kerana satu sebab yang tidak dapat dielakkan aku selalu membeli air tapis yang diletak dipremis-premis ditepi jalan. Selalunya dalam 3 ringgit aku akan memperolehi dalam 30 liter. Ia adalah lebih murah (ayat yang selalu keluar suratkhabar bila ada kenaikkan harga barang) jika dibandingkan membeli sekotak air cactus 1.5 liter x 12 yang berharga RM9.90 di kedai marhaen, Encik Mydin. Sebelum ini, aku memang menggunakan air cactus untuk operasi minum-minum.
Aku tidak semberono membeli air di mana-mana penapis air kerana aku merasai air dr. sukida lebih sedap tambahan pula ada gambar chef wan kat tepinya dan selalunya aku memilih kotak dr. sukida yang berada di tempah teduh tiada tanda-tanda ia disinari cahaya mentari kerana aku percaya cahaya mentari akan merosakkan rasa air.
Ditakdirkan Allah, aku ditunjukki oleh satu keadaan yang memualkan dan mengelikan. Pada satu hari, aku terpaksa menunggu, kerana ada orang telah mendahului, jadi aku hanya menunggu di dalam kereta. Ketika air hampir penuh dia mengarahkan anak lelakinya menunggu dan dia membuat urusan di dalam kedai. Bila air sudah penuh, anak lelakinya mengangkatnya keluar, dan memasukkan duit seposen untuk pembelian terus. Aku hanya melihat dari jauh. Ketika itulah aku melihat budak lelaki itu, memasukkan kepalanya ke dalam kotak tersebut, melekapkan mulutnya ke muncung paip dan menekan butang hijau, dia terus menghisap, ketika itu aku sedar, ia telah melakukan perkara pelik dan aku membunyikan hon, dan dia terus masuk ke kereta tanpa memandang padaku.
Dan aku mula terfikirkan akan keadaan-keadaan lain yang mungkin boleh dilakukan dengan air itu ketika tiada orang. Mungkin kencing di dalam kotak itu! Kedengaran seperti di "luar kotak" tetapi dunia sekarang memungkinkan segalanya.
Jadi, sejak itu, aku rasa air yang aku tapis dirumah dengan penapis korea lebih enak walaupun aku terpaksa menadahnya dalam setengah jam untuk 30 liter.
Mungkin boleh difikirkan kaedah terbaik supaya projek ini tidak boleh suka-suka dinodai oleh orang kurang akal ataupun oleh orang lebih akal!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment