Berpindah ke rumah baru buat perjalanan yang aku tempuhi setiap hari menjadi sedikit jauh dan makin banyak kereta aku temui di jalanan, dari model terbaru sehinggalah model yang patut dilupuskan ( maaf yer tuan kete buruk!).
Ketika orang awam menanti-nanti harga kereta diturunkan. Aku sedkit terkasima kerana bilangan kereta dijalan raya pada waktu sekrang amat menyakitkan hati, belum lagi ditambah dengan gaya pemanduan yang pelbagai-bagai dan aku takut bila bertemu 'kiasu' jalanraya.
Adakah kita semua sudah bersedia minda untuk berhimpit dijalanraya, yang nampak macam berkembar tapi , hanya sebelah boleh pakai, atau pun jalanraya yang nampak dari jauh cantik tapi bila dekat 'pundek'! Atau pemandu kereta kecil, yang pemandunya rasa boleh muat lubang saiz apa pun. Atau pun pemilik kereta besar yang bawak perlahan di lorong kanan, atau pemandu tua yang bawak lebih perlahan dari pemandu kereta besar tadi dengan signal berkelip-kllip lupa tutup!
Bukan aku tak suka dengan penurunan harga kereta, tapi apakah persiapan kita! Dan paling aku benci, kereta aku pasti akan turun harganya!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Sunday, June 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment