Aku selalu ingin memberi pesanan "jangan main judi". Judi itu memudaratkan. Kalau judi kecil-kecilan sudah boleh membebankan, apa lagi judi liga professional. Lu pikir lah sendiri!!
***
Tok Aki aku ada sebilah badik. Katanya badik nie dah "makan" banyak nyawa. Nyawa paling banyak ia "makan" ialah nyawa Jepun. Pernah makan 40 orang dalam satu masa katanya. Tapi dia tak ceritakan pulak macam mana boleh "makan" sebegitu banyak dan bagaimana proses "makan" tersebut berjalan. Dan aku pulak memang bebal masa tu, tak teringin pulak nak korek-korek cerita tu.
Aku selalu jugak menilik badik yang satu ini. Warna matanya kehitam-hitaman, memang susah nak dinafikan badi tu memang dah "makan" orang. Tapi sepanjang aku tinggak dengan Tok Aki, aku tak pernah lagi tengok dia "bela" badik tu. Tak pernah aku tengok dia perasap kemenyan ke? Lurut limau nipis ke? Tak pernah aku tengok pulak!
***
Ada pernah kenal seorang kawan (Amran) yang nak kaya cepat. Tapi aku tak berkenan dengan kaedah nak kaya cepat yang dia pakai. Katanya kaya cepat hanya dengan judi nombor ekor. Kaedah lain semua karut sebab lambat.
Tapi Amran bukan penjudi yang sebarangan. Kalau tak ada petunjuk Amran tak akan beli nombor ekor. Aku menjadi akrab dengan Amran bukan kerana aku pun nak cepat kaya dengan judi ekor tapi aku tertarik dengan unsur mistik yang dibawanya. Petunjuk dia dapat semenya datang dari kawasan perkuburan, Amran ada bomoh peribadi untuk menurun nombor. Itu yang buat aku tertarik dengannya.
Disebabkan keinginan aku untuk melihat perkara-perkara mistik seperti asap yang tiba-tiba menyelubungi kubur, angin yang tiba-tiba mengoncangkan pokok dan lain-lain mistik yang selalu tengok dalam TV, aku menjadi follower Amran.
Pernah satu tengah malam aku membonceng moto Amran mengelidah jirat cina mencari "sesuatu" yang di infokan oleh bomoh peribadi beliau. Walaupun takut semacam, tapi sebab Amran, aku pun hentam aje lah. Boleh lah dikategorikan aku nie sebagai "seeker"lah jugak. Tapi itu dulu lah, sekarang tidak lagi.
Cerita aku mengenai Badik kesayangan Tok Aki aku, membuatkan Amran tidak sabar untuk mendapatkan petunjuk yang seterusnya. Desakan Amran yang bertalu-talu, menyebabkan aku terpaksa "meminjam" sebentar badik tersebut dari Tok Aki aku. Malamnya, aku dengan Amran pergi ke rumah Bomoh peribadi beliau, tapi hampa. Bomoh peribadi beliau pergi mengubat orang (selain menurun nombor ekor, bomoh nie pun mengubat orang sebagai kerja sampingan). Jadi terpaksalah balik "bodo" sahaja malam itu. Tetapi Amran tidak puas hati selagi dia tak dapat menggunakan khidmat badik tok aki aku. Pada Amran, badik tersebut kelihatan amat hebat. Pada gengaman pertama, beliau sudah merasai getaran "penjaga" badik tersebut. Serba salah aku dibuatnya. Tambahan pula malam esok aku tak dapat bersama Amran kerana ada program lain.
Desakan yang bertalu-talu membuatkan aku meminggirkan Tok Aki kesayangan aku. Badik itu aku serahkan kepada Amran, dengan janji, lusa akan dikembalikan kepada ku.
Aku balik rumah dengan hati berdebar. Kelihatan Tok Wan (seorang yang nyanyuk) aku sedang membelek-belek almari dimana badik itu sentiasa disimpan. Aku buat tak tau dan terus tido.
****
Lusanya, badik aku dipulangkan. Amran kata badik ini sangat hebat penjaganya dan tiada citer lain. Hanya memberitahu badik tak digunakan untuk menurun kerana dah ada keris lain. Dalam hati aku susah sikit nak percaya, mungkin hati putih aku sudah insaf dan kuat untuk berkata tidak kepada tahi judi. Anyway, aku gembira, badik sudah pulang dan aku tidak sekali-kali terlibat dengan benda haram ini lagi.
****
Sampai rumah aku cepat-cepat menyimpan badik tersebut. Tapi bukan di tempat asalnya, tapi ditempat lain. Kebetulan pulak, malamnya, tok aki aku bertanya tentang badik tersebut. Katanya badik tiada ditempatnya. Aku jawab aku tak tau. Dan aku mula mencari.
Mula-mula aku mencari-cari ditempat asalnya. Memang lah tak jumpa!!. Kemudian aku cari dalam bilik tok wan aku. Memang lah tak jumpa. Kemudian aku cari kat dapur. Lagi lah tak jumpa. Lastly, tok wan aku jumpa dalam almarinya.
Sedih aku malam itu, melihat tok wan aku dimarahi oleh tok aki aku kerana tok aki aku rasa tok wan aku lah yang mengalihkan bende tu. Semuanya disebabkan oleh aku. :(. Aku yang merancangkan semuanya.
***
Bila Tok Aki aku meninggal (innallillah), abang aku cuba amik badik tu sebagai kenangan. Sepanjang malam pertama badik berada dirumahnya, sepanjang itulah anaknya yang paling kecil menangis. Terus dipulangkan badik tersebut.
Dengar citer badik itu sekarang berada dengan salah seorang cucu yang ada menuntut ilmu-ilmu mistik!!!
gitulah ceritanya.
wow.. emm badik tu menda ek? parang?
ReplyDeletemaleh lak nak google
Sila rujuk kat http://ms.wikipedia.org/wiki/Badik. Karangannya lebih baik!!
ReplyDelete