Monday, March 22, 2010

Gladiators Melayu

Menonton cerita-cerita kepahlawanan zaman greek. Aku merasakan manusia zaman itu amat tidak bertamadun. Melagakan manusia seperti lembu. Bahkan membina ruang teater yang besar untuk mempertontonkan kebrutalan itu kepada umum. Itu yang kita panggil sebagai gladiator.

Tetapi aku mula merasakan, tamadun mula wujud apabila manusia pandai berkomunikasi dan mengawal tingkahlaku manusia lain untuk kepentingan diri sendiri.

Tetapi aku heran dan pelik kerana gladiators juga pernah wujud disini satu waktu dulu. Yang aku maksudkan ialah ketika Hang Tuah dan Taming Sari atau dengan kata lain Gladiator Melayu vs Gladiators Jawa iaitu taming sari.

Mereka bertikam-tikaman untuk siapa? Untuk membanggakan tuan masing-masing dan juga untuk nyawa masing-masing. Kalau mereka menang, tuan mereka yang akan mendapat nama. Kalau mereka kalah, pasti kelemahan diri sendiri yang akan dipersoalkan.

Yang pasti, kalau dari sudut penerokaan aku di dalam layar perak, mereka adalah gladiator!

Entahlah! Siapa Peduli!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...