Saturday, February 07, 2009

Al-Capone Hostel

** cerita ini sebagai sebuah kenangan yang terindah

Malam sudah begitu larut. Semua penghuni hostel sudah tido. Hanya tinggal beberapa orang yang suka membakar malam (burning the midnight oil). Aku pun sama, masih lagi berbual-bual mengisi ruang malam di bilik Meow (bukan nama sebenar). Apatah lagi malam itu adalah malam minggu.

*****

Meow merupakan usahawan yang paling berjaya di hostel ku itu. Selayaknya beliau mendapat anugerah kerana keusahawanan beliau. Beliau merupakan pembekal rokok paling utama. Semua penghuni lain akan menemui beliau untuk mendapatkan bekalan. Pernah dulu, seorang penghuni tahun 2 cuba-cuba belajar untuk mengantikan tempat si Meow, beliau di panggil dan dibriefkan dengan sebaik mungkin. Akhirnya, seme aset perniagaan beliau di rampas. Dalam hostel ini, tak kan ada dua pembekal. Macam mana mau kaya jika tiada monopoli.

Aku rasa Meow adalah orang yang paling kaya di hostel ketika itu. Masakan tidak, ketika itu, rokok dikedai yang dijual 15 sen sebatang sudah dijual 3 posen sebatang. Untung 200 peratus, masakan tidak kaya. Dan seingat aku, hanya seorang sahaja yang diberikan harga istimewa iaitu 2 posen sebatang. Dikira sebagai sumbangan sosial kerana ketagihan beliau yang melampau. Disamping itu beliau ini turut membantu si Meow dengan percuma.

***

Seperti yang dijanjikan, aku dan Meow pun berpakaian serba hitam menggalas beg hitam. Ketika itu aku hanya bersetuju dengan ajakan Meow kerana mungkin aku akan diberi sedikit diskaun. Itu aje lah yang ada dalam benak ku yang menjadi perangsang dan pemberi semangat untuk aku keluar membantu Meow mendapatkan bekalan.

Perjalanan pun bermula, merentasi hostel perempuan menuju ke pagar yang paling selamat untuk di panjat. Yang pasti, point itu lah yang paling selamat dalam kiraan. Selepas itu, berjalan lagi melalui rumah orang-orang kaya, anjing menyalak bersahut-sahutan menyambut kami dalam kegelapan. Kemudian, bila rasa sedikit jauh, kami berjalan melalui jalan utama yang ditepi-tepinya hanyalah semak dan samun. Kalau ada kereta dilaluan itu kami akan cepat bersembunyi di balik pokok-pokok besar yang banyak di tepi jalan tersebut.

Sampai ke kedai mamak, aku biarkan si Meow berurusan di dalam kedai. Aku tunggu di luar. Malam itu seme berjalan lancar, kami selamat sampai ke hostel bukan sahaja dengan stok baru tetapi juga dengan mempelam manis orang-orang kaya yang kalau tak diambil pasti akan dibiarkan jatuh dan buruk di pangkal pokok.

***

Setelah melalui perjalanan malam yang mendebarkan, aku cuba menghilangkan debar dan membeli sebatang dengan Meow. Berapa harga nie aku pura-pura bertanya.

"sama macam biasa 3 posen lah"

1 comment:

  1. pesanan daripada kerajaan: merokok merbahayakan kesihatan

    pesanan daripada moew: sebatang rokok harganya tetap tiga puluh sen

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...