Ada sebuah rumah lama di kampus aku ini. Sebenarnya, ada banyak rumah lama di sini, kerana dulu-dulu staf tinggal di dalam kampus. Tapi lain-lain rumah tidak sama dengan yang sebuah ini. Selepas lama sepi tanpa penghuni, rumah yang sebuah ini telah dijadikan pejabat jabatan yang aku bernaung. Malangnya, ia adalah sebuah rumah lama yang cuma ada litar elektrik tetapi tidak litar rangkaian komputer setempat. Justeru itu, kakitangan yang bernaung di situ terpaksa melupakan Internet dan pergilah kat tempat lain kalau nak periksa emel.
Ada ura-ura nak membuat pemasangan wayar rangkaian komputer di situ, tetapi memandangkan ia adalah sebuah rumah lama yang dijadikan pejabat sementara, ura-ura itu mati begitu sahaja. Mungkin juga wayar rangkaian setempat tidak berbaloi dengan nilai rumah tersebut.
Tetapi keperluan kepada internet amat tinggi. Kehendak kepada internet tidak dapat ditahan lagi. Ketika itu, aku sedang mengambil subjek rangkaian dan komunikasi data. Tiba-tiba guru rangkaian ku meminta aku mengumpulkan rakan-rakan untuk projek pemasangan wayar rangkaian komputer di rumah itu. Aku tidak tahu bagaimana ia bermula. Tetapi aku cakapkan kepada rakan-rakan, ini adalah praktikal apa yang di ajari guru.
So pada hari yang dijanjikan, projek pun bermula, mula-mula membuat cramping ke atas RJ45 banyak yang tidak berjaya. Tetapi itulah harga sebuah pengalaman. Banyak RJ45 yang direject. Walaupun begitu, menarik kabel di atas syiling yang sudah berusia hampir 20 tahun adalah lebih mencabar. Dalam syiling yang panas dan penuh dengan tahi tikus dan cicak. Usaha itu tangga kejayaan. Akhirnya, pejabat itu mempunyai capaian internet.
Setelah hampir dua tahun digunakan sebagai pejabat. Akhirnya rumah itu ditinggalkan kerana jabatan telah mendapat pejabat baru. Sekali lagi rumah itu menjadi sepi. Tetapi kali ini tidak lama. Hampir 6 bulan kemudian, rumah itu telag menjadi cyber cafe dan pejabat persatuan pelajar jabatan berkenaan. Kat situlah aku memula belajar bertenet dan aku tempat aku meng"cool"kan diri ketika aku melarikan diri ketika di usek hantu di makmal kajian ku dulu.
Hari ini aku lihat rumah itu sedang "dikerjakan". Esok lusa ia akan tiada lagi di situ dan yang tinggal hanyalah kenangan.
rindu rumah itu..~
ReplyDeletehariza : aku pun! :D
ReplyDelete