Wednesday, June 26, 2013

my dell laptop 2

tiba sahaja di parit raja aku pun melelapkan mata seketika, merehatkan minda dan tubuh badan selepas memandu selama hampir 8 jam. Selepas asar aku bangun dan mengeONkan dell yang sudah diletakkan disisi ketika hendak tidur tadi. Lantas aku pun mula bekerja meneliti dan menilai dan  mencari-cari perkataan yang perlu diungkapkan.............

hampir pukul 11 malam aku kembali tidur, dengan laptop masih ON disisiku. Dalam tidur-tidur ayam itu aku sekali-sekala mencuri pandang perkataan yang terpapar di powerpoint di laptop. dan kepala membayangkan apa yang akan aku buat esok. itulah yang diajar oleh guruku

bangun seawal subuh, aku terus menyambung kerja dengan laptop yang terbuka dari semalam. Akhirnya aku menyalin semua maklumat yang perlu ke dalam pendrive dan g-note. terus ke bilik presentation.

Disana, aku masih lagi membelek-belek g-note, melihat-lihat, mencari-cari perkataan yang lebih baik dari apa yang telah ditulis. Lantas idea tiba, aku membuka beg laptop, masukkan plug. dan tekan suis kuasanya. tiada cahaya biru keluar disitu. Aku tekan lagi, aku tekan lagi, aku tekan lagi. Sah, laptop ini rosak buat kali kedua.....

Nasib baik dah backup!



Sunday, June 23, 2013

cuti tamat 21/9/2009 - 23/6/2013

Ohh cuti sudah tamatdan belajar masih belum habis. Aku masuk office dengan kedunguan tahap kronik.

Wednesday, June 19, 2013

Sebuah kereta dan sebuah imiginasi yang gagal

Memandu sebuah viva di dalam bandar dalam keadaan santai amat mengujakan, sambil-sambil mencelok ketika kereta lain yang bersaiz besar terpaksa mengintai-intai ruang yang muat. Tapi viva tidak begitu cuma gaya pemanduan sahaja yang akan menyamakannya.

Dalam keadaan santai viva mungkin boleh sampai ke Johor Baharu dengan selamat. Tetapi rasanya dalam keadaan bertekanan dengan constraint masa dan muatan penh di seat belakang juga di dalam bonet, memandu viva amat menakutkan. bayangkan ketika minyak ditekan meter menghampiri 140 dan hanya jarak 40 sahaja yang memisahkan nya dengan 180. tetapi harus di ingat kereta hanya berkuasa 1000cc. jadi kerana penilaian semula ini, aku hentikan perjalan  ke johor dan membuat uturn di susur keluar ajil lebuh raya pantai timur.

Sebuah kereta yang di ambil di kedai dalam bungkusan plastik pasti sedikit sebanyak akan menjadi sebahagian kita. kalau brek ada masalah atau steering ada masalah, atau kona ada masalah pasti tuannya akan merasa kelainan itu. dan tuannya akan sakit-sakit tubuh memikirkan msalah kereta yang sakit, tapi seperti juga manusia, harus dibawa jumpa doktornya.

dana kerana sebuah imaginasi memandu viva di johor baharu sudah gagal, kini aku membayar rm600 ringgit kerosakkan kereta aku yang lagi satu dan juga mengubati perasaan aku yang memandunya nanti!

ohh kini, rasa seperti memandu sebuah kereta baru kembali  ada dalam dada!

Tuesday, June 18, 2013

my dell laptop

Kenapa, setiap kali aku bekerja dalam tekanan, laptop yang aku gunakan seakan-akan lemah tenaganya, pening mindanya dan lari settingnya.

Kadang-kadang  dia menjadi hang dengan kekerapan yang melampau ( x pernah hang pun sebelum nie), kadang-kadang ada screen biru ( pun x pernah berlaku), lambat nak load-satu satu bende tu (puah/bosan aku menunggu), system user folder dan libraries dalam windows 7, kadang-kadang buat aku pening kerana kadang-kadang aku tertukar antara 2 folder tersebut.

bukan sekali bahkan banyak kali kurasakan kerana dia kini adalah sebahagian dari aku. Aku merasakan apa yang dia rasa, tapi aku tak tau mengapa jadi begitu.

ntah lah...


Sunday, June 16, 2013

Kereta

Berpindah ke rumah baru buat perjalanan yang aku tempuhi setiap hari menjadi sedikit jauh dan makin banyak kereta aku temui di jalanan, dari model terbaru sehinggalah model yang patut dilupuskan ( maaf yer tuan kete buruk!).

Ketika orang awam menanti-nanti harga kereta diturunkan. Aku sedkit terkasima kerana bilangan kereta dijalan raya pada waktu sekrang amat menyakitkan hati, belum lagi ditambah dengan gaya pemanduan yang pelbagai-bagai dan aku takut bila bertemu 'kiasu' jalanraya.

Adakah kita semua sudah bersedia minda untuk berhimpit dijalanraya, yang  nampak macam berkembar tapi , hanya sebelah boleh pakai, atau pun jalanraya yang nampak dari jauh cantik tapi bila dekat 'pundek'! Atau pemandu kereta kecil, yang pemandunya rasa boleh muat lubang saiz apa pun. Atau pun pemilik kereta besar yang bawak perlahan di lorong kanan, atau pemandu  tua yang bawak lebih perlahan dari pemandu kereta besar tadi dengan signal berkelip-kllip lupa tutup!

Bukan aku tak suka dengan penurunan harga kereta, tapi apakah persiapan kita! Dan paling aku benci, kereta aku pasti akan turun harganya!


Elektrik

... tiba-tiba aku teirngat kepada betapa mudah untuk 'tuang' prep malam dengan cara yang sangat 'berhemah', iaitu memberikan kejutan kepada aliran elektrik dan menyebabkan suis keselamatan akan tertendang. Justeru itu boleh lah lepak-lepak, sehingga pengawal keselamatan berjaya mengesan di mana kejutan itu dibuat, sebelum suis boleh dibuka semula.
.. kalau lah budak-budak peringkat sekolah boleh buat bende nie, apa lagilah orang yang dah tahap kerja-kerja!

p/s: aku teirngat juga, dulu-dulu pernah dengar cerita, main karen-karen sentuh kat perut, perkara biasa jer!

Monday, June 10, 2013

how..

ce tengok gambar nie

ada tulisan kat bawah phone tu kan?

camne rnak nak sebut?

watsap ke?

watsep ke? (kalau teranung, lain bunyinya!)

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...