Tuesday, July 02, 2013

sebuah medal dan sebuah tapowey



..... maka berakhirlah hari sukan dan balapan sekolah. Dimana aku dipaksa hadir oleh anakanak dengan ratusan kali pesanan dan ingatan sejak 2 hari sebelum hari sukan bermula. Untuk tidak menghampakan mereka, dikala petang aku hadir dengan jangkaan ia akan berakhir tidak lama kemudian. Aku memerhatikan acara demi acara dan diantara acara diselitkan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang.

Seorang anak berlari keriangan menuju kepada bapanya yang berada berdekatan dan menunjukkan medal yang diperolehi. Bapa hanya tersenyum sinis. Daripada medal nie baik dapat tapowey katanya.

Jelas sekali pemikiran sekarang dengan pemikiran dulu sudah tidak lagi sama. Kalau dulu, pelbagai medal dan pingat yanb diperolehi bolen digantung di dinding rumah atau diletak dalam gobok hiasan dengan bangganya untuk di pertontonkan se agai tanda penat lelab sidah berhasil. Namun sekarang, semua itu tiada ertinya lagi, lebih berbaloi jika setiap usaha membawa pulangan kebendaan atau sekurang kurangnya ada fungsi selain dipamerkan dan sampai masa dibuang kerana ruang semakin sempit dan medal baru semakin bertambah.

Aku tidak tahu sejak bila hadiah hadiah ini  bertukar bentuk kepada tapowey atau cawan.tetapi sepanjang dalam kenangan aku pernah memperolebi hadiah sebiah cawan dan piring kuning berjalur ke emasan dalam sebuah acara sukan.

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...