Itulah pinjaman pertama aku dengan kerajaan (sampai sekarang aku tak habis lagi bayar). Jumlahnya ialah RM7500 jer untuk 3 tahun. Amat jauh beza jumlahnya dengan pinjaman sekarang. Selepas ditolak yuran universiti dan yuran asrama dapatlah sedikit baki untuk hidup di perantauan tanpa membebani sesiapa pun. Aku amat berusaha untuk menjaga agar tidak membebani sesiapa pun.
Tetapi, bayangkanlah, sudah lama aku tidak memegang duit. Hati meminta aku shopping. Selepas dicongak dan dikira, akhirnya aku pun bersedia untuk membelanjakan duit tersebut untuk mengembirakan hati sendiri. Selepas berbincang dengan Atan (beliau ada motosikal Honda Raider, udah cukup besar pada waktu itu), beliau bersetuju untuk membawa aku ke Pertama Complex (sini je lah yang glamor sikit pada waktu dulu, sogo belum ada lagi) untuk shooping.
Pada hari yang dijanjikan, aku pun bertolak ke Kay El. Itulah kali pertama aku keluar dari kampus sejak aku mendaftarkan diri pada hari pendaftaran dulu. Dan itulah kali pertama aku keluar ke Kay El selepas pendaftaran dulu. :D Kolotnya aku! Rupanya si Atan ini adalah kaki rempit. Kecut perut aku dibuatnya, sebab nyaris nak langgar divider jalan potong bas tak lepas.
Berdiri di hadapan Pertama Complex ketika itu, aku menarik nafas panjang. Melepaskan serabut dikepala dan mungkin sebuah alhamdulillah. Memandangkan aku tiada kasut, aku beli sepasang kasut kulit high cap warna biru muda. Kemudian aku sambar sehelai seluar jean levis pun warna biru muda dan aku turut angkat sehelai kemeja western design ada dua poket kat depan, butang kilat warna biru gelap.
On the way balik, Atan mau singgah kat kedai moto jalan chow kit. Aku tak into sangat pakai helmet ,so, aku bukak helmet dan letak atas meja kat kedai moto tu (kaunter kedai moto bukan ke panjang dan diletak kerusi macam bar, so customer bolehlah duduk dimana-mana kerusi). Kemudian Atan ajak singgah Masjid Kg Baru semayang maghrib. Sampai masjid, Atan mintak helmet dengan aku, untuk di kunci pada motor (untuk langkah keselamatan). Alamak, satu lagi sejarah tercipta, aku telah membonceng motosikal dari chow kit ke Kg Baru tanpa helmet. Patut lah, aku rasa orang asyik pandang masa bergerak tadi!! Nasib senja dan tak kantoi dek bapak polisi.
Aku dengan Atan gelak-gelak kat situ sampai keluar air mata. Atan pusing balik amik helmet. Lepas semayang, kita orang balik hostel.
*******
Baju dan seluar aku beli tu aku pakai sampai rabak. Tapi kasut tu tak sempat rabak sebab kena sapu waktu maghrib ketika aku dan kawan-kawan berbuka puasa di rumah sewa. Sempat lah aku melaram kasut tu dalam 3 semester.
No comments:
Post a Comment