Monday, June 21, 2010

Laluan Di Bawah Tasik


Pada pandangan aku laluan ini bermula sebaik sahaja melepasi simpang ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir.

Keadaan jalan amat cantik sekali seolah-olah baru siap, tetapi ada beberapa tempat yang mengalami tanah runtuh dan dibuatkan lencongan. Walaupun begitu ia masih tidak dapat mengurangkan keseronokkkan memandu dijalan ini. Tetapi harus di ingat, laluan ini masih belum dibuka kepada umum. Banyak juga papan tanda yang menjelaskan risiko menggunakan laluan ini adalah tanggungjawab pengguna. Dan tiada juga signal komunikasi.Keseronokkan pertama memandu di laluan ini pada pendapat aku ialah kerana boleh dikatakan tiada kenderaan lain di laluan ini. Seolah-olah berada di tempat asing, hanya kehijauan pokok-pokok dikiri kanan jalan serta sekali-sekala terselit kehijauan air tasik yang memukau mata. Pada sudut-sudut hutan yang menyegarkan minda.Setiap kali melihat keindahan ini, terasa ingin sekali menekan brek kereta dan menikmatinya secara nyata. Tetapi perjalanan yang tidak tau hujungnya tidak memungkinkan perkara itu terjadi.Sepanjang laluan ini, aku perasan ada juga 2 air terjun yang mengalir dicelah-celah batu serta 1 aliran sungai juga dicelah-celah batu. Tetapi lagi sekali, aku tidak berani untuk berhenti dan menikmatinya.Laluan dibina sepanjang lereng bukit, ada beberapa buah jambatan yang dibina menyambung dua bukit dan dibawahnya adalah aliran tasik kenyir. Amat mengujakan. Sehingga terlupa sedang memandu di laluan yang tiada orang dan belum digazetkan.Hampir-hampir ditengah-tengah laluan ini ada sebuah santuari gajah yang dimiliki oleh Jabatan Perhilitan. Boleh berhenti sebentar jika perlu.
Akhinya, selepas semua keindahan ini, kita akan di sambut dengan laluan safari jalan Felda Aring.

Untuk melalui laluan di bawah tasik ini, pastikan kenderaan di servis sebaik mungkin dan bertawakalah agar tidak terjadi apa-apa.

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...