Friday, August 19, 2022

Aku dan RXZ

 Baru berlangsung dua tiga hari lepas, RXZ Members 4.0. Tapi aku tak pergi pun, walaupun dekat dengan rumah aku. Aku mana ada lesen motor pun. Tapi jeles jugok tengok budok-budok bowok moto kesana ke sinun dengan bebasnya. Tetapi aku pernah memandu RXZ tanpa lesen sejauh 20KM kerana ingin mendapatkan nasihat seseorang.

Suatu ketika aku pernah bekerja di "Kilang Kacang". Kerja kat "kilang kachang" ni juga sebenarnya ada pengalaman ngeri. Aku cerita kemudian bab ngeri ni. Kalau rajin peringatkan aku.

Kerja kilang kachang ni sebenarnya gaji sangat murah. Lepasa diploma macam aku hanya dibayar RM500. Lebih kurang bayaran yang diterima ketika bekerja bawah SKIM UPEN. Tapi hidup perlu diteruskan. Walaupun gaji sikit, pandai-pandailah uruskan yang seciput tu supaya cukup. 

Justeru, sambil keje, sambil la aku mohon keje kat tempat lain. Nak jadi cerita dapatlah tawaran dari TNB. Tapi, yang tak bestnya, lokasi pekerjaan tersebut ialah KL. Aku pulak, selain dari kampus UPM, Puduraya dan Hentian Putra (dah pupus sekarang) lain-lain tempat aku tak into sangat. Masa aku belajar hari tu, aku belajar sungguh-sungguh sehingga tak ada masa nak merayau-rayau kenal tempat orang.

Kebetulan kat kilang kachang ni ada seorang staf pompuan, beritahu ayah dia pun keje TNB. Jadi pemikiran singkat aku, aku perlu jumpa ayah budak ni, untuk dapatkan sedikit nasihat berkenaan kerja di HQ TNB.

Jaman dulu-dulu, yang ada hanya perkhidmatan bas sahaja. Itu pun melalui jalan-jalan dan laluan tertentu sahaja. Untuk aku bergerak dari kilang kachang ke rumah pakcik ni, maunya perlu naik turun 2 3 bas.  Satu hal lagi. Kalau sampai kat kampung pakcik ni, aku kena menapak lagi masuk ke dalam kampung. Jadi aku singkirkan pilihan untuk naik bas.

Pada masa yang sama, aku mesti tunjukkan mancho pada pakcik yang aku nak jumpa ni. Cara paling best untuk untuk mancho mestilah ada kenderaan sendiri. Aku tiada pilihan lain lagi. Teksi memang tidak masuk akal pada ketika itu.

Ada seorang kawan punyai sebuah RXZ, dan dia seorang budak yang baik. Aku memula pikir, nak suruh dia hantar je, tapi kebetulan dia sibuk pulak. Dan aku tak kenal pula sesiapa yang lain yang mempunyai motor untuk dipinjamkan. Jadi setelah berbincang panjang dengan kawan ini, aku dapat green-light dengan mudah. Tapi masalahnya aku tiada lesen dan perlu memandu sendiri jentera RXZ itu.

Setelah berfikir-fikir tentang jalan yang selamat untuk dilalui, akhirnya satu laluan telah dikenal pasti ialah laluan tok adis - pasir panjang. Pada masa tu, jalan tok adis bukanlah seperti hari ini. Ia hanya lorong short-cut muat motorsikal untuk sesiapa merentas dari kuala ibai ke jalan pasir panjang. Setelah diteliti sebaik mungkin aku pun mengambil motor RXZ yang berwarna kuning tersebut dan memulakan perjalanan seperti yang dirancang.

Dari Kilang Kachang, aku keluar ke jalan utama Kuala Terengganu Dungun, tapi menuju ke Kuala Terengganu dan merentasi Jambatan Kuala Ibai dan seterusnya masuk ke kiri di simpang empat kuala ibai meneruskan perjalanan ke laluan tok adis - pasir panjang. Alhamdulillah semua itu berjaya direntasi dengan selamat. Dan aku kini sudah berada di jalan utama pasir-panjang kuala terengganu. Oleh keraba keyakinan siri sudah meningkat, kereta pulak tak banyak atas jalan, Aku pun mula nak menguji jentera RXZ berwarna kuning ini. AKu pun memulas minyak dengan lebih banyak dan merasa kehebatan jentera ini yang memecut dengan laju. Aku menikmati kelajuan tahap tinggi tersebut dengan gembira dan senang hati. Keadaan jalan yang lengang menambahkan lagi rasa syok mengemudi jentera ini. Tiba-tiba se ekor lembu cuba melintas jalan. Aku mengambil endah tak endah, dengan andaian aku akan berjaya melepasi lembu tersebut, aku terus memulas minyak supaya lebih pantas. Namun, kejayaan yang aku inginkan dibatasi oleh sebuah kereta yang menderum di lorong yang berlawanan, jadi aku tak boleh masuk ke lorong berkenaan untuk mengelakkan lembu yang bergerak seperti lembu itu. Terpakasalah aku menarik brek tangan dan menekan brek kaki serapatnya. Perbuatan ini mengundang padah yang lebih hebat yang mana, motor telah sendiri mewikangkan (wheelie tayar belakang) dirinya. Dalam keadaan tersbut, aku masih lagi bertenang mengawal diri dan jentera. Aku tergelongsor ke atas tanggki, tapi tidak balas pantas, motor betul berhenti didepan lembu, dan tayr belakang kembali jatuh sperti biasa. Aku terselamat dari kemalangan yang mungkin mengharukan. 

Selepas si lembu berlaku pergi, aku mula membetulkan semula niat dan hasrat dan menetapkan keselamatan adsalah perkara yang perlu diutamakan. Aku menyambung perjalanan dengan gerakan seadanya dan tiba di rumah pak cik berkenaan. Selepas berbual panjang sambil-sambil minum makan jemput pisang. Aku kembali memandu untuk pulang. Jalan yang sama aku lalui sehingga aku sampai ke rumah dengan mod utamakan keselamatan dihidupkan.


Alhamdulillah, Terimakasih Dani kerana bagi aku pinjam motor. Dan terimakasih pak cik kerana bagi nasihat yang sangat berguna. Sampai sekarang aku masih lagi baik dengan pakcik ni kerana dia dah jadi bapak mertua aku! 







 

 


Saturday, July 30, 2022

Di Garis ini


di garis ini
aku masih keliru
antara tipu dunia
dan dunia tipu tipu
campur adukan
antara realiti dan fantasi
sedangkan garis ini
sudah dekat dengan titik silang




Monday, July 25, 2022

Sayangilah Bumi Kita

 Bumi adalah sebuah planet yang satu-satunya mempunyai kehidupan. Planet-planet lain yang ditemui tidak mempunyai apa-apa melainkan tandus dan gersang. Malangnya, kita tidak pernah sayang dengan apa yang dekat dengan kita. Kita hanya merindui yang jauh. Sedangkan yang dekat di abaikan.

Planet Bumi sedang beransur-ansur mati! Jika melihat pada  usianya, ia sudah lama mati. Walaupun hidup, namun, kehidupan sudah tidak seperti sebelumnya. Perubahan-perubahan demi perubahan kian terasa, bumi yang nyaman sudah dikatakan mulai membahang. Suhu naik tinggi, hujan turun tanpa tanda. Adakah bumi sudah nyanyuk.

Mencari siapa yang salah bukan penyelesaian tetapi membelanya agar lebih baik adalah keutamaan.




Sunday, July 24, 2022

Yang Bertakhta Akhirnya

Kehidupan kita penuh dengan kompeksiti. Banyak perkara tidak terduga boleh berlaku. Tiba-tiba aku ingin menjadi pejuang kemanusiaan. Aku ingin jadikan dunia ini indah untuk semua orang. Tetapi, bak kata tuan guru, sedekah bukan hanya dengan wang ringgit tetapi boleh jadi dengan ingatan tentang perkara baik-baik, boleh jadi sebuah ucapan yang menginsafkan.





Sunday, July 03, 2022

Impian Zaman Budak

 Zaman budak-budak adalah zaman yang punyai keseronokan tersendiri. Semua perkara yang terlintas boleh dibuat. Tiada malu tiada segan. Semua perkara boleh dicuba walau hentam keromo. Sekarang aku punyai 2 gitar kerana itu antara perkara yang aku tak dapat buat masa kecik. Bukan reti main pun, sekadar memenuhi impian zaman budak-budak.





Thursday, March 17, 2022

Kisah Awang

Awang adalah salah seorang anak urang ulu yang tinggal di asrama sekolah. Awang budak baik. Setiap kali musim buah-buahan, banyak buah yang dibawa awang masuk ke asrama. Kadang-kadang seguni, kadang-kadang 2 guni. Bayangkan usaha awang untuk membawa guni tersebut yang berisi buah-buahan tempatan masuk ke asrama dari kampung. Bermacam jenis buah ada dalam guni awang. Daripada durian, rambutan, manggis, salak dan banyak lagi.Rakan-rakan satu dorm dengan awang pasti akan gembira pada hari tersebut. Dapat makan buah-buahan percuma dari awang. awang mungkin anak vip di kampung mereka.  

Satu malam, awang kantoi. Aku sendiri tidak percaya awang melakukan perkara itu. Gaya awang bukan orang susah. Awang tidak pernah bermuka sedih Awang memang jenis happy-go-lucky. Situasi ini amat memeningkan kepala aku untuk menerima bahawa awang mencuri.

Aku tidak tahu macam mana awang kantoi atau disabitkan dengan kesalahan tersebut. Awang didapati mencuri duit RM20 milik seseorang. Justeru awang dihukum. Selepas lampu asrama ditutup. Awang dipakaikan tuala, tubuh tidak berbaju dan dibawa mandi. Selepas mandi, awang diminta berdiri di atas kerusi yang diletak di bawah kipas. Dan awang berdiri disitu hingga 4 pagi!

Kisah ini hanya tauladan. Mungkin awang bersalah dan mungkin awang tidak bersalah. Mungkin penghukumnya bersalah dan mungkin penegak hukum itu tidak bersalah. Mungkin penuduh yang bersalah mungkin juga penuduh tidak bersalah. Sesiapa pun tidak harus membuat salah walaupun sebesar zarah!

Kisah ini adalah kisah benar yang di fiksyenkan dengan tambahan bagi menyedapkan cerita.:D


Saturday, March 12, 2022

Pernah Satu April Fool

Aku percaya satu waktu dulu adalah zaman yang penuh kebidaahan. Pernah suatu waktu, aku tidak ingat ketika tingkatan berapa. Tapi aku percaya kejadian ini berlaku ketika aku tingkatan 1. Kenapa? Sebab ketika di tingkatan 2 ada perkara lain yang aku lebih takutkan dan kehidupan seperti tiada keceriaan. Aku ceritakan perkara ini pada waktu yang lain. 

Pada tahun tersebut, sketsa April Fool saban hari dibualkan oleh pelajar-pelajar senior. Dengan perbuatan-perbuatan khianat yang bagi mereka melucukan diceritakan, diperingatkan saban hari. Semakin hampir dengan tarikh berkenaan, semakin banyak kisah-kisah yang diwatakkan lucu diceritakan.

Pada hari kejadian, selepas solat isyak di surau. Beberapa agenda yang menjurus ke April Fool telah mula menunjukkan aksinya. Keadaan asrama hiruk pikuk dengan gelak ketawa. Yang lemah, tidak mampu menahan dirilah yang selalu menerima dan menjadi bahan April Fool. Tapi malam masih awal belum pun Jam 12 Malam, waktu tepat untuk April Fool.

Sebagai pelajar tingkatan 1 yang serba tak tahu, aku merasakan sudah pasti akan menjadi bahan lawak malam itu. Justeru, dengan seorang kawan, kami berjalan ke bangunan akademik dengan alasan study dan lari dari hiruk pikuk malam 1 April. 

Selepas merayau-rayau di dalam kawasan/bangunan sekolah kami temui kotak gimnastik macam gambar bawah tu. Kami masuk ke dalam dan tido sehingga 2 pagi!



Tuesday, March 01, 2022

Naik Kelas Menengah

 Peralihan ke sekolah menengah bukan suatu perkara yang besar di dalam jiwa seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun. Mungkin ya kepada orang orang lain yang sebaya yang akil baligh terlebih dahulu. Tidak pada aku yang masih belum mimpi basah. 

Ketika itu hanya 2 sekolah yang berprestij yang menjadi pilihan: MRSM dan Sekolah Sains. Selain dari kriteria prestij, aku tidak pasti apakah ciri-ciri lain yang menjadi ukuran untuk  memasang matlamat memilih sekolah tersebut. Tetapi aku dari awal sudah tersingki dan hasrat untuk memilih pun sudah boleh diketepikan.

Pilihan yang seterusnya ialah sekolah berasrama harian. Ketika itu ada dua sekolah yang menjadi sebutan, iaitu sekolah ibrahim fikri (SIF) dan sekolah agama. Sekolah agama memang bukan impian aku, kerana aku tidak cukup baik untuk masuk sekolah agama. Tentang SIF, sebenarnya banyak yang aku tidak tahu tentang kelebihan sekolah ini. Apabila ditanya kawan-kawan yang memiih sekolah ini, jawapan yang aku simpulkan ialah berkait dengan lokasi sekolah yang dikatakan berada di kawasan bandar. Tapi semua itu tidak menarik minat aku.

Tetapi persoalan utama yang masih belum terjawab ialah kenapa harus memilih sekolah diluar dari kawasan aku sendiri, sedangkan kawasan aku ini sudah mempunyai sekolah yang tersegam indah di tepi jalan utama. Beberapa kilometer dari kampung aku. Dan sekolah ini sebenarnya automatik menjadi pilihan ke tiga. Ya sekolah ini sangat terkenal ketika itu. Cikgu-cikgu sedaya mungkin untuk tidak dihantar kesini. Bahkan ajakan guru bertumbuk adalah perkara lumrah ketika itu. Itulah cerita-cerita yang didengari dan di bawa oleh mulut ke mulut.

Ironinya, itulah sekolah menengah pertama yang aku masuki. Dan cerita-cerita yang berlegar-legar hanyalah cerita-cerita orang-orang yang kalah perang yang tidak mahu dilupakan oleh zaman.

 

Barisan cikgu-cikgu yang mengajar masa sekolah rendah! Semoga mereka semua dalam rohmat Allah.


 

 

 

 

 

Thursday, February 24, 2022

Suatu yang pernah

 Sememangnya sekolah menengan tengku intan zaharah(SMTIZ) banyak mencorakkan aku pada hari ini. Suatu yang pernah ialah aku dibuli, musim april fool menjadi-jadi, hantu-hantu yang juga bermusim. Ragam tinggal di asrama pasti akan bertemu kumpulan putih dan kumpulan hitam dikalangan penghuni sendiri.Anasir luar juga cuba menduga, ilmu hitam bertelanjang bulat.

Asrama harian tidak seperti asrama penuh, setiap jumaat kami berjalan kaki berjumaat lebih kurang 2 kilometer, tiada bas disediakan! Bahkan boleh memilih untuk ke masjid yang lebih jauh. Bagusnya asrama harian boleh keluar masuk sesuka hati. Pernah aku terpaksa menyamar menjadi Shamsudin Ali kerana akal waras ingin menyembunyikan identiti diri.

Bahkan ketika pulang ke kampung juga tidak dijemput seperti mereka yang berada, Berjalan kaki sebelum subuh dalam kumpulan besar kerana akan melalui jalan yang sama. Peristiwa jatuh longkang sedalam 7 kaki, Pasti ketawa teringat peristiwa itu.

Walau dibuli oleh seorang senior, ada juga yang istimewa dengan senior-senior lain. Bersama-sama mentelaah dengan lampu koridor, aku untuk SRP mereka untuk STPM. Dan lebih manis bertemu mereka di UPM menyambung ke peringkat yang lebih tinggi!

Teringat juga rakan-rakan dari darat dengan budaya yang berbeza. Budaya dan tingkah laku yang kelihatan pelik pada mata aku. Perangai yang berbeza-beza, ada yang tidak mahu mandi, ada yang tidak pernah basuh baju sendiri. Banyak sangat ragamnya. Bahkan rakan-rakan dari negeri borneo juga membawa resam yang berbeza. Di mana mereka sekarang?

Inilah suatu yang pernah! 

  

Sunday, February 20, 2022

Pernah Di Satu Malam Minggu

Suatu waktu dulu, ketika menginap di asrama harian SMTIZ, malam minggu (aku tak ingat malam jumaat atau sabtu) kami dibenarkan untuk keluar dari kawasan sekolah.

Sebuah kedai di hadapan sekolah menjadi tumpuan ramai ketika itu. Aku rasa itu sahaja kedai yang tercapai oleh derap kaki. Yang lain pun ada, tapi boleh menyebabkan seliuh dan haus pada tekak dan tapak kasut.

Menu utama dikedai itu ialah meggi. Ya, meggi yang sama rasanya dengan yang  kita makan pada hari ini. Tiada yang berubah, rasanya, bungkusan kuning  dan  pintalan meenya. Kalau ada yang berubah mungkin hiasan pada plastik yang diubah mengikut kehendak selera generasi sekarang.

Meggi dikedai itu ada tiga darjat. Darjat terendah ialah Meggi 0. Harganya ketika itu 50sen semangkuk. Walau darjat terendah, tapi ramai yang memilih meggi ini. Mungkin sekadar untuk mengisi ruang yang ada dan tidak dilihat berpoya-poya dikedai secara percuma sambil menonton TV yang menayangkan cerita dari video dek. Aku tak ingat darjat-darjat seterusnya. Tapi aku selalu makan Meggi dengan telo dan sawi. Sudah tentu ini adalah darjat meggi yang tertinggi. 

Bagi aku makan di kedai ini pada malam minggu bukan sahaja untuk mencari kelainan, tetapi ia juga adalah motivasi. Tuan kedai selalu bertanya aku di tingkatan berapa. Setiap kali aku datang, itulah soalan yang akan ditanyakan. Mungkin itu antara set soalan yang dia sudah sediakan untuk pelanggan kedai. Apabila aku menyatakan usia ku, lantas dia berkata anaknya adalah sebaya dengan ku. Dan terus menyambung anak kini bersekolah di MRSM. Itulah motivasi kepada aku sebenarnya. Setiap malam minggu, keinginan ke sekolah yang sama sentiasa di perbaharui oleh cerita si pembuat meggi! 

Gambar meggi di atas aku ambil ketika makan di Sabasun tengahari tadi (20022022), melihat gambar ini aku teringat tentang meggi yang aku makan suatu ketika dahulu.Meggi darjat kayangan.

Saturday, February 12, 2022

The Trail Under the Water

 Aku selalu menonton siri-siri jelajah atau dokumentari sendiri melalui youtube. 

Appalachian Trail yang sejauh 3500KM selalu menjadi laluan anak-anak muda amerika untuk mencari jati diri. Perjalanan yang boleh mengjangkau hingga 6 bulan, dikatakan mampu menemukan pendaki dengan apa yang mereka cari. Selain dari hidangan permandangan yang indah, jatidiri juga di perolehi melalui kesakitan dan keletihan. Selalunya kemanusianlah yang selalu dipelajari disana.

Aku selalu membayangkan negaraku Malaysia juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Laluan seperti Tahan Trail juga mempunyai keindahan tersendiri. Tetapi sehingga ada seseorang yang pertama melaluinya, trail berkenaan tidak akan ada. 

Tasik kenyir sudah berusia hampir 34 tahun. Dengan keluasan 38000 hektar yang merangkumi 3 negeri sudah pasti sangat indah untuk dijelajahi di persisirnya. 

Bayangkan menyusuri laluan bawah di bawah air di tepi -tepi air tasik kenyir yang berkocak, mendirikan khemah dimana perlu dan hidup bersama "keliaran" (wild). Mungkin satu pengalaman yang indah dan sukar. 

Bayangkan banyak sumber ekonomi baharu yang boleh dijanakan dengan laluan baru ini.

Bayangkan apa yang aku khayalkan ini menjadi kenyataan.

 

Kenyir Lake Trail, The trail under the water


Monday, February 07, 2022

Oppression!

 Here is a song called "Oppression" sing by a group that called themselves "carburetor dung". This song is part of "Song for friend albums" which published around 1993, if i am not mistaken. This song remind me when i walk to central market searching for this album after work. That is around 1997, about 4 years after released. 

For me, during that time,  I found myself in each song in every words that built a lyrics in that album. For each song, there is a life event that i can associated with it!  Yess. It is true! 

Here is the song: 








Saturday, January 29, 2022

Manis Dibibir Mulut

Terbaca sedikit luahan dari penerbit dan penulis lirik serta komposer terkenal yang menyarankan agar kandungan kreatif tidak sewenangnya dimuatnaik ke internet semata-mata untuk mendapatkan "like". Kata beliau bilangan "like" tidak dapat mengisi perut.


Aku sangat setuju dengan kenyataan ini. Walaupun memang sudah ramai yang kita dengar menjadi kaya raya kerana internet. Namun, aku masih juga tidak bersetuju sekiranya kandungan kreatif ini diberikan secara percuma.

Aku berpandangan, adalah tidak adil jika segelintir pihak mendapat keuntungan atas angin yang lebih banyak dari mereka yang sudah pasti menggunakan masa, tenaga, wang ringgit serta kreativiti  untuk mengeluarkan kandungan tersebut. Kelihatan amat mudah mendapat duit dari kontent yang diletakkan secara percuma. Tetapi jauh panggang dari api untuk mengiyakan kata-kata tersebut.

Selamanya, akan ada yang mengaut keuntungan di atas jerih perih usaha orang lain.


Wednesday, January 26, 2022

Scammer

Mendapat khabar berita seorang sahabat ditimpa kemalangan. Dia telah di"Scam". Dalam dunia jenayah, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Tiada skop untuk membataskan jenayah kepada sesiapa pun. Semua orang boleh menjadi mangsa kepada jenayah yang dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Sesungguhnya, dengan adanya niat jahat tersebut, mereka sebenarnya telah menetapkan tiada batas yang memisahkan "laba" yang mereka dapat dengan kemanusian. Ketika itu, mereka bukan lagi manusia untuk membataskan jenayah mereka.

Selalu kita dengari atau melalui pembacaan, mereka yang ditipu bukan calang-calang orang. Ada yang bergelar, ada yang mempunyai jawatan tinggi. Malah, tidak disangka mereka ini juga berjaya di"scam". Jelas, tipu daya scammer ini mempunyai banyak cara dan ilmu psikologi yang telah dipelajari dengan baik sekali. 

Harus ada peringatan kepada diri sendiri tentang apa yang boleh dikongsi dan apa yang tidak boleh dikongsi.


Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...