Sunday, February 01, 2009

Satu Cerita Di Hostel

**Cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar lelucon dan pengajaran kepada yang berfikir di kemudian hari.

Saruk Khan (bukan nama sebenar) ialah kawan sehostel ketika aku menengah rendah. Orangnya sedikit gempal tetapi tidak gemuk, dan sedikit rendah tetapi bukan pendek. Ada sesuatu yang hebat pada Sahruk Khan iaitu sekeping kurap diperutnya yang bersaiz sebesar pinggan dara.

Kehidupan Saruk Khan di hostel amatlah simple. Tambahan pula, makan minum disediakan. Maka, enjoy sakan lah Saruk Khan ini di dalam kemewahan hidup di hostel. Bangun dari tido, Saruk Khan terus pergi amik breakfast tanpa gosok gigi dan mandi. Selepas itu, kehidupan diteruskan dengan bermain bola di padang. Selepas main bola, Saruk Khan berbaring di bawah kipas untuk menyejukkan badan sementara menunggu lunch. Selepas lunch Saruk Khan terus menyarung jersi sekolah dan masuk kelas dengan selambanya. Begitulah kehidupan metropolitan peringkat kelabu beliau. Kalau hari minggu gaya itu akan menjadi lebih hebat dan havoc. Baju semenya disimpan untuk dibasuh dirumah oleh emaknya. Lagak macam hotel 15 star

Semua penghuni hostel mahu mengelakkan tuala mereka digunakan oleh Saruk Khan ini. Pendek kata, kalau Saruk Khan dah guna tuala seseorang baik buang aje lah tuala tu dan beli yang baru. Begitu hebatnya seorang Saruk Khan di hostel aku itu.

Satu hari selepas pulang dari solat Jumaat, perut kekenyangan selepas makan nasik lauk ayam goreng resepi biasa hari jumaat, ramai penghuni hostel meraikan petang yang gemilang itu dengan tido. Termasuklah juga si Saruk Khan ini. Aku dan beberapa teman yang tidak suka tido, hanya sembang-sembang kosong sambil mengusha girls hostel. Tiba-tiba datang seorang kawan lain yang dipanggil Rampo menceritakan kesah Saruk Khan yang sedangg tido dan kurapnya yang merah menyala dan berair kerana digaru tanpa sedar ketika beliau tido. Rampo nie tergolong dalam golongan budak separa baik dan separa nakal merupakan budak sekampung dengan Saruk Khan. Rampo sudah lama mengesyorkan Saruk Khan menggunakan Ubat Kurap cap kaki tiga dan mengamalkan gaya kehidupan yang lebih positif. Rampo sendiri mempunyai beberapa botol ubat kurap sebagai stok perniagaan. Tapi semua kata-kata itu dicemuh mentah-mentah oleh si Saruk Khan. Rampo sudah punyai satu idea bernas!!

Dengan riak wajah tersenyum-senyum, Rampo keluar dari dorm dan kelibatnya dilihat melilau di bawah sebatang pokok di padang sekolah. Tidak lama kemudian beliau kembali dengan pantasnya menuju ke katil Saruk Khan. Dengan menggunakan dahan kayu kecil yang beliau ambil tadi, dengan perlahan beliau menggaru kurap Saruk khan. Ke atas dan ke bawah, ke kiri dan ke kanan, sedikit-sedikit dalam bulatan dengan begitu gentle dan lembut, supaya Saruk Khan terus asyik dalam keseronokan garuan kurap dan tidak terbangun. Saruk Khan semakin lena dalam keseronokkan garuan kurap beliau. Kurap pun semakin merah dan semakiin berair. Saat yang ditunggu pun tiba, Rampo pun menuangkan Ubat kurap cap kaki tiga ke perut Saruk khan. Dan dengan pantas melarikan diri persis seperti Rambo.

Tiba-tiba satu jeritan kesakitan kedengaran dari katil Saruk Khan. Saruk Khan kelihatan mengeliat-geliat dan melompat dari katilnya. Beliau terus berlari menuju ke bilik air, sampai disitu Saruk Khan menjerit kesakitan lagi. Membayangkan kurap yang kena air lagi pedih, Saruk Khan terus berlari ke belakang hostel sambil menjerit-jerit kesakitan. Dari belakang beliau berlari lagi ke depan hostel. Selepas berlari mengelilingi hostel beberapa kali, Saruk Khan kembali ke bilik dan berbaring di bawah kipas syiling. Beliau kembali tido.

Cerita itu tersebar ke seluruh asrama. Semua orang bergelak ketawa mendengar cerita itu. Tapi apabila ditanya saper punya angkara oleh Saruk Khan, semua diam membisu, biar pecah diperut jangan pecah di mulut. Beberapa hari kemudian, aku tengok Saruk Khan amat baik sekali dan kamceng  sekali dengan Rampo. Makan minumm Rampo seme ditanggungnya!!!

1 comment:

  1. hahahhahaha.... persetan itu dato' (emm mewakili sarukhan)

    hambek

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...