Saturday, December 06, 2008

Hari ini Dalam Sejarah

1. Perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu mengambil masa 6 jam kerana ada rekahan jalan di kg Kuala Abang. Perjalanan tersebut bersamaan dengan pemanduan 10km/j. Masa perjalanan normal ialah 1 Jam 30 minit

2.Selepas melepasi rekahan tersebut, susunan kereta amat panjang dan masih lagi bergerak perlahan. Sekali aku ingin melepaskan geram, aku memecut dengan lajunya. Satu masa tu aku memotong hampir 30 buah kereta sekaligus kerana line clear.

3. Sebelum itu, aku telah bantu adik aku tukar tayar keretanya. Jadi baju yang aku pakai sedikit lembab dan merimaskan. Jadi dalam perjalanan 10 km/j tu aku sempat salin baju tanpa memberhentikan kereta. Nasib baik tak sempat salin seluar.

4. Sebelum dari itu, aku bantu kak aku buat "bek woh". Aku amik port jadi waiter. Tapi sebenarnya seme bende aku buat pada hari itu, pasang khemah aku,  helper aku, kukur nyor aku , pendek kata all-rounders lah. Senjarahnya ialah, hujan lebat dari pagi sampai petang. Aku hidang makan minum dalam keadaan basah kuyup. Tapi orang tetap ramai dan lauk tetap kena tambah.


No comments:

Post a Comment

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...