Wednesday, December 09, 2009

Musim Hujan II

Aku suka musim hujan. Hujan membawa sejuk pada alam, tolong jangan fikirkan yang bukan-bukan. Jalan raya jadi bersih, tiada debu melekat di daun-daun dan juga kereta.

Aku suka musim hujan kerana tiada motosikal dengan pemandu tanpa topi keledar bergeliwat mencari angin petang dipantai. Ada yang menunjuk hero berjalan berkumpulan dan aku seperti mengekori sebuah kenderaan berat. Dan aku terpaksa merangkak perlahan dengan hati bengkak dan geram.

Kerana itu aku suka musim hujan!

Saturday, December 05, 2009

Renaissance Kota Bharu Hotel




Tukar Tayar Kete

Nak gi kota bharu, tengok tayar depan dah botak, minggu depan nak gi KL pulak, jadi sebelum apa-apa aku reject awal-awal any risk.

Memandai pakai 16 inchi rim, tayar untuk16 inci pun mahal juga lah. Memula aku mintak jenis dunlop, tuan kedai tayar cakap 280 sebiji. dan dia rekomen jenis apa entah, tapi bunganya cam dunlop jugak harganya 210.

Tanpa berlengah , aku setuju ajer. so hari tu terbang lah lagi 420 untuk 2 biji tayar depan

Wednesday, December 02, 2009

Musim Hujan

1. Indahnya ciptaan Allah, dianugerahkan kepada kita 3 hari yang panas ketika beredulAdha!.

2. sebelum itu, hujan mencurah turun, aku boleh katakan 4 hari berturut-turut, sehinggakan ada yang kena berpindah banyak jalan ditutup dan ada tempat yang terputus hubungan fizikal.

3. Sekarang (Selepas itu), hujan masih lagi mencurah-curah, kadang-kadang lebat dan kadang-kadang tidak. Air bertakung dijalanraya. Aku tidak marah dengan semua itu.

4. Baju diampaian tidak kering, aku tidak marah. Sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam (dimana hitamnya?), aku masih tidak marah.

5. Tetapi, akhir-akhir ini, celcom broadband sangat teruk. Aku hampir-hampir putus hubungan secara maya. Aku tidak dapat membaca berita terkini. Aku tidak boleh update komputer kepada software terkini. Aku tidak boleh update iphone kepada software terkini. Banyak kerja-kerja bukan pejabat terganggu kerana keterukan celcom broadband ini.

6.Tolong lah! jangan buat aku marah dan bermulut jahat!

Muzium Ubi

p/s: aku nak cuba menulis macam che det!

1. Kita diberitahu, masa lepas akan mencorakkan masa depan. Ketika musim hujan sebegini, kedai, ntahlah, apa istilah yang sesuai untuk merujuk kepada penjual ubi di tepi-tepi jalan beralaskan plastik. Aku lihat banyak kereta yang berenti disitu.

2. Banyak jenis ubi dijual disitu, dari pada ubi yang paling besar, aku panggil dengan nama ubi besar! (atau ubi gajah) sehingga ubi yang paling kecik, berbutir-butir, dan aku sudah lupa apa namanya (ubi toroks agaknya!). Semua jenis ubi berkumpul disitu. Cuma jangan cari ubi kentang!

3. Kalau ada kesempatan bawaklah anak-anak singgah disitu. Kalau tak membeli pun tak apa. Asalkan boleh perkenalkan ubi-ubi ini kepada anak-anak. Jangan tunggu, hendak ditubuhkkan muzium ubi, baru ubi-ubi ini ada nilainya.

4. Pengalaman lepas berkata "Sedapnya makan ubi kayu cicah nyor bersama air kopi panas di kala hujan merembis jatuh ke bumi" (apa benda merembis ntah!!)

Sebuah Kisah Tentang Kesetiaan

 Sepuluh tahun. Itulah tempoh masa sebuah kisah bermula dan masih berjalan hingga hari ini. Setiap pagi, setiap petang, sebuah Nissan Livina...