Aku pun bergegas membawa kereta ke satu pam yang kosong, memandangkan banyak kereta yang keluar masuk, aku bimbang jika pam itu di 'curi' orang. Aku keluar dan memasukkan kad kredit dan menunggu butang yang sepatutnya. Sementara menunggu aku melihat gelagat orang ramai yang berkunjung ke stesyen petronas tersebut, almaklumlah stesyen minyak yang besar dengan restauran nasik briani. Aku pun menarik pam ke tangki kereta.
Eh! kenapa pam nie warna hitam? aku bertanya pada diri sendiri. Alamak, pam diesel nie, hatiku berdetik. Aku pun berulang kali meletak dan mengambil pam itu sehingga arahan memasukkan kad keluar semula di panel pam.
Arh! nasib baik tak tertelan minyak diesel kereta aku tadi! Alhamdulillah...
wan: yup! aku dengo cam tu jugak, kalau tertelan sikit-sikit tu, masukkan minyak petrol banyak sikit, supaya petrol dapat makan diesel, cam tu je lah!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
Tertelan pun ok kalu sikit :D,teringat pengalaman distesen minyak shell Beserah,ktn jurupam lelaki perangai perempuan masuk diesel dalam keta aku lebih kurang 5 litre.Lepas tu bersusah payahlah pomen distesen tu purge suluruh sistem termasuk tangki.Ok je. keta tak rosak: Wan.
ReplyDelete