Sunday, September 30, 2012

Duit Kecil

Anak-anak selalu mengumpul duit sekolah sehingga menjadi banyak dan minta tukar dengan wang besar. Dan aku pula kena menabung kerana aku tak sanggup membawa duit syiling dan duit seringit yang banyak ketika keluar. Mungkin poket jadi berat dan aku malas mengira.

Tetapi, sedih sekali, apabila kedai orang melayu (pakai tudung tapi lengan baju pendek nampak siku, muka pula masam mencantum atau muka kelat kata Krill @ sinar)  tak de duit kecil untuk pembelian dengan RM50.

Hari ini RM50 bukanlah besar sangat pun. Jangan lah asyik menunggu orang membeli dengan wang kecil, baru boleh bisness dengan wang besar. Dan jangan lah bawak masalah sendiri masa bisness. Aku pun ada masalah sendiri, tak de pulak aku tunjuk pada diaorang.

Apa raaaaaa! Aku tak pergi dah kedai tu!

Ilmu Ghaib

Apabila ada seseorang yang aku kenal lalu di depan aku, tetapi dia seolah-olah tak nampak aku maka aku amat senang sekali kerana ia bermakna ilmu ghaib sepantas kilat yang aku amalkan sudah menjadi!

Jangan mengata tau!

Vill de Buch

Aku melihat pelbagai nama yang menjadi sanjungan. Antaranya, Teratak Impian, Teratak Ummi, Teratak Nabila dan pelbagai lagi yang bermula dengan teratak. Ironinya (fuh! aku berjaya pakai perkataan ironi) semua teratak ini besar-besar belaka. Kalau teratak sebegini besar, berapa pula saiz pondok! Fikir-fikirkan.

Ketika aku ronda-ronda sekitar Kemaman, aku temui sebiah rumah bernama "Rumah Kebun", jalan-jalan ke Telaga Batin aku bertemu dengan "Casa Impian" sebijik macam rancangan TV. Tak tau lah saper tiru siapa. Terjumpa jugak sebuah bernama "Rumah Murni", nasib baik bukan "Rumah Cikgu Murni".

Tapi semua itu tidak memberi impak yang besar kepada pemikiran aku yang sedang mencari sebuah nama untuk rumahku nanti. Aku berpendapat rumah ini mestilah diberi nama yang mengingatkan aku kepada titik kembali pulang iaitu mati. Contohnya, pernah terfikir untuk menggunakan "Serambi Ajal" dan  "Hentian Hidup" "tetapi bila fikir balik, takut pula rasanya.

Entah macam mana, datang satu idea. Aku ingin namakan ia sebagai "Vill de Buch", ke guaner?

Api

Kata orang tua-tua "api masa kecik jadi kawan, bila besar jadi lawan". Ramai orang berkata jangan jadikan api itu besar, tapi aku amat berharap biarkan sajer api itu membesar tapi pastikan ia masih kawan.

Thursday, September 27, 2012

Abang dan Pakcik

Selalu-selalulah memanggil orang lain dengan istilah "abang" supaya orang lain juga memanggil kita "abang", kadang-kadang aku merasa masih lagi  muda untuk dipanggil pak cik! :D

hitam dan putih

dalam hitam ada putih
dalam putih ada hitam
hanya iman bezakan kita
disisi tuhan

Tuesday, September 25, 2012

Dalam Teksi

Dalam sebuah teksi nak balik ke kampung aku. Ada 4 orang penumpang, semuanya lelaki yang tough-tough badannya termasuk aku, maklumlah orang yang kerja kait, angkat dan pikul kelapa sawit. Badan berketul-ketul dan kat perut ada 6 packs (betul ke tidak?)

Teksi masa jaman tu, masih belum pakai aircond, kebetulan pulak naik teksi mercedes jenis batman, lagilah tak de air-cond! Dalam deru angin menyapu muka, tiba-tiba bau hangit semacam menyusup hidup. Argh! menatang mana yang kentut nie? hati berdegus marah. Tapi kepala masih ditempat yang sama dengan wajah selamba seolah tiada apa berlaku. Penumpang yang lain pun macam aku jugak. Masing-masing bermain dengan perasaan menduga kentut siapa berdasarkan bau.

......

Sampai di ke destinasi, drebar teksi pun turut turun kerana dia terpaksa membuka bonet menegeluarkan barang yang di letak disitu. Oleh itu semua penumpang , pun ke belakang bonet membuat bayaran di situ.
Aku orang paling akhir membayar tambang. Tiba-tiba drebar teksi menjerit,

"Weh, hok ketut tadi dop bayar lagi lah!"

"eh! aku bayar doh!", kedengaran satu suara beberapa langkah di hadapan ku.

aku  tersenyum sendirian menahan gelak dalam hati!

Si Kacamata

Si buta sudah maklum, dia tidak melihat walupun di dalam gelap bahkan juga di dalam terang. Tetapi si mata kelabu yang kehilangan spek matanya pasti lebih susah hati kerana dia tidak pernah merasa seperti si buta!

Friday, September 07, 2012

Kata M. Nasir

"Apakah yang diperjuangkan?
Apakah yang dipertahankan?
Haruskah aku jadi pahlawan?"

Monday, September 03, 2012

Apa Bezanya?

Apa bezanya antara Gred A dan B jika A dengan 80 markah dan B dengan 79 markah. Bezanya ialah A mungkin terpilih ke sekolah "elit" dan B sudah pasti tidak dihiraukan jika ini result UPSR. Kenyataannya result begini menunjukkan tiada perbezaan antara A dan B. Inilah titik ketidakpastian yang selalu kita hadapi dalam kehidupan apabila pengkelasan berasaskan sistem ciptaan kita sendiri.

Lantas aku teringat cerita-cerita yang aku baca sendiri atau pun cerita-cerita yang aku dengar dari orang ramai tentang sistem pendidikan sekolah pondok. Pernah ada pelajar yang mengaji kitab sehingga bertahun-tahun tapi tidak diluluskan oleh guru mereka. Tapi ada juga kes-kes yang cemerlang, duduk pondok setahun dua sudah boleh khatam beberapa kitab dan sudah boleh graduate. Konsep lulus gagal dalam sistem sekolah pondok sebenarnya amat penting berbanding dengan sistem grade untuk bergraduate seperti mana amalan kebanyakkan universiti di dunia hari ini!

Aku dengar cerita, konsep grade tidak di amalkan untuk pelajar perubatan (betulkan aku jika aku salah!). Mungkin, kos rawatan boleh diukur berasaskan kepada grade masing-masing. Contohnya third class doctor amat murah berbanding dengan first class doctor.

Ah! aku tak mahu di rawat oleh doktor yang dapat 'karipap' dalam subjek core perubatan di peringkat universiti. Tetapi kekadang terlintas juga di fikiran ku  berapa agaknya CGPA guru-guru yang mengajar anak-anak disekolah!

Harga RM69.90 kelihatan lebih murah berbanding dengan RM71.90. Dan kadang-kadang, pukul 5.45 pagi kelihatan masih awal pagi berbanding dengan 6.05 minit pagi!

Ahhh ! sangat uncertain...............


Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...