aku sudah tiada duit untuk bermain tikam lagi. Malam itu aku berbaring di tengah rumah sambil memandang syiling rumah. Sekali-sekala aku memandang baju melayu ayahku yang telah digosok rapi (actually itu ialah baju raya). Sudah lama baju itu digantung disitu. Mungkin hanya akan diusek apabila tiba pagi raya nanti.
Ilham datang dengan tiba, aku bangun dan mengusha baju tersebut. Wow! ada duit RM5. Kala itu 5 ringgit sudah cukup besar untuk budak belum akil seperti aku. Aku kembali berbaring dan membuat muka tidak berdosa. Aku tertidur dengan idea syaitan itu.
Pukul 10 pagi esoknya aku pun mengadap rakan-rakan lain bermain tikam. Aku lihat dengan air liur yang meleleh. Sungguh seronok melihat rakan-rakan bermain tikam. Tapi aku tidak dipelawa pun. Aku cuba memintak-mintak mohon diberi peluang percuma atau tumpang sekaki dengan kawan-kawan yang sedang asyik itu. Tapi, sikit pun tidak di layan. Sebaliknya aku di halau dengan kata-kata yang buat aku geram dan hilang pertimbangan.
"kalau tak ada duit, jangan main kat sini!" kata mereka. Kata-kata itu membuatkan aku bengang dan mulai dirasuk syaitan. Akal ku tidak lagi waras kerana dihina sebegitu. "tak apa, kejap lagi kau tau lah siapa aku", kata ku di dalam hati. Dendam kepada yang kedekut kepada ku mesti dibalas. Aku pun perlahan-lahan beredar dengan harapan mereka akan kekal bermain di port itu.
Sebentar kemudian, aku kembali kepada mereka. Buah keras ini mesti dipulangkan hatiku berdetik. Tidak lama menunggu, kawan-kawan ku semuanya kehilangan modal, yang senyum kini hanyalah tokey tikam. Aku lantas memulangkan paku buah kerasku. "ketepi-ketepi, saper yang tak ada duit jangan duduk dekat, balik lah main kat rumah!" Ah, bangganya rasa hati ku kerana penghinaan tadi telah di balas. Lantas menayangkan duit warna hijau.
Tidak lama kemudian, muka ku kembali tiada rasa. Duit tadi telah habis!!
-bersambung-
No comments:
Post a Comment