Mahkamah 1
Seantero hostel telah kecoh dengan kecurian yang semakin menjadi-jadi. Satu sindiket telah dirancang untuk memantau kecurian yang semakin menjadi-jadi itu. Aku yang ketika itu sangat rapat dengan Ting6 sangat aware tentang perkara itu dan menyimpannya sebagai rahsia besar. Taktik yang digunakan sangat mudah. Pastikan ahli sindiket memantau Si Malim di dalam locker di setiap dorm.
3 hari setelah sindiket dijalankan, berita gembira dihebahkan dikalangan dorm atasan. Si Malim Durjana telah dikenalpasti. Dan tiada syak wasangka lagi. Selama ini, yang empunya dirilah yang membuat onar mengakibatkan kerugian puluhan ringgit. Budak hostel mana ada duit banyak-banyak? Malam itu, aku turut sama disitu menjadi pemerhati. Pelajar ting 1 nak buat apa? Duduk diam je lah.
Selepas "prep" selepas "supper" , Si Malim pun dipanggil ke bilik 6 jahanam (sheriff yang melantik diri sendiri sebab pihak yang dilantik pihak sekolah tak mau bertanggungjawab dan takut) dan disoal siasat. Sebelum itu, Si Malim ditelanjangkan, yang tinggal hanya spender. Dengan pelbagai teknik yang dipelajari melalui siri penyiasatan dalam TV termasuklah "jeck" di perut dan "starlight" di dahi. Akhirnya Si Malim mengaku salah dan mengeluarkan saki baki duit yang gagal dibelanjakan dan barang-barang curi yang belum sempat dijual.
Hukuman pun dijatuhkan. Malam itu, Si Malim dibiarkan berdiri di atas kerusi di bawah kipas dengan hanya bertuala mandi sehingga pagi. Dahinya ditulis, "aku pencuri!!"
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
wow... best... tapi sekarang orang kata buli
ReplyDeletebuli ke gitu? bagi K bukan buli tapi ethic dalam satu komuniti
sapa buat salah ada hukumannya. pernah gak masuk dalam perkara ni.. tapi K tak pukul la.. 1 je arahan.. potong rambut kasi botak.. :D
nangis dia terus, minta maaf (sebab rambut dia semacam aset baginya)
p/s: teringat 8 orang dibuang gara2 sebab ini, sehari selepas kes pelajar mati kene pukul sebab baldi. kasihan buat mereka.