Sunday, March 07, 2010

Solar dan Angin

aku sangat percaya bahawa penciptaan battery adalah innovasi yang paling hebat. Hebat bukan kerana teknologinya yang hebat, tetapi hebat kerana ia adalah kaedah paling asas untuk menyimpan tenaga, dan membawanya ke sana ke mari dan masih lagi digunakan sehingga ke hari ini! Mungkin lebih hebat dari e = mc square.......(ntahlah)

Perjalanan aku dipagi ini disinari oleh mentari terik pukul 8 pagi. Sememangnya bumi kita sedang mengalami kepanasan yang hebat. Sepanjang perjalanan pagi tadi, aku melihat banyak lopak-lopak air yang sudah kering, banyak rumput-rumput yang kuning keemasan dan ada juga yang hitam kerana hangus terbakar. aku terdengar berita sesetengah negeri sudah mula membuat catuan air. tetapi di tempat aku masih lagi selamat, allhamdulillah, syukur dan puji kepada ALLAH yang memberkati tanah ku ini, walaupun hangat air boleh terasa hingga ke waktu dinihari.

Perjalanan aku pagi ini juga melintasi pantai yang sudah rosak, tetapi masih dihembus bayu pagi, menyentap rambut, tidak lah laju, dan tidak lah perlahan. Cukup untuk menyedapkan hati dan perasaan buat seketika dan mengeringkan peluh yang mengalir ditubuh.

Aku mulai perasan, inilah dua anugerah ditanah ini yang dibazirkan. Anugerah panas dan angin! Panas boleh menghasilkan tenaga dan angin juga boleh menghasilkan tenaga. Walaupun tidak banyak, tetapi kalau dilaksanakan pasti ada yang boleh dijimatkan dan pasti ada yang boleh diselamatkan. Kalaulah, tenaga ini boleh memanaskan air atau tenaga ini boleh menyejukkan rumah. Sudah pasti elektrik boleh dijimatkan, sudah pasti tasik kennyir tidak tenggelam.

Aku merasakan minda kita sudah lama di perangkap dengan kata-kata "kos yang mahal", sehingga kita tidak mampu untuk mencubanya atau gagal untuk berfikir dengan waras. Kata orang, belum cuba belum tahu!

Aku melalui, ILP gong badak, dan aku melihat kipas tenaga berpusing sangat laju. Aku melalui batu enam, sudah ada panel pandu arah bertenagakan solar.

Argh! mungkin ada yang tidak mahu kita tahu tentang kelebihan dua tenaga ini.

2 comments:

  1. 1. kalau penggunaan solar dan angin menjimatkan 50% elektrik di rumah...siapa akan menguncup???
    2. Kalau petrol bukan sumber utama lagi, siapa akan menguncup???

    Yang pasti ada satu jawapan utk semua ni.
    Media yang mencelik dan membutakan masyarakat.
    Konspirasi terus melanun...LANUN yg legal dan LANUN yg ILLEGAL...

    ReplyDelete
  2. teringat cerita tentang pembunuhan saintis yang mencipta enjin dari air dan sekarang ada penyambungnya dari filipina, tunggu dan lihat!

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...