Memandu sebuah viva di dalam bandar dalam keadaan santai amat mengujakan, sambil-sambil mencelok ketika kereta lain yang bersaiz besar terpaksa mengintai-intai ruang yang muat. Tapi viva tidak begitu cuma gaya pemanduan sahaja yang akan menyamakannya.
Dalam keadaan santai viva mungkin boleh sampai ke Johor Baharu dengan selamat. Tetapi rasanya dalam keadaan bertekanan dengan constraint masa dan muatan penh di seat belakang juga di dalam bonet, memandu viva amat menakutkan. bayangkan ketika minyak ditekan meter menghampiri 140 dan hanya jarak 40 sahaja yang memisahkan nya dengan 180. tetapi harus di ingat kereta hanya berkuasa 1000cc. jadi kerana penilaian semula ini, aku hentikan perjalan ke johor dan membuat uturn di susur keluar ajil lebuh raya pantai timur.
Sebuah kereta yang di ambil di kedai dalam bungkusan plastik pasti sedikit sebanyak akan menjadi sebahagian kita. kalau brek ada masalah atau steering ada masalah, atau kona ada masalah pasti tuannya akan merasa kelainan itu. dan tuannya akan sakit-sakit tubuh memikirkan msalah kereta yang sakit, tapi seperti juga manusia, harus dibawa jumpa doktornya.
dana kerana sebuah imaginasi memandu viva di johor baharu sudah gagal, kini aku membayar rm600 ringgit kerosakkan kereta aku yang lagi satu dan juga mengubati perasaan aku yang memandunya nanti!
ohh kini, rasa seperti memandu sebuah kereta baru kembali ada dalam dada!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment