Saturday, December 28, 2013

Aku Tertipu

Selepas menyelesaikan tugas di Kuala Lumpur, aku memandu keluar dari bandar raya metropolitan itu dengan senang hati. Oleh kerana perjalanan ini adalah perjalanan santai lantas aku teringin melihat keindahan alam disudut yang lain sambil menyahut seruan kerajaan yang menyuruh rakyatnya menggunakan jalan biasa disebalik highway. Jadi aku membuat keputusan untuk melalui jalan lama karak menuju ke Kuantan. anak-anak mula merungut kerana mereka teringat cerita seram yang bertajuk "Karak". Tetapi diwaktu siang sebegitu,  mereka berjaya dipujuk membuang khayalan mereka yang tidak bagus itu.

Aku mengesyaki, Filem 'Karak' adalah filem dakyah menakutkan rakyat jelata dari menggunakan jalan biasa. (Ini hanyalah pendapat aku sahaja, org lain aku tak peduli)

Setiba di persimpangan karak lama dan highway pantai timur aku pun masuk ke kiri menunaikan keputusan tadi.  Sebentar melalui jalan itu, sebuah lori tangki memotong laju dan aku terkial-kial melihat jalan didepan mencari arah untuk dituju. Tiba-tiba aku melihat papan tanda yang tertulis " Lancang, Termeloh dan Kuantan ' dengan anak panah ke kiri. Tanpa lengah aku terus masuk kekiri. Melalui jalan yang sedikit berselekoh itu aku sedinit gembira kerana hajat di hati hampir tercapai.

Tiba-tiba kereta ku menyusur keluar ke jalan utama kembali dan di depan ku tersegam pondok tol. Argh, aku kembali ke lebuhraya yang sudah tiada titik pusing!

Thursday, December 26, 2013

Gimp dan Photoshop

Aku sudah lama berkeinginan untuk belajar photoshop. Tetapi, setiap kali aku cuba mengikut langkah demi langkah dalam photoshop aku jadi buntu dan hilang punca. Lantas, aku merasakan aku sudah tua untuk belajar photoshop ataupun photoshop bukanlah dunia ku.

Tiba-tiba aku terdedah kepada Gimp dan aku merasa ia amat mudah berbanding dengan photoshop. Gimp adalah satu produk persekutuan sumber terbuka yang pada asalnya dibina untuk pelantar Linux. Sejajarnya dengan misi persekutuan sumber terbuka, banyak program sumber terbuka dalam pelantar linux telah dibangunkan untuk pelantar window.

Sebagai asas untuk aku menggunakan Gimp, perkara pertama yang aku buat ialah mengubah gambar kepala bagi blog ini. Inilah gambar pertama yang aku buat dengan Gimp. Gambar ini ialah sebuah tulisan dengan menggunakan tiga imej sebagai latar teks tersebut.

Namun ketika itu, ketika digabungkan dengan gambar kerosakkan alam Tok Jembal, aku gagal untuk menjadikan ia lebih baik kerana aku tak tahu untuk menjadikan ia transparency! Ia menjadi seperti berikut:


Melihatkan gambar yang sedikit cacat dan tidak memenuhi kehendak peribadi, aku mencari kaedah bagi menjadikannya transparency. Akhirnya ia berjaya diubah seperti berikut:

Terdapat 2 garis menegak lebihan gambar latar yang tidak diperasani. Namun ketika diadunkan dengan gambar kerosakkan alam tok jembal, ia boleh dipadamkan begitu sahaja. Jadilah hasilnya seperti berikut:

Oleh kerana aku tak reti nak potong gambar tu guna Gimp, jadi proses pemontongan dibuat dengan menggunakan Paint program. Jadilah hasilnya seperti berikut sepertimana header yang aku letak kat atas tu. tapi yang atas tu dimasukkan bersama dengan teks yang juga di edit menggunakan paint.

Selepas nie aku nak belajar bagaimana nak kerat image guna Gimp. Kalau dah expert nanti bolehlah aku buka kelas percuma untuk budak-budak sekolah!

Khidmat Sosial

Aku selalu berkeinginan untuk memberikan sebuah perkhidmatan secara percuma kepada anak bangsa seagama. Sehinggakan dalam satu interview suatu ketika dulu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam, aku bersedia menjadi sukarelawan pertama ke Afghanistan jika diperlukan, ketika aku ditanya tentang kesediaan untuk memberikan khidmat baktiku. Dan aku berjaya untuk memperolehi jawatan tersebut!

Tetapi ketika panggilan untuk memberikan khidmat kepada mangsa banjir di Kemaman aku jadi takut dan bimbang. Aku takut kerana aku sudah tidak bertenaga seperti dulu dan aku bimbang aku akan menjadi beban kepada orang lain nanti.

Sehingga sekarang aku masih selalu memikirkan apakah kaedah yang dapat aku sumbangkan secara percuma kepada manusia. Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi sebahagian daripada sedekah dan sebahagian dari amal jariah ku. Namun, sedikit rasa kapitalisme juga muncul sesekali.

Ntahlah, bila aku dapat merealisasikan impian ini!

Sunday, December 01, 2013

Lembu dan Negaraku Yang Aman

Aku melihat sekumpulan lembu, mungkin dalam 8 hingga 10 ekor meragut rumput ditepi pagar batu rumahku dengan penuh bebas dan mungkin penuh keriangan juga. Aku katakan mungkin kerana aku tidak reti mentafsir riak keriangan pada wajah lembu-lembu ini dan aku katakan mungkin kerana mereka merenung aku ketika di sergah seolah-olah mengganggu keriangan mereka.

Aku menyergah mereka kerana aku bimbang. Selain dari meragut rumput, mereka akan melepas hajat mereka disitu, meninggalkan bau-bau yang kurang menyenangkan. Nasib baik, musim hujan begini, bau-bau ini tidak kekal lama, dibersihkan oleh air yang turun dari bukit.

Walaubagaimanapun, mereka sedikit pun tidak terkasima dengan sergahan aku, malahan mendongak memandang seolah-olah marah! Bukan seekor, bahkan hampir kesemuanya begitu. Aku membaling sebiji batu agar mereka berganjak, tapi sedikit pun mereka tidak mengendah balingan batu yang aku tidak tujukan pada badan mereka itu, melainkan terus mengunyah-nguyah rumput hijau yang benihnya sengaja ditaburkan oleh tuan punya lembu ketika kawasan rumah ku masih lagi kosong dulu.

Tiba-tiba aku ternampak seekor lembu jantan muda berwarna hitam berkilat macam kuda "black beauty". Cantik sekali ciptaan Tuhan, walaupun terletak pada seekor lembu, tapi kecantikkan itu tetap menyerlah. Lantas fikiran setan menusuk masuk, "Kenapa engkau tak tangkap je lembu itu, bukannya Tuannya tahu pun?"

Aku masih lagi melihat lembu-lembu ini meragut rumput, hati malaikat ku berkata "Kerana aku orang islam, aku tidak boleh mengambil harta orang lain sesuka hati, islam ada peraturan untuk semua ini demi jaminan sebuah kehidupan yang baik di sana juga disini"

Melihat lembu-lembu ini, aku merasakan negaraku ini adalah negara yang paling aman kerana lembu-lembu ini lepas bebas ke sana ke mari oleh tuannya yang tidak risau lembu-lembu akan dicuri orang atau tidak! Sedangkan ruang dan peluang untuk mengambil lembu ini tetap ada seperti persekitaran rumah ku ini yang dikelilingi oleh hutan pokok-pokok kecil. tetapi kenapa ia jarang-jarang berlaku? Hati ku menjawab, inilah hakikat kehidupan yang mempunyai roh islam.

Namun, kecurian lembu tetap berlaku macam cerita musang berjanggut. Pernah dulu ada cerita dalam suratkhabar, pencuri menyuntik lembu dengan obat pelali dan ketika lembu tu sedang pening-pening ia dimasukkan ke seat belakang dan lepak diam disitu.

Kerana melihatkan gaya memelihara lembu yang mudah dan ringkas di kejiranan ini, aku pernah meminta seekor anak lembu atau kambing dengan seorang towkey lembu. Dia tanya, camner nak bela? Aku jawab lepas bebas je lah tepi pagar rumah! Dia berkata, kalau tak de kawasan sendiri tak payah lah membela lembu nanti kena sumpah seranah orang jer. Kesannya kita tak tahu!

Jadi, disebalik kelangsungan kebebasan menternak lembu dengan cara ini, tuan-tuan lembu hendaklah juga islamik dalam pemikiran mereka. Bukan disebabkan oleh orang lain islam, tidak mengambil lembu mereka, tidak bermakna mereka boleh lepas bebas lembu-lembu mereka. Mereka juga hendaklah mengambil kira nasib orang lain yang mendapat "faedah" dari lembu-lembu mereka, seperti berak dan kencing merata-rata, pucuk pokok yang tak pernah tinggi dan gangguan fizikal atau pun mental dari lembu-lembu mereka itu. Aku teringat ketika perasaan dan fikiran ku sedikit terganggu apabila terpaksa brek dengan tiba-tiba dan menunggu hampir 10 minit kerana kawanan kerbau dalam 40 ekor melintas jalan. Bukan melintas macam budak sekolah, tapi macam-macam gaya ada.

Jika tuan-tuan lembu ini berfikiran sebegini, sudah pasti tiada lembu kambing yang ada di jalanan.

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...