Tuesday, February 24, 2009

Masalah Betis Terselak

Setiap kali aku memandu, aku selalu berselisih dengan perempuan-perempuan yang jadi pembonceng motosikal. Apa yang menarik tentang pembonceng-pembonceng perempuan ini ialah betis-betis mereka yang putih mulus (ada jugak yang tak mulus) yangg menarik anak mata untuk menjeling. Dan bertambahlah satu dosa yang tidak disengajakan.

Selalunya yang menampakkan betis ini ialah perempuan-perempuan baik yang memakai baju kurung apabila keluar dari rumah. Terkadang terjentik di hati, "Apakah mereka tidak sedar dengan dosa yang sedang dilakukan sedangkan rambut mereka ditutup dengan rapi, baju yang berlengan panjang dan ada sesetengahnya menambah aksesori lain untuk tidak menunjukkan kulit lengan mereka yang putih bersih. Tetapi, saat menunggang motosikal, sekali sentak sahaja. Sudah terpamer mulus betis kepada khalayak.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Adakah pengilang motosikal yang merekabentuk motosikal sebegitu rupa sehinggakan memaksa perempuan-perempuan yang berkain sarung atau berbaju kurung menyelak kain mereka?

Adakah perempuan yang berbaju kurung itu yang harus dipersalahkan? Mungkin kerana kekolotan mereka yang tidak mahu berubah mengikut peredaran zaman. Dah nak naik moto, pakai lah seluar!!

Atau pun, yang paling mudah ialah salahkan ajer si mata yang nakal ini, yang menjeling dan suka melihat perkara yang indah. 

Tetapi, mencari siapa yang bersalah bukan penyelesaian kepada masalah ini. Seharusnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini patut difikirkan. 

Pernah aku lihat juga, perempuan yang memakai seluar panjang berjaya menutup betis mereka dari pandangan. Dari satu sudut ia amat berjaya menyelesaikan masalah betis terselak ini. Tetapi jika seluar yang dipakai itu berjenis jeans. Masalah lain pulak yang timbul. Ditambah pula dengan motosikal jenis  skuter sekarang ini. Kalau dilihat dengan mendalam, perempuan yang berseluar ketat tidak menunjukkan betis ini lebih seksi cara duduknya. Persis berada di dalam jamban! Bertinggung!!

Pernah aku nampak, ada perempuan2 yang berhati mulia, walaupun, berbaju kurung dengan tudung labuh menunggang moto tetapi masih tidak menampakkan betis mereka. Kenapa? Kerana mereka tahu hukum untuk menutup aurat dan nah! mereka memakai stokin. Lantas aurat itu sudah tertutup!

Akhirnya, jawapan sebenar adalah berbalik kepada tuan empunya badan. Kesedaran masing-masing terhadap kewajipan menutup aurat adalah paling penting untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau hati  sudah ada sedikit karat, perkara ini pasti kelihatan kecil dan tidak dipedulikan langsung. Tetapi kalau hati yang berjenis Siti Fatimah pasti ada susulan tindak balas untuk menjadi yang terbaik. Kata orang dulu-dulu, tepuk dada tanyalah Iman.




No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...