Quran:3:185
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Wednesday, June 30, 2010
Quran:3:185
Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh, ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Saturday, June 26, 2010
Desa Anthurium Apartment
Beberapa minit kemudian beliau tiba, rupanya "encik" yang aku panggil itu ialah seorang perempuan yang lelaki. Aku terus membetulkan panggilan dan meny
elesaikan hal-hal berkaitan dengan penyewaan. Baki RM400 terus dibayar lungsum dan resit dikeluarkan, pintu apartment dibuka, dan aku terus ditinggalkan dengan pesanan "jika ada masalah sila telefon".
Apartment ini boleh dikatakan cantik dan berada di persekitaran yang cantik.
Pokok buah limau dan pokok bunga-bunga tumbuh segar dan berbunga amat cantik sekali. Mungkin tidak akan subur sebegitu jika di tanah rendah.
Apartment 3bilik disediakan dengan semua peralatan asas untuk memasak seperti dapur, pinggan mangkuk serta periuk. Apartment ini dikatakan untuk muslim guest sahaja, jadi aku lebih confident menggunakan peralatan yang disediakan kat situ.
Selain dari katil kembar dalm setiap balik, 2 bilik utama disediakan juga satu katil bujang. Di samping itu, ada 3 lagi tilam double yang boleh dibentangkan di ruang tamu.
Penginapan di sini amat selesa sekali.
Wednesday, June 23, 2010
Santuari Gajah Sungai Ketiar
Santuari gajah Sungai Ketiar adalah satu tarikan tersendiri di laluan di bawah tasik kenyir. Ia adalah percuma dan perkhidmatan menunggang gajah secara percuma juga disediakan.
Berenti sebentar disini melihat Seri dan Suria, 2 ekor anak gajah berusia 3 dan 10 tahun di santuari ini, hati sedikit sedih melihat mereka yang mungkin lapar di santuari kita (ini padanngan aku, pandangan orang lain mungkin berbeza dan aku tidak bertanya hal ini dengan staff disitu). Terdetik dihati untuk memasukkan RM10 dalam peti cadangan mungkin berguna untuk membeli makanan anak-anak gajah ini.Tetapi akibat tercabar oleh anak bongsu ku yang tiba-tiba menjadi orang pertama menunggang gajah bersama bapa saudaranya, aku pun turut sama menunggang si Suria. Geli punggung masih terasa ketika gajah ini bergerak. Disamping menunggang, boleh juga menyuapkan ubi atau tebu yang disambut oleh belalainya dan mengisi buku pelawat. Disini juga ada juga disediakan tandas dan surau, boleh dijadikan perhentian R&R bagi laluan ini.Kakitangan disini juga amat ramah, tanpa segan meminta pelawat bergambar dengan gajah tetapi servis menunggang tidak di offer sebaliknya perlu ditanya terlebih dulu. Walaupun begitu jenis perkhidmatan di santuari ini ada tertulis di pintu pagar!Kira berbaloi jugak lah melalui laluan di bawah tasik ini!
Ya Allah
Ya Allah,
Dunia bukan untuk ku
Aku tiada tempat lagi di bumi Mu ini Ya Allah.
Aku ingin dekat pada Mu Ya Allah
Engkau kurniakanlah aku Syurga Mu sebagai gantinya
Dunia bukan untuk ku
Aku tiada tempat lagi di bumi Mu ini Ya Allah.
Aku ingin dekat pada Mu Ya Allah
Engkau kurniakanlah aku Syurga Mu sebagai gantinya
Monday, June 21, 2010
Laluan Di Bawah Tasik
Akhinya, selepas semua keindahan ini, kita akan di sambut dengan laluan safari jalan Felda Aring.
Untuk melalui laluan di bawah tasik ini, pastikan kenderaan di servis sebaik mungkin dan bertawakalah agar tidak terjadi apa-apa.
Sunday, June 20, 2010
Jalan-Jalan Syurga
Ada sebuah kisah tentang anak kecil seorang imam yang menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-Jalan Syurga". Mungkin kamu semua sudah membaca artikel itu.
Hati ku ingin sekali memiliki risalah itu kerana aku pun ingin menjadi Da'i.
Friday, June 18, 2010
Ke Cameron Highland
Bila dirujuk kepada pakcik google maps, aku nampak hanyalah laluan yang tidak bersambung seperti kat bawah (aku sambung sendiri dengan titik merah). Jadi itulah laluan yang aku akan lalui.
Dalam internet, ada dua nama yang popular bagi merujuk jalan yang ghaib ini iaitu Lebuhraya Timur-Barat 2 dan Laluan Di atas Tasik. Aku suka merujuk laluan ini sebagai Laluan di Atas Tasik kerana ia lebih berkait dengan tasik kenyir. Setelah yakin dengan ilmu yang diperolehi aku nekad untuk melalui jalan ini, kerana ia sudah pasti lebih dekat dan yang paling penting kerana ia memberikan pengalaman yang berbeza.
Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah tempat penginapan. Setelah membuat beberapa panggilan telefon akhirnya aku mendepositkan Rm200 ke dalam sebuah akaun untuk booking sebuah apartment 3 bilik dengan kos RM300 sehari di sebuah tempat antara Tanah Rata dan Brincang di kenali sebagai Apartment Desa Anthurium iaitu kos piawai pada musim cuti sekolah. Kalau bukan musim cuti sekolah, harga apartment ini jatuh sehingga RM150 sehari. Aku rasa elok bercuti pada bukan musim cuti sekolah!
Hati sangat teruja untuk melalui pengalaman yang berbeza ini.
Sunday, June 13, 2010
Resolusi
1. Tersesat dalam maklumat bukan perkara baru. Lain yang ingin di cari, lain pula yang tercari. Bila sudah sesat di sini, yang aku rugi ialah masa. Masa yang sangat berharga untuk satu perkara diberikan kepada perkara yang lain. Aku menyedari hal ini. Tetapi aku masih lagi tersesat, cuma aku cepat kembali ke pangkal jalan!
2. Bangun pagi tadi tubuh ku sakit-sakit dan letih-letih. Rupanya kerana aku tidur di sofa dalam jaga kerana bahana Piala Dunia. Argh.. situasi amat kritikal, dan pagi tadi hiruk pikuk kenderaan tidak begitu kedengaran. Mungkin semua masih lagi tidur selepas berjaga malam. Aku berazam tidak dibelenggu nafsu Piala Dunia ini lagi.
3. Hubungan yang selalu di disebut ialah hubungan secara horizontal dan hubungan secara vertical. Horizontal lebih menjurus kepada hubungan sesama manusia dan hubungan vertical merujuk kepada hubungan dengan pencipta. Selalunya hubungan dengan pencipta yang akrab membuahkan hubungan horizintal yang lebih baik kerana empunya badan lebih memahami apa yang dikehendaki oleh pencipta. tetapi jika memandu sambil pakai kopiah dengan membawa watak orang-orang alim sedangkan memandu seperti babi tidak ikut peraturan jalan raya boleh ajer memotong ikut kiri dan kanan mengikut citarasa sendiri , maknanya, hubungan dengan pencipta tidak begitu akrab! Lu fikirlah sendiri
Friday, June 11, 2010
Piala Dunia 2010
Musim tidur bola,makan bola dan mandi bola sudah bermula. Pastikan tingkap dan pintu-pintu rumah ditutup dengan elok. Pastikan tidur dibiarkan cukup supaya dapat berjaga malam dengan tenang. Pastikan prestasi kerja tidak terganggu akibat cinta ini. Dan yang paling penting ialah berhati-hati dijalanraya. "Don't drive and slept"
Lelaki yang tidak mencintai bolasepak boleh dikatakan tiada bola dalam dirinya. Sebangku-bangku kakiku, aku masih punyai keinginan untuk menonton bolasepak piala dunia, aku masih punyai niat untuk berjaga malam menonton siaran langsung.
Semua ini adalah kerana ini adalah piala dunia!
Cinta adalah..
Cinta adalah..
berani untuk sakit
berani untuk menerima
berani untuk kehilangan
dan berani untuk melepaskan
adalah cinta kerana cinta bukan cinta
Cinta adalah kesanggupan
Cinta adalah keikhlasan
Cinta adalah...
Lebih dalam dari kedalaman nafsu
Lebih agung dari kebesaran amarah
Lebih bijaksana dari murka
dan lebih dari rasa memiliki
Semua orang punya cinta
namun tidak semua memiliki cinta!
-koleksi komen sajak Khalil Gibran
Tuesday, June 08, 2010
Ilusi
Teknologi warna telah berubah mengikut aliran zaman tetapi kenapa lampu trafik masih perlukan 3 bekas untuk 3 warna sedangkan teknologi yang ada lebih dari mampu untuk membuat 1 lampu dengan pelbagai warna?
Monday, June 07, 2010
Manipulasi Internet
Aku selalu bertanya bagaimana untk jadikan internet sebagai penjana wang. Dan aku sudah nampak kaedahnya, cuma masa ku masih belum tiba agaknya.
Thursday, June 03, 2010
Inilah Ekonomi Kapitalis!
Sebentar tadi aku terminated maxis broadband dan minta sedikit nasihat dari Astro di BANDARAYA Kuala Terengganu. Aku dapati:
1. BANDARAYA Kuala Terengganu dibangunkan dengan pesat sekali. Setiap inci tanah di optimumkan penggunaannya sebaik mungkin. Syarikat-syarikat berkuasa besar terus bermaharajalela. Dan parking di BANDARAYA ini semakin menyesakkan dada
2. Syarikat-syarikat berskala besar terus-terusan menyediakan pakej untuk menyedut setiap nilai wang rakyat marhaen dengan apa cara sekalipun. Aku ulangi dengan apa cara sekalipun. Contohnya, bagi setiap bil kertas maxis broadband dikenakan charge, sedangkan masa pendaftaran sudah dinyatakan pakej berkenaan berharga RM68, yang tidak dimasukkan ialah tidak termasuk lain-lain charge. Hanya akan diberitahu jika ditanya sahaja. Tapi ini tidakberlaku kepadabil CELCOM broadband, bil air, bil elektrik atau bil parking kereta.
3. Satu contoh lain ialah, channel ASTRO pada bila-bila masa boleh dipertingkatkan dengan percuma. Dengan percuma kerana ia melibatkan penambahan bayaran dari pengguna kepada ASTRO tetapi sebaliknya, jikalau channel itu diturun taraf, charge perkhidmatan RM1o dikenakan mungkin kerana melibatkan penurunan perolehan kepada syarikat berskala besar berkenaan.
4. Ledakan teknologi maklumat (istilah yang biasa) menyebabkan cara pemikiran syarikat bersakala besar juga diubah. Charge dikenakan berdasarkan kepada saiz maklumat yang dimuatturun. Sedangkan, aku tidak membeli maklumat sebaliknya jika aku membeli maklumat sekalipun aku tidak akan membeli sekali dengan "junk" maklumat yang turut dikira sebagai sebahagian dari saiz keseluruhan maklumat yang dimuatturun . Ia berbeza dengan air dan elektrik kerana aku menggunakan air dan elektrik secara total tanpa by produk dan aku tidak menyewa saluran atau paipnya.
5. Masalah selalunya boleh ditukar kepada peluang perniagaan yang menguntungkan.
Wednesday, June 02, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...