tiba sahaja di parit raja aku pun melelapkan mata seketika, merehatkan minda dan tubuh badan selepas memandu selama hampir 8 jam. Selepas asar aku bangun dan mengeONkan dell yang sudah diletakkan disisi ketika hendak tidur tadi. Lantas aku pun mula bekerja meneliti dan menilai dan mencari-cari perkataan yang perlu diungkapkan.............
hampir pukul 11 malam aku kembali tidur, dengan laptop masih ON disisiku. Dalam tidur-tidur ayam itu aku sekali-sekala mencuri pandang perkataan yang terpapar di powerpoint di laptop. dan kepala membayangkan apa yang akan aku buat esok. itulah yang diajar oleh guruku
bangun seawal subuh, aku terus menyambung kerja dengan laptop yang terbuka dari semalam. Akhirnya aku menyalin semua maklumat yang perlu ke dalam pendrive dan g-note. terus ke bilik presentation.
Disana, aku masih lagi membelek-belek g-note, melihat-lihat, mencari-cari perkataan yang lebih baik dari apa yang telah ditulis. Lantas idea tiba, aku membuka beg laptop, masukkan plug. dan tekan suis kuasanya. tiada cahaya biru keluar disitu. Aku tekan lagi, aku tekan lagi, aku tekan lagi. Sah, laptop ini rosak buat kali kedua.....
Nasib baik dah backup!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment