Wednesday, December 31, 2008

Selamat Datang Tahun Baru


Tiada apa dalam kehidupan ini yang aku mohonkan kecuali keampunan dan keredhaan Allah.Dan  semoga aku selalu berada di bawah rahmat dan limpah kurnia Nya. 

Kedatangan tahun hijrah memang tidak pernah disambut secara meriah. Tiada apa-apa yang menyambut kedatangan tahun 1430 hijrah melainkan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tahun baru tiba dengan harapan agar ia lebih baik dari tahun yang dulu.

Setiap tahun aku selalu berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah. Itu lah yang selalu aku harapkan. Aku selalu berazam untuk sentiasa berjemaah di masjid. Tetapi, we are not alone. Banyak sangat anasir-anasir yang menghadkan aktiviti ini. Tapi sentiasa mengatakan kegagalan ini adalah kerana diri ku sendiri yang pemalu. Justeru itu, aku masih gagal untuk menghadirkan diri ku ke masjid yang berdekatan untuk berjemaah maghrib, isyak dan subuh. 

Walaupun begitu, aktiviti zohor dan asar ada sedikit kejayaan kerana aku senang aja berjemaah bersama ahli-ahli pekerjaan ku. Azam itu aku teruskan untuk tahun 1430 ini.

Alhamdulillah, Allah telah cukupkan rezekiku, walaupun tidaklah begitu mewah, tapi masih ada lebihan untuk aku titipkan kepada orang-orang miskin. Untuk tahun baru ini aku teruskan apa yang aku dah mulakan ini. Apa yang aku buat ialah setiap kali balik ke rumah aku akan masukkan lebihan syiling hasil dari perbelanjaan ku ke dalam tabung. Setiap bulan aku akan sedekah semua syiling dalam tabung tersebut kepada orang-orang miskin. Aku serahkan semua semua syiling ini kepada ibu mertuaku, dia yang akan menguruskan semuanya. Aku hanya menyediakan dana sahaja. Dan aku tak mau tahu siapa yang menerimanya supaya aku tidak menjadi ujub dan bangga kalau-kalau aku terjumpa dengan mereka nanti. InsyaAllah dengan rezeki yang allah telah kurniakan ini, aku akan teruskan usaha ini.


Aku sudah lama terperuk dalam kepompong kehidupan di sini. Aku ingin sekali keluar dari tempurung ini dan melihat apa yang ada diluarnya. Inilah peluang ketiga yang aku dapat, dan kali ini aku akan menggegamnya dan tidak akan dilepaskan. Aku akan belajar diluar negara. Ketakutan yang kadang-kadang hadir akan kuketepikan dan dijadikan tauladan untuk aku hidup disana nanti. Insyallah cita-cita ini akan dimakbulkan pada tahun hadapan.

Untuk putra dan puri ku, aku akan cuba menjadi ayah yang terbaik dan hanya yang terbaik untuk putra dan putriku.

Untuk ibu kepada anak-anak ku, pastikan tahun yang akan datang adalah tahun yang gemilang untuk kita.



No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...