Monday, December 29, 2008

Main Tikam 1

Cerita ini hanya sebagai nasihat

Kata Mat Daud Kilau dalam lagunya, "Kalau sudah gila judi, lupa habis anak isteri,". Lagu tersebut memang kena dengan orang yang suka berjudi. Aku bukan kaki judi. Tapi aku pernah main judi peringkat runcit-runcit semasa aku belum lagi akil baligh. Tapi sekali itu sahaja aku main judi, selepas itu aku tidak lagi main judi sebab aku sudah jadi dealer, orang yang tawarkan judi. Itu pun bukan peringkat nasional, cuma peringkat kelabu asap jer.

Judi yang aku main ni ialah main tikam. Tikam nie kira-kira macam anak-anak main nombor ekorlah. Kaedahnya ialah cabut satu tiket, kemudian bukak tiker tersebut, tengok nombor dalam tiket tersebut. Cari nombor dalam tiker di ruang atas. Kalau nombor ada di ruang atas, kira tikam tu mengena. Kemudian tengok lah nilai hadiah yang diperolehi pun di ruang atas tu jugak. Kalau tak ada nombor tu, kira tak kena lah. Harga sekeping kertas tikam tu masa jaman aku dulu ialah 5 sen. Jadi kalau ada 10 sen dapatlah tarik 2 keping. Tengok nasib lah.

Hadiahnya pulak paling besar ialah seringgit. Tapi bilangannya tak banyak, dalam sekeping tikam mungkin ada 3 je hadiah seringit. Selain dari seringgit ada jugak hadiah 80sen, 50 sen dan yang paling banyak ialah 20 sen dan 10 sen.    

Main tikam nie hanya muncul pada bulan ramadhan, kalau bukan bulan poser, tak adanya main tikam nie. Korang carilah seluruh negara, confirm tak jumpa punyer. Mungkin ini adalah langkah terancang zionis. Ada ke bulan poser main judi.

Harga sekeping board main tikam nie ialah Rm5.00 bergantung kepada pembekal lah. Setiap keping board boleh kembalikan keuntungan sehingga 20 ringgit. Jika marketing bagus, 3 hari buleh habis 1 board. 1 board ada 5000 keping tiket.  

Aku tak tau lah sekarang benda ni ada lagi tak.    

-bersambung-

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...