Mungkin itulah rumusan orientalis barat apabila melihat kekalutan dalam masyarakat islam hari ini.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Thursday, December 11, 2008
Sebuah Rumusan
Langkah pertama kita sudah berjaya. Usaha kita yang berterusan telah berjaya membuatkan wanita-wanita muslim tidak mahu lagi menutup rambut dan tidak malu lagi menunjukkan apa yang dikatakan aurat. Usaha kita yang berterusan mengelirukan mereka dengan pendapat-pendapat yang mengelirukan telah berjaya. Ramai kini telah memilih untuk "free-hair". Pendekatan kepada fesyen-fesyen terkini juga telah memerangkap wanita-wanita islam untuk turut sama bergaya selari dengan peredaran zaman. Tanpa disedari, fesyen yang kita ketengahkan cuma mendedahkan aurat mereka di atas nama fesyen. Mereka kini sudah tidak betah berbaju kurung dan takut dikatakan ketinggalan zaman apabila mengenakan baju kurung. Pakaian Jean seolah-olah sudah menjadi pakaian rasmi remaja-remaja islam. Mereka kini sudah menjadi seperti kita. Pendek kata kita telah berjaya. Mereka tidak lagi segan menunjukkan alur buah dada mereka, mereka tidak lagi segan menunjukkan alur buntut mereka apatah lagi kulit perut mereka. Ada antara mereka sudah tidak mahu memakai kain singkat paras paha, apakan daya, dari kecik sudah di ajar oleh mak bapak dengan alasan budak tak mengapa. Tapi mereka tidak tahu hasilnya, mereka akan memakainya sehingga dewasa. Kilang-kilang kita tidak mengeluarkan pakaian perempuan berlengan panjang membuatkan mereka jadi sukar dan seterusnya memilih lengan pendek, akhirnya lengan mereka di tunjukkan kepada umum. Sekarang, mereka sendiri yang memilih untuk memakai baju tanpa lengan menunjukkan ketiak-ketiak mereka. Filem-filem juga telah dicorakkan mengikut kehendak kita. Kalau dulu, hanya kita yang mengeluarkan filem yang keterlaluan yang melampau, berpelukan dan adegan sex. Kini, mereka turut sama mengeluarkan filem yang berjenis sama. Kepercayaan mereka telah dikaburkan lagi oleh filem-filem bikinan mereka sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment