Friday, October 30, 2009

Window dan Linux

Beberapa lama aku cuba untuk mentafsirkan apa sebenarnya alasan yang membuatkan aku memilih Windows berbanding Linux dari sudut seorang pengguna biasa. Aku cuba mentafsirkan dari sudut persamaan dan perbezaan di antara kedua-duanya. Pada pandangan aku dari sudut orang biasa kedua-duanya adalah sama. Tetapi yang tersirat ialah Linux dilihat lebih susah kerana ia memerlukan "screen hitam" yang perlu dikuasai arahannya. Tetapi yang sebenarnya, untuk menjadi orang biasa, tak perlu memikirkan tentang "screen hitam" tersebut kerana semuanya yang ditaip di screen telah pun mempunyai bentuk grafikal masing-masing yang tersendiri. "screen hitam" adalah senjata otai-otai untuk menunjukkan tahap kepakaran masing-masing.

Aku melihat dari sudut susah dan senang kedua-duanya. Akhirnya dari pandangan orang biasa aku dapati ada sedikit kesusahan, dimana menu-menu yang ditulis tidak sama dengan menu-menu yang dilihat di window. inilah yang dikatakan sebagai kesusahan.

Tapi akhirnya aku dapati sebab sebenar yang menyebabkan linux tidak di pilih di kalangan orang biasa ialah kerana ketidakbiasaan samada dengan cara dan juga grafikal yang dipersembahkan.

Tapi kata orang "alah biasa tegal biasa"! Akhirnya aku mulai menyukai Ubuntu!

Install Lamp on Ubuntu 9.04

Step 1: Install apache 2
sudo apt-get install apache2


step 2: install php
sudo apt-get install php5 libapache2-mod-php5


step3: install mysql
sudo apt-get install mysql-server

step 4: install phpmyadmin
sudo apt-get install libapache2-mod-auth-mysql php5-mysql phpmyadmin

Wednesday, October 28, 2009

Misi Seorang Kawan

Jika dulu aku pernah bercerita tentang kawan kepada ayah ku yang sangat bercita-cita besar. Kata dia "Aku ingin belajar sehingga tiada apa lagi yang hendak di pelajari". Sekarang dia adalah seorang pemegang PhD .

Aku temui seorang kawan lama yang juga bercita-cita tinggi sama seperti pakcik di atas. Tetapi, selari dengan zaman yang berubah, impian dan juga cita-cita turut berubah.

Kawan aku selalu berkata "Dalam apa-apa projek sekurang-kurangnya dapat beli helikopter jadilah!" Itulah kata-kata beliau yang amat mengujakan. Aku cukup tertarik dengan falsafah beliau.

Aku simpulkan, kalau hendak bercita-cita, biarlah bercita-cita besar. Dan aku teringat sebuah cerita berkenaan Luqman Nur Hakim dengan anaknya. Beliau bertanya pada anaknya "Apa kau mahu jadi bila dewasa nanti?". Anaknya berkata "Aku mahu menjadi seorang hakim seperti ayah".

Luqman berkata "Melalui pengalaman ku, kau tidak akan berjaya menjadi seorang hakim kerana satu waktu dulu cita-cita ku ialah hendak menjadi seorang raja"

Rumah Ku Di Lereng Bukit


Aku tidak mahu rumah yang besar yang buat aku letih berjalan disemua sudut di dalamnya. Dan mungkin membiarkan satu sudut yang tidak pernah aku jejaki begitu sahaja. Dan aku juga tidak mahu rumah yang kecil yang sudah pasti tidak dapat memuatkan kami sekeluarga.

Aku mahu rumah dengan ruang tamu yang besar, supaya bila ada tahlil atau apa-apa majlis keugamaan, ramai dapat turut serta nanti. Dan aku mahu sebuah ruang keluarga yang tidak besar dan tidak kecil untuk anak-anak ku. Bila mereka dewasa nanti nanti, mereka akan meninggalkan aku dan membina ruang keluarga mereka sendiri meninggalkan aku terkulat-kulat bersama dia. Itu pun jika aku atau pun dia diperpanjangkan umurnya.

Setelah dirujuk-rujuk pada surat khabar, buku-buku, dan internet. Inilah ruang yang aku perolehi di sebuah tanah dilereng bukit yang sudah semakin tiada di makan jentera pengambil tanah.

Tuesday, October 27, 2009

Emas II

Harga emas hari ini merundum terus kepada RM2488.00 untuk 20 gram. Cuba kira berapa banyak aku dah rugi.

Monday, October 26, 2009

Emas

semalam aku beli 20gm emas. Harga emas berkenaan ialah sebanyak RM2519 ringgit sepatutnya. Tetapi dicampurkan pula dengan transport charge sebanyak rm10. jadi totalnya ialah 2529.
Tapi bila aje aku beli emas ini, secara otomatik aku telah rugi sebanyak RM150
kerana harga beli emas bagi pembekal sekarang ialah rm2369.

Emas yang aku beli ini ialah emas 99.9%. yang dikeluarkan oleh public gold.

Thursday, October 22, 2009

2 Benda Aku Nak Jual

Kamera olympus sudah rosak. Nak buang rasa sayang. lepas ditilik-ditilik, akhirnya jumpa 3 item yang masih berguna . Yang pertama ialah memory card jenis XD, memang tak de jual kat kedai, yang kedua bateri, rasa cam x de jugak orang jual dan yang ketiga ialah charger pun mungkin tak de jugak orang jual kat kedai

Tapi aku nak jual 2 item pertama jer, sebab charger tu aku lupa letaknya dimana bila dah jumpa nanti aku akan war war kan.

InsyaAllah 2 item ni akn keluar mudah.my pada pagi ini.





Ini adalah 2 bende aku nak jual.


Wednesday, October 21, 2009

Mimpi II

Subuh tadi aku terbangun dari tidur dengan kepala berdenyut-denyut dan sakit sekali. Argh aku baru teringat. Malam tadi aku bermimpi membuat penyelidikan dalam bidang distributed
information retrieval!

Sampai sekarang aku masih memikirkan apa benda yang aku fikir dalam mimpi malam tadi!

Thursday, October 15, 2009

Apache, MySQL dan PhP

Tiga bende kat atas ialah alat mainan wajib bagi budak-budak yang amik jurusan komputer.

Alat apache nie berguna sebagai penyedia service web. Alat mysql pulak berguna untuk simpan data/maklumat. Manakala alat php pulak untuk buat programming supaya alat mysql lebih berguna dalam alat apache.

3 alat ini sangat popular kerana ketiga-tiga alat ini adalah percuma. Bercerita tentang alat percuma, sebenarnya ada sebuah pertubuhan yang berusaha keras untuk mewujudkan persekitaran software-software percuma dan melatih orang ramai menjadi penyedia perkhidmatan percuma. Tetapi sayang orang berkenaan bukan orang islam, kalau islam mesti banyak dapat pahala sedekah!. Dan satu kemungkinan lain pulak ialah projek nie mesti kena band oleh kesatuan europe atau kesatuan org kafir.

Lelaki yang sangat berwawasan ini tidak lain dan tidak bukan ialah Dr. Richard Stallman. Manakala pertubuhan yang ditubuhkan dikenali sebagai "Free Software Foundation". Kalau tidak kerana FSF ini tak akan ada OS yang dikenali sebagai linux pada hari ini kerana semua software yang ada dalam linux ( bahkan di bangunkan lebih awal dari linux) adalah kebanyakkannya dihasilkan oleh FSF.

Oleh sebab itu, di atas usaha-usaha beliau ini, Komuniti Open Source Malaysia menjemput beliau sebagai pengucaptama dalam Persidangan Open Source di Kuala Lumpur Nanti.

Thursday, October 08, 2009

Memancing dan Sebuah perniagaan

Di waktu zaman kanak-kanak, aku selalu jugak memancing di paya-paya yang terbiar. Ketika itu, aku sudah mulai faham, satu joran akan memperolehi satu ikan. Banyak joran, bererti banyak ikan. Satu kiraan matematik yang mudah. Tetapi kalau terlalu banyak joran, keuntungan maksima tidak akan dicapai kerana bilangan ikan yang diperolehi tidak padan dengan bilangan joran. Tidak semua joran akan mengena. Dengan kata lain, kos akan mengatasi keuntungan. Lagi pun aku bukan memancing untuk menyara kehidupan!

Tetapi ada waktunya, nafsu akan mengatasi akal. Bila satu hari berlalu tanpa joran yang mengena. Dan banyak tempat telah dicuba, hari yang tiada ong agaknya. Lantas hati akan jadi panas. Dan ketika itu, tiada lagi pertimbangan ekonomi melainkan dengan niat "dapatkan ikan sebanyak mungkin, supaya dapat cover kerugian tak dapat ikan tadi". Teknik tajul akan digunakan! Maka tersusunlah joran-joran dalam jarak 5 hingga 6 meter di antara satu sama lain sebagai perangkap kepada ikan-ikan yang degil seperti haruan dan keli. Aku pun pulang dengan hati yang puas dengan bayangan tajul-tajul bergoyang esok hari kerana ada ikan di mata kailnya.

********

Hari ini, paya-paya itu sudah tiada kerana manusia semakin ramai dan memerlukan lebih ruang serta nilai ekonomi yang berada padanya dan juga kerana pengetahuan tentang pengurusan paya yang semakin meningkat. Semua ini, membuatkan paya-paya ini di tambun atau diurus dengan lebih baik (lebih kecil dan menjurus kepada longkang toksid).
********
Aku melihat seorang penjual satey ikan sedang menunggu pelanggan di tepi sebuah pasar. Tidak setiap masa ada pelanggan. Tetapi ada masanya pelanggan datang. Ada yang membawa wang besar ada yang membayar dengan wang kecik. Tetapi si penjual satey tetap di situ kerana ada ong agaknya.

Tetapi aku tidak melihat seorang penjual satey ikan ini. Bahkan aku melihat hampir 5 orang si penjual satey ini menahan tajul masing-masing di situ. Pasti ada seorang tuan bagi semua penjual satey ini.

******

Aku juga melihat banyak kedai runcit bercawangan muncul sekarang ini. Bukan sahaja 7-e, bahkan ada juga yang berkomoditikan islam seperti D5, bahkan banyak lagi, T-shoppe, Kedai runcit 888 dan banyak lagi.

***

Aku berazam akan mempunyai satu perniagaan seperti ini walaupun hanya menjual burger! kerana ia adalah seprti tajul-tajul yang aku pasang seperti memancing dulu

Saturday, October 03, 2009

Thursday, October 01, 2009

Pelan Rumah Banglo Ku

Tak sabar rasanya menunggu pelan rumah yang di order sebelum pose baru-baru ini siap.

Aku membuat appoinment dengan tukang rumah untuk menunjukkan pelan yang di hantar nanti kepada beliau. Bukan apa pun, sekadar nak berbaik dengan tukang rumah dan berbincang tentang apa yang perlu diubahsuai sebelum pelan final dilukis dan di hantar ke majlis perbandaran. Dengan kata lain, aku ingin mendapatkan buah fikiran dari sudut seorang tukang. Mungkin sudut pandangan tukang lebih luas dan cerah.

Perasaan menunggu pelan rumah ini sangat berkobar-kobar. Tak tau lah nanti apa pulak perasaan menunggu rumah siap dibina, mungkin lebih panas dari perasaan hari ini.

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...