Walaupun pada zaman tersebut tiada Internet, Skim ini telah bergerak dengan jayanya. Dengan bekalan sekeping kad giro bsn, semua urusniaga pasti akan berjalan lancar. Aku teringat seorang kawan yang mempromosikan skim ini kepada ku. Beliau merupakan rakan serumah ku. Sebelum aku joint skima ini, aku telah lama memerhatikan beliau. Ada satu hari setiap minggu, beliau akan keluar awal dan balik dengan muka penuh senyuman. Kadang-kadang, balik dengan tangan penuh makanan. Melihat gayanya ketika itu, membuatkan aku jadi rakus. Sebab itu, aku pun turut serta dalam skim ini.
Minggu pertama selepas pelaburan aku memeriksa akaun di bsn serdang utama, duitnya tiada !! Tiada seperti yang dijanjikan. Dan minggu-minggu selepas itu pun keadaan sama yang berlaku. Aku tau aku sudah kena tipu. Hati sedih sambil layan lagu "suci dalam debu" (lagu tersebut sedang top, 14 minggu top ten carta lagu). Aku angau macam hilang kekasih.
Beberapa tahun kemudian (mungkin 15 tahun kot). Aku didatangi seorang professor, menceritakan satu skim yang sedang meletup di Malaysia. Katanya, skim halal itu didokongi oleh orang-orang kenamaan di Malaysia. Ramai cerdik pandai di Universiti di Malaysia telah joint skim tersebut. Kemudian menunjukkan akaun nya yang ketika itu mempunyai keuntungan sebanyak USD20000. Untuk mengasyikkan aku lagi, ditunjukkan pula rekod-rekod kewangan yang menunjukkan pemindahan wang bernilai ribuan ringgit. Aku sekali lagi jadi lupa pada kuaSa Allah. Dengan membayar USD365, aku pun menjadi ahli kepada skim tersebut.
Bulan pertama, aku dapat pulangan pertama, bulan dan bulan-bulan seterusnya aku dapat pulangan yang dijanjikan. Aku mula jadi tamak. Bulan ke 5 aku menambahkan pelaburan. Bulan ke 6 skim ini di perang habis-habisan oleh kerajaan. Sekali lagi aku terperdaya.
Ahhhhhh. Selepas ini aku tak mau di tipu lagi.
2 Tahun Berlalu. Semalam seorang kawan datang bertandang ke rumah. Katanya ada sebuah skim lumayan. Beri RM3800 dapat RM4500, keuntungan RM700. Kalau nak sambung, boleh boleh amik je RM700 dan laburkan balik RM3800. Kalau tak mau, boleh berenti terus. Sejujurnya aku tertarik dengan tawaran itu. Tetapi aku tidak mau ditipu lagi.
No comments:
Post a Comment