Aku mula mengenali beliau ketika berada di Tenaga Nasional Berhad. Aku tak tau lah kenapa aku jadi rapat dengan beliau sedangkan perbezaan umur aku dengan beliau sangat ketara.Tapi seingat aku, aku dan beliau adalah satu team programmer masa projek FMIS under TNB. 2 tahun aku duduk sekantor dengan beliau. Tapi usia tidak membataskan aku menjadi kawan beliau. Banyak aktiviti beliau yang melibatkan aku.
Kalau beliau nak mengulor, beliau mengajak aku. Kadang dibawanya sehingga ke Pertama Complek. Kadang-kadang tu sehingga ke Damansara. Entahlah aku pun kadang-kadang tak tau ke mana dia ajak aku. Tetapi yang paling aku ingat ialah beliau yang memperkenalkan aku dengan mee soto paling popular di Pantai, belakang Telekom. Sampai sekarang aku suka makan mee soto. Satu lagi tempat yang aku ingat akan beliau ialah mee rebus mamak kat jalan masjid India. Mee rebus mamak nie di jual di depan kedai cina jual arak. Selalu lah jugak beliau ajak aku makan kat situ. Mula-mula aku makanlah, nak jaga hati beliau, tetapi memandangkan meja dalam kedai tempat orang mabuk, lama kelamaan aku jadi serabut. elok bungkis je lah makan kat opis. Tapi bila Kadang-kadang beliau ajak aku makan nasik kat rumah dia. Yang baik pun ada jugak dia ajak aku, contohnya pergi semayang kat masjid bangsar.
Aku malu dengan Pakcik Ramli ni. Sebab yang pertama beliau selalu belanja aku makan. Kalau gi makan makan kat mana-mana beliau lah yang selalu belanja aku. Tak sempat aku nak keluarkan duit, dia dah settlekan. Macam duit aku duit cap pisang jer dia buat.
selepas aku kuor dari TNB aku nak sangat contact beliau, tapi aku tak ada nombornya. Dengo citer beliau sudah pencen sekarang. Lagi lah susah mau cari dia. Harap dia bergembira dalam kehidupan dia sekarang dan dibawah rahmat Allah selalu.
Beliau ialah orang paling gua nak jumpa sekarang dalam context kawan-kawan. :D
Selepas berhempas pulas menggeledah internet akhirnya aku dapat emel address Encik Ramli dari seorang kawan lama jugak. Dan semalam encik Ramli sudah respond emel aku dengan panjang lebarnya. Seronok aku membacanya! Kalau ada chance nanti aku postkan emel tersebut kat blog nih
ReplyDelete