Sunday, January 11, 2009

Nikmat Iman

Bangun dari tido (kalau layak dipanggil tido kerana mata tidak mahu lelap) pada pukul 4.00 pagi di sebuah resort tanpa bintang di Rantau Abang. Bertinggung di pintu bilik air dengan bertuala, tangan memeluk tubuh, sejuk mencengkam, ku lihat air di pili mengalir, berasap seperti ais. 

Perasaan sejuk itu menyelinap ke dalam hati, dan cuba merajai dan mengawal minda luar kawal. Aku masih bertinggung di situ mencari yang putih di sebalik hitam, mencari yang cerah disebalik yang gelap, mencari yang panas di sebalik yang sejuk. Keputusan sudah ditangan, kali ini aku sudah nekad.

Jirusan air pagi pertama menjamah tubuh, ahhhhhhhhhhhh, sejuk bukan lagi ke sehingga ke tulang hitam, bahkan, lebih hitam dari itu. Jirusan kedua, ahhhhhh, dalam kesejukan itu, aku merasai nikmat, wap dan haba ku rasa ditubuh. Sejuk ini sudah menjadi nikmat. Tiada lagi perasaan berbaur. Aku sangat gembira tanpa sebab.

Keluar dari situ, sayup kedengaran tetamu sebelah mengalunkan ayat-ayat tuhan. 


1 comment:

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...