Thursday, October 08, 2009

Memancing dan Sebuah perniagaan

Di waktu zaman kanak-kanak, aku selalu jugak memancing di paya-paya yang terbiar. Ketika itu, aku sudah mulai faham, satu joran akan memperolehi satu ikan. Banyak joran, bererti banyak ikan. Satu kiraan matematik yang mudah. Tetapi kalau terlalu banyak joran, keuntungan maksima tidak akan dicapai kerana bilangan ikan yang diperolehi tidak padan dengan bilangan joran. Tidak semua joran akan mengena. Dengan kata lain, kos akan mengatasi keuntungan. Lagi pun aku bukan memancing untuk menyara kehidupan!

Tetapi ada waktunya, nafsu akan mengatasi akal. Bila satu hari berlalu tanpa joran yang mengena. Dan banyak tempat telah dicuba, hari yang tiada ong agaknya. Lantas hati akan jadi panas. Dan ketika itu, tiada lagi pertimbangan ekonomi melainkan dengan niat "dapatkan ikan sebanyak mungkin, supaya dapat cover kerugian tak dapat ikan tadi". Teknik tajul akan digunakan! Maka tersusunlah joran-joran dalam jarak 5 hingga 6 meter di antara satu sama lain sebagai perangkap kepada ikan-ikan yang degil seperti haruan dan keli. Aku pun pulang dengan hati yang puas dengan bayangan tajul-tajul bergoyang esok hari kerana ada ikan di mata kailnya.

********

Hari ini, paya-paya itu sudah tiada kerana manusia semakin ramai dan memerlukan lebih ruang serta nilai ekonomi yang berada padanya dan juga kerana pengetahuan tentang pengurusan paya yang semakin meningkat. Semua ini, membuatkan paya-paya ini di tambun atau diurus dengan lebih baik (lebih kecil dan menjurus kepada longkang toksid).
********
Aku melihat seorang penjual satey ikan sedang menunggu pelanggan di tepi sebuah pasar. Tidak setiap masa ada pelanggan. Tetapi ada masanya pelanggan datang. Ada yang membawa wang besar ada yang membayar dengan wang kecik. Tetapi si penjual satey tetap di situ kerana ada ong agaknya.

Tetapi aku tidak melihat seorang penjual satey ikan ini. Bahkan aku melihat hampir 5 orang si penjual satey ini menahan tajul masing-masing di situ. Pasti ada seorang tuan bagi semua penjual satey ini.

******

Aku juga melihat banyak kedai runcit bercawangan muncul sekarang ini. Bukan sahaja 7-e, bahkan ada juga yang berkomoditikan islam seperti D5, bahkan banyak lagi, T-shoppe, Kedai runcit 888 dan banyak lagi.

***

Aku berazam akan mempunyai satu perniagaan seperti ini walaupun hanya menjual burger! kerana ia adalah seprti tajul-tajul yang aku pasang seperti memancing dulu

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...