Wednesday, March 07, 2012

Berhati-Hati

Aku rasakan hampir setiap hari aku menerima emel keselamatan dari CIMB team dengan mesej pentingnya menjaga keselamatan akaun dan menyuruh aku klik satu butang untuk meningkatkan keselamatan akaun aku.

Hampir setiap hari aku menerimanya bermaksud mereka akan mencuba sehingga satu hari aku terlalai atau tersilap baca yang diberikan. Atau dengan kata lain sehingga aku "fening" untuk memilih maklumat mana yang sah dan yang mana tidak sah.

Bahkan aku juga menerima juga emel dari team M2U, walaupun aku tiada sedikit pun kaitan dengan mereka.

Bak kata orang melayu lama, "Jerat Tidak Pernah Lupakan Pelanduk".

p/s: Pelanduk / Kijang / Napuh / Kancil ada lagi ke lening?

No comments:

Post a Comment

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...