Friday, March 30, 2012

Suatu Hari Di Stesyen Petronas

Aku pun bergegas membawa kereta ke satu pam yang kosong, memandangkan banyak kereta yang keluar masuk, aku bimbang jika pam itu di 'curi' orang. Aku keluar dan memasukkan kad kredit dan menunggu butang yang sepatutnya. Sementara menunggu aku melihat gelagat orang ramai yang berkunjung ke stesyen petronas tersebut, almaklumlah stesyen minyak yang besar dengan restauran nasik briani. Aku pun menarik pam ke tangki kereta.

Eh! kenapa pam nie warna hitam? aku bertanya pada diri sendiri. Alamak, pam diesel nie, hatiku berdetik. Aku pun berulang kali meletak dan mengambil pam itu sehingga arahan memasukkan kad keluar semula di panel pam.

Arh! nasib baik tak tertelan minyak diesel kereta aku tadi! Alhamdulillah...

wan: yup! aku dengo cam tu jugak, kalau tertelan sikit-sikit tu, masukkan minyak petrol banyak sikit, supaya petrol dapat makan diesel, cam tu je lah!

Thursday, March 29, 2012

Aku Sayang Proton

Walau pun apa orang kata, aku tetap sayang proton. Tanpa proton aku tak tau bila aku akan pakai kereta!

Alas, rosak sikit-sikit biasalah!

Wednesday, March 21, 2012

Ada

....
dalam hutan ada taman dan dalam taman ada puterinya
dalam baju ada cinta dan dalam cinta ada segala-galanya
dalam awan ada hujan dan dalam hujan ada lautan
dalam aku ada dia dan dalam dia ada kita ada semua
....
- M.Nasir, Canggung Mendonan

Sunday, March 18, 2012

Saman Bergambar II

aku pun menghulurkan kedua-dua saman kepada pegawai pejabat trafik yang memakai baju biasa, dia membelek-belek saman itu. Aku pun berkata, "Boleh buat rayuan tak?"

"oh!, kalau viva nie dah murah nie, kalau waja buleh lah rm180, tapi kena datang kemudian amik resit" kata beliau

aku pun mula bersemangat, "kalau cam tu, tak apalah, saya datang amik resit kemudian, asalkan boleh kurang!"

Aku pun bertanya lagi, "viva memang tak leh ke?"

"Tak apa lah, saya cuba, RM100!"

Aku pun memberikan duit RM280, menulis Nombor telefon aku, dan aku menerima satu cetakkan maklumat saman dengan nombor telefon beliau.

"Alhamdulillah" aku mengucapkan dalam hati

"terimakasih banyak ye!"

aku terus keluar, menunggu dia menelefon aku, atau aku menelefon beliau dua minggu lagi

jawapan komen:

wan: Selamat membayar saman dan berhati-hati dijalanraya (pandu cermat, wang selamat)

Saturday, March 17, 2012

Saman Bergambar

Sekarang aku punyai 2 kertas saman yang di pos. Satu miliku, dan satu lagi milik isteri ku. Dalam saman pos tersebut kini diletakkan gambar kereta dengan nombor plate yang sangat jelas, tetapi gambar pemandunya dibiarkan sedikit kelabu. Aku tertanya jika aku yang memandu ketika itu, atau orang lain.

Untuk kereta isteriku diletakkan 3 option pembayaran, samada nak 150, 200 dan 300. Aku akan menjelaskan ini secepat mungkin supaya aku dapat option pertama. Tetapi bagi kereta aku, 3 option tersebut adalah sama, option pertama 300, option kedua 300 dan option ketiga 300. Ah! serba salah memikirkan tentang wang yang harus keluar dan aku akan ditembak lagi pada masa lain.

Kenapa analisa kekalutan tidak dibuat ke atas pemandu sebelum saman di hantar, meungkin analisa ini boleh menunjukkan bahawa pemandu berada di dalam stress yang sangat tinggi, atau pun berada di antara hidup dan mati atau berada dalam kesoronokkan yang maha tinggi. PIlih sahaja alasan untuk mengeluarkan saman.

Ah! Bose bose bose

Thursday, March 15, 2012

Kuala Lumpur March 2012

Aku sekarang berada di Kuala Lumpur menghabiskan hari-hari akhir cuti penggal pertama 2012.

Duduk di tepi jalan di tengah kebingitan Jalan TAR, aku seronok melihat gelagat pemandu-pemandu kenderaan di Jalan itu. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu "Aku memerhatikan mereka atau mereka yang memerhatikan aku?"

Saturday, March 10, 2012

Ketika Cinta Bertasbih

Aku tidak pernah merasa sebegini aman menonton sebuah filem tanpa wajah wajah perempuan membuka aurat kecuali sebuah kepala tanpa tudung dikepala!

Perang..

Dari dulu hingga sekarang kita tidak pernah merasa aman dan tenteram. Ketenangan dan kedamaian yang diwar-warkan hanyalah retorik permainan massa. Tetapi kenyataannya, kita sedang/akan diserang secara beterusan. Serangan ini bukan lagi 2 penjuru, tetapi mungkin 4 dan 5 penjuru. Kita diserang dari semua sudut dari luar dan dalam. Dari luar tidak begitu membimbangkan kerana penampakkan penyerang itu. Yang menjadi masalah ialah serangan dari pihak dalaman, yang berupa sama seperti kita, berpakaian serupa seperti kita dan kadang-kadang mengaku sebagai sahabat. Tetapi mereka bersengkokol dengan mereka yang menyerang kita dari luar.

Thursday, March 08, 2012

Fikir-FIkir ..

1. Jika dia benar-benar sayangkan kamu, dia tidak akan sesekali menyuruh kamu buat sesuatu yang kamu sendiri tahu adalah salah! Bukti hanyalah alasan..

2. Ia bukanlah cinta jika, ia terus melalaikan dan menjauhkan kita dari Allah!

3. Jika ia benar-benar cinta, kamu tidak akan sentuh dia sebelum halal, sedikit pun tidak menyentuhnya walau pun hatinya. Kamu akan meketakkan maruah dan kesuciannya di tempat paling tinggi!

Wednesday, March 07, 2012

Berhati-Hati

Aku rasakan hampir setiap hari aku menerima emel keselamatan dari CIMB team dengan mesej pentingnya menjaga keselamatan akaun dan menyuruh aku klik satu butang untuk meningkatkan keselamatan akaun aku.

Hampir setiap hari aku menerimanya bermaksud mereka akan mencuba sehingga satu hari aku terlalai atau tersilap baca yang diberikan. Atau dengan kata lain sehingga aku "fening" untuk memilih maklumat mana yang sah dan yang mana tidak sah.

Bahkan aku juga menerima juga emel dari team M2U, walaupun aku tiada sedikit pun kaitan dengan mereka.

Bak kata orang melayu lama, "Jerat Tidak Pernah Lupakan Pelanduk".

p/s: Pelanduk / Kijang / Napuh / Kancil ada lagi ke lening?

Saturday, March 03, 2012

Wah! Ini Sudah Bagus

Aku tercari-cari gaya orang kaya berjalan dalam citer Ali Baba dan 40 Penyamun kerana berita di bawah......


Return-Path:
X-Original-To: ...@umt.edu.my
Delivered-To: ...@umt.edu.my
Received: from ....umt.edu.my (...umt.edu.my [192.168.23.50])
by ....umt.edu.my (Postfix) with ESMTP id 8152A2E00A8
for <...@umt.edu.my>; Fri, 2 Mar 2012 11:20:00 +0800 (MYT)
Received: from mail.shokalerkhabor.com (ritt-188-30.ranksitt.net [202.40.188.30]) by .....umt.edu.my with ESMTP id sNNSBkmpGjjL2QYO; Fri, 02 Mar 2012 11:19:12 +0800 (MYT)
Received: from mail.shokalerkhabor.com (localhost.localdomain [127.0.0.1])
by mail.shokalerkhabor.com (Postfix) with ESMTP id 37D343668305;
Thu, 1 Mar 2012 18:28:22 +0600 (BDT)
Received: from 82.128.81.30
(SquirrelMail authenticated user joy)
by mail.shokalerkhabor.com with HTTP;
Thu, 1 Mar 2012 18:28:22 +0600
Message-ID: <8dd29d4ff995703aad7ab848febc4af6.squirrel@mail.shokalerkhabor.com>
Date: Thu, 1 Mar 2012 18:28:22 +0600
Subject: BLACKBERRY WINNER
From: "BLACKBERRY"
Reply-To: bberry@kimo.com
User-Agent: SquirrelMail/1.4.21
MIME-Version: 1.0
Content-Type: text/plain;charset=iso-8859-1
Content-Transfer-Encoding: 8bit
X-Priority: 3 (Normal)
Importance: Normal
To: undisclosed-recipients:;
X-Virus-Scanned: by bsmtpd at umt.edu.my

1. THE BLACKBERRY FM:

Congratulations!

Be the first to know that your e-mail address has emerged as one of the
winners at the ongoing BLACKBERRY® Promotions.

You have won the first 4G BlackBerry® Smartphone from AT&T, a brand new
BlackBerry® Torch 9810 Smartphone plus One Million Dollars prize money.
Your Reference Number is BB2011S9.

For claims and prize redemption, submit your;

First Name: ______________ Last Name: ____________

Shipping/Residence Address: #____________________

Telephone: +_____________

All enquiries should be sent by email to The Promotions Coordinator: Mr.
Andrew Brown.
Email Address: bberry@kimo.com
Brought to you by:

BlackBerry®

*4G speeds available in limited areas. Restrictions apply. Learn more at
www.att.com/network

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...