangkan, harganya boleh dicover balik dengan penjimatan sebulan, AKu tidak berfikir panjang, aku terus beli!
Tengoklah apa jadi pada bulan depan!