Tuesday, December 23, 2008

Cerita Tentang Hobi

Seingat aku, ketika di bangku sekolah rendah dulu, hobi yang paling popular ialah mengumpul stem. Kalau ditanya pada ku, pasti aku akan memberikan jawapan yang sama. Kenapa hobi ini amat popular dikalangan pelajar sekolah rendah?  Mengikut benak fikiran aku, hobi ini ada sedikit kaitan dengan gaya hidup anak-anak orang atasan yang educated ( betul ke) yang mempunyai hubungan dengan orang-orang luar negara, jadi senanglah nak kumpul stem. Kalau seminggu tak pernah dapat satu surat pun cam ner nak jadi pengumpul stem, bukannya ada duit nak beli hari hari.

Ketika itu, aku mendapat tahu tentang adanya hobi mengumpul stem melalui pembacaan. setau aku tak ada guru yang membincangkan tentang hobi ini, kecuali masa dekat-dekat nak exam penilaian darjah lima. Aku dah tahu tentang hobi ini sedari darjah 3 lagi sejak aku pandai pinjam buku kat library sekolah. Dalam buku cerita karangan Enid Blyton, banyak diceritakan tentang hobi ini. Aku memang suka buku-buku penyiasatan pada masa tersebut.

Walaupun aku cakap aku adalah pengumpul stem depan guru-guru sekolah rendah ku. Haram jadah aku tak pernah ada buku untuk simpan stem. Stem pun hanya ada sekeping dua. Jadi hobi itu tak adalah pure sangat. Sekadar nak menunjukkan aku pun dari jenis educated. Aku pun mana tau apa hobi sebenar aku pun. 


Bila naik sekolah menengah, aku masih lagi tak tau apa hobi aku. Semua perkara aku buat. Tak ada satu pun yang aku fokus betul-betul melainkan belajar. Adakah belajar itu hobi aku masa sekolah menengah dulu? Tolong lah jawab.

seingat aku, lepas pada sekolah, ada satu benda yang aku suka buat dan ketagih nak buat iaitu memancing. Tapi maklumlah, masa jaman dulu, orang gila mancing nie tak pakai joran yang hebat dengan kekili yang hebat. Kalau rasa nak memancing, pergi je kedai beli tangsi dan mata kail, gi belakang rumah, gali tanah cari cacing buat umpan. Semudah A B C.  Tapi tak lama aku berhobi yang murah sebegitu, kerana tidak lama kemudian aku mula memiliki pelbagai koleksi joran dan kekili dan pelbagai jenis umpan tiruan. Di tambah pula dengan buku-buku tentang memancing. Baru terasa hobi ini memerlukan modal yang agak besar.  Sebut ajer joran aper? Semua ada, joran untuk laut, joran untuk ikan sungai, joran untuk anak ikan, joran untuk udang 
dan joran untuk casting lagi.

Adat orang memancing, kail mesti makan tuan, tersangkut di tangan perkara biasa, sangkut di telinga perkara kadang-kadang tapi pernah lah kena. Tapi gila memancing aku nie, tak sampai tahap extreme sebabnya aku tak ada transport. Pergi yang runcit-runcit je macam belakang rumah aku, Sungai kat kat dalam hutan kadang-kadang.

Satu ketika aku mula membenci hobi ini kerana terasa bodoh dengan kegilaan ini. Lalu aku menyumbangkan alat memancing ku kepada adik aku. (Sehingga hari ini beliau masih lagi menjadi pemanicng yang setia). Kemudian aku tercari-cari kembali apakah hobi aku?

kenapa fikiran masa sekolah rendah dulu sangat sempit dan dangkal? Sedangkan banyak perkara boleh dijadikan hobi. Tapi tak boleh salahkan fikiran masa sekolah rendah jugak kerana sesetengah orang dewasa pun tak tau nak beritahu hobi masing-masing. Sedangkan setiap petang kita tengok dia berkebun.

Dunia dah maju zaman dah berubah. Alaf baru ini, bermacam-macam hobi telah dicipta. Sehinggakan dari yang amat biasa sehingga kepada yang luar biasa. Antara yang biasa ialah dari jenis collector jugak. Mungkin kesinambungan dari hobi stem collector dulu. Antararanya mengumpul syiling ( giliran kesempitan boleh dikitar semula), kumpul jam tangan tak kira harga dari Rm5 hingga ke rm15000, kumpul bantal golek dari pelbagai bentuk, kumpul koleksi peguin tak kira dari jenis apa pun. bantal peguin, pen peguin, jam peguin.

Ada jugak collector ini yang suka kan cabaran contohnya mengumpul barang yang susah dapat macam barang antik. Ada jugak barang bukan antik yang susah nak dapat macam kumpul koleksi KFC, garfu dan sudu KFC, pinggan KFC, tag nama KFC. Pendek kata seme yang berkait dengan KFC. Tapi hobi ini memang mencabar. Pinggan KFC mana ada di jual melainkan kena amik tanpa disedari dari KFC shop. :D

kemudian ada pulak hobi collector yang pelik-pelik. Ada yang suka kumpul underwear perempuan. Sebut ajer jenis apa, fesyen cam ner seme ada dengan dia. Tapi yang lagi pelik semua yang dia simpan tu dah pernah di guna pakai. Cara dia dapat tu lah yang paling mencabar tu!!

Ada jugak yang sangat pelik pada mata orang, tapi pada mata pengumpul biasa-biasa ajer katanya. Si pengumpul sampah, penuh satu rumah dia bawak balik sampah yang dikutip dari tong sampah mana-mana. Kata dia orang, anytime jer, benda yang dia orang kumpulkan boleh jadi duit. 
 

ntah lah dunia ini sangat pelik. Aku tak tahu lah nanti aku jadi collector apa pulak. Mungkin pengumpul koleksi kete BMW kot!!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...