Argh!! Aku mulakan bicara pada pagi ini dengan bunyi yang aku sedang di dalam kekalutan ketika rancnagan "tanyalah ustaz" sedang membicarakan ketengan hati. Argh!, banyak sekali yang ingin aku ceritakan. Mungkin boleh aku ceritakan pada bukit-bukit gondol didepan rumahku, pokok-pokok separa mati juga mungkin pada burung-burung yang pelbagai jenis yang terbang sekeliling rumah ku. Tapi ..hurm!
tinggalan draft-draft kini mungkin sudah mencapai 50. Aku tidak mampu menmghabiskan kesemua itu kerana psiko 'hijau' memang seorang yang kompleks, berfikir sehingga ke akar umbi sehingga tiada penyelesaian. Banyak yang ingin aku kongsikan. Sekarang, dalam waktu terluang, aku sedang belajar dan berfikir tentang tenaga percuma! Mungkin tanpa baeteri nuklear yang dipakai, iron-man tak kan ke mana-mana? Dan Michael Bay tidak pernah menceritakan bagaimana binatang transformernya mendapat tenaga. Tenaga juga bererti kuasa, Badang berkuasa kerana ia bertenaga, Tenaga Nasional berkuasa kerana ia bertenaga mungkin!
Cuba bayangkan! tenaga nuklear yang diguna pakai oleh iron-man, boleh diletakkan pada kereta, pasti kereta akan turun harga dan yang paling penting, kereta pasti punyai banyak fungsi lain selain bergerak di jalanraya kerana beratnya sudah kurang mungkin! Kalau plate tenaga itu diletakkan pada mentol, mentol akan nyala, letakkkan pada peti ais, peti ais akan sejuk, letakkan pada tv, letakkan pada semua elektrik device. pasti tiada kabel-kabel TNB sepanjang jalan dan aku dapat bermain layang-layang/ rc aeroplain dengan aman dan tenang, dan sudah Pasti TNB perlu tukar nama dan cari bisness lain! Tapi aku tidak mengusahakan semua itu, aku hanya mencipta sesuatu yang paling kecil dan mudah, apa yang aku ingin ciptakan ialah sebuah lampu picit tanpa bateri!
Argh! kehidupan mesti diteruskan jugak, walaupun lampu picit masih perlukan bateri. Kadang-kadang aku tengelam dalam puisi-puisi sufi, yang tidak membawa aku ke mana-mana, kecuali terpegun mencari makna yang aku tidak faham sehingga kini. Bagaimana manusia tefikir menulis dengan gaya sebegitu! Kadang-kadang aku tersasul menghayati kehidupan dengan doom metal yang mengusik hati!
Aku tertanya-tanya masihkah ada lagi orang yang baik di atas muka buni ini? kerana aku sangat pasti kebendaan dan materialistik (sama je makna kedua-dua tu) sudah mula menjadi raja dalam hati, dan aku teringat sebuah puisi dari seorang melayu yang berbunyi " ...tuhan sudah berada di dalam poket"
Kadang-kadang, aku terfikir bagaimana 'encapsulation' boleh diguna pakai dalam bidang-bidang lain!
Argh... aku terlupa ! tulisan aku yang paling penting masih belum selesai....
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment