Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Hari ini kita menghantar Ramadhan pergi, dengan pilu, dan menyambut syawal dengan gembira. Aku tidak pasti antara keduanya pilu dan gembira ? Yang mana lebih afdal untuk didekati, tapi yang pasti, bulan yang malamnya penuh keberkatan akan pergi untuk sementara sehingga jumpa lagi di lain tahun.

Pilu hati melihat bulan ini pergi kerana biarkan malam-malamnya berlalu tanpa amalan yang istiqamah! Yang tinggal kini hanya harapan supaya amalan yang sedikit ketika terbangun di malam-malam itu di angkat ke langit dan di terima sepenuhnya. Aku seorang hamba yang hanya berharap pada yang Khalik!

Gembira kerana kedatangan Syawal, bererti aku sudah berjaya mengharungi sedikit kepayahan dalam kemewahan! Bangun sahur berbantukan jam loceng, beriftar! ah tak sedap perkataan itu, belajar berbuka puasa dengan sebiji kurma, dan cuba bertarawih setiap malam. Aku gembira kerana aku melakukan semua itu kerana Mu Yang Khalik!

Di antara keduanya, antara Ramadhan dan Syawal, pilu dan gembira, aku mengucapkan Selamat Menyambut Aidifitri 2011!

Jangan lupa kepada cabaran yang lebih mencabar : PUASA ENAM!


Sunday, August 21, 2011

Nasi Dagang II


Projek nasi berjalan berjalan lancar. Ketika membeli rempah ratus nasik dagang di Pasar Payang. Wife aku sempat berpura-pura tak tahu (memang tak tahu pun) dan bertanya macam-macam hal nasi dagang kepada si penjual. Banyaklah juga ilmu yang diperturunkan dan banyak lah juga wang dilaburkan. Tapi x per, demi nasik dagang, akan aku teruskan jua, walau apa terjadi. Untuk langkah permulaan, aku beli beras nasik dagang (kata tokey kedai) sebanyak 1 kg dengan harga Rm4.00/kg. Aku syak beras tu adalah beras basmathi! On the way balik, tak lupa juga aku singgah membeli seekor ikan aya ( tongkol).

Balik rumah, terus beras tu kena rendam. Oleh kerana ini adalah kali pertama, so, aku memutuskan hanya untuk mencuba dengan 1/2 kg sahaja, maner tau tak jadi kan membazir namanya! Akhirnya, selepas berdiskusi, orang tua yang berpengalaman itu jugak yang akan menjadi mentor dalam projek ini. Walaupun beliau tidak pernah memasak arong nasik dagang, tapi teori dan rasa yang beliau ada sangat berguna ketika ini. Dan aku juga perlukan beliau untuk masak lauk nasi dagang!

Pukul 4 petang, aku pun sampai ke rumah, bau lauk nasi dagang menyusup masuk ke lubang hidung, aroma lazat dan nikmat itu sedikit mencabar supaya aku menyediakan padanan yang sesuai. Aku dengar kabo, mentor merungut-rungut menunggu aku, sedangkan lauk nasik dagang sudah siap. Tanpa lengah aku pun menyediakan kain kukusan, kerana kami tidak pernah mengukus nasik sebelum ini!
Kemudian air di panaskan, sementara menunggu ia mendidih. Aku pun membasuh, menapis dan menyediakan beras yang di rendam tadi ke dalam pengukus.

Kukusan kali pertama hanyalah kukusan kosong, meaning to say, kukusan kali pertama ini hanya mengandungi beras yang direndam sahaja.Sebaik sahaja air mendidih, beras pun di kukus.

Ah cakap banyak tak guna! ini lah hasilnya.......

Jawapan Komen:

1. InsyaAllah, nasik dah berjaya! tapi buat lauk perlu jugak masuk satu kelas lain pulak, baru kepala sajer RM40.00

Saturday, August 20, 2011

Nasi Dagang

Nasi Dagang sangat popular di daerah aku ini. Sehinggakan perwakilan dari daerah lain yang bermesyuarat di sini, menjadikan ia sebagai makanan resmi setiap pagi di sini. Tambahan pula dengan cerita kepala ikan tongkol nasi dagang RM40, membuatkan nasi dagang terengganu makin popular.

Tetapi membuat nasi dagang sebenarnya tidaklah sesukar mana, cuma, nak jadikan ia sedap dan serasi dengan mulut, itulah satu keremehan. Disebabkan hal-hal sebegini, mertua aku pun yang sudah hafal teori-teori nasi dagang, pun tidak sanggup dan tidak berani untuk membuat nasi dagang sekadar untuk makan-makan.

Aku pula yang tidak pernah tau , saut paut antara teori dan praktikal nasi dagang, menyahut cabaran ini dengan berani dan kesanggupan yang amat tinggi. Beras sudah direndam. Pelbagai rujukan di internet sudah dibuat.

Ah... cakap banyak tak guna. Tunggu aku buat petang nie. Nanti aku ceritakan kesah ini di lain kali berserta dengan gambarnya sekali.

Tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Orang IT

Banyak sumber yang menjadi rujukan menamakan orang-orang dalam bidang IT sebagai antara yang terkaya didunia! Aku melihat penyataan ini dengan kecenderungan yang amat tinggi. Siapa yang tidak mahu jadi kaya dan berkhidmat untuk 'alif', 'ba' dan 'ta'. Tetapi bak kata anak muda jaman sekarang, "Susahnya untuk Senang , Senangnya untuk Susah", kejayaan suakr dikecapi dengan mudah.

Melalui kenyataan ini aku selalu berfikir tentang ruang dan peluang sebagai orang IT untuk menjadi kaya. Bila memikirkan perkara itu, yang melintas dijiwa sudah pasti satu produk yang akan menjadi kebanggaan kerana pernyataan di atas juga merujuk kepada billionaire IT yang hanya mempunyai satu produk sahaja!

Tetapi, membelek kembali sejarah pembangunan perisian, aku dapati aku tidak pernah membina sebuah perisian yang lengkap dan berteraskan komersial, kecuali semuanya sistem main-main untuk menguji kemampuan diri sendiri. Kalau begini keadaannya, bagaimana aku sebagai orang IT boleh menjadi kaya raya?

Justeru aku mula memikirkan perisian-perisian pelik yang boleh memberi jalan cepat untuk menjadi kaya. Suatu masa dulu, ledakan dalam pembangunan perisian menyaksikan pelbagai skim cepat kaya muncul di internet, untuk mengaut keuntungan cepat, mungkin kepala ku sudah selari dengan keinginan mau cepat kaya! Tetapi, bila melihat website diluar negara, keadaan ini masih berjalan dengan pesatnya, pelbagai produk HYIP masih lagi berterusan mencari pelanggan. Dan yang paling best, pengeluar perisian-perisian HYIP juga tidak kurang aktif memasarkan produk masing-masing. Menyelam di air keruh!

Aku juga kadang-kadang tersasar jauh ke dalam alam khayalan penuh dosa! Bagaimana mungkin internet boleh menjadi sumber perjudian dan pertaruhan. Selain dari pertaruhan sukan yang telah dihalalkan, aku terfikir perbuatan zaman jahiliah! Mungkin perlu ada sebuah sistem pertaruhan untuk bertaruh anak si artis ini lelaki atau perempuan atau lebih parah lagi mungkin bertaruh tentang mangsa kemalangan semalam akan hidup atau mati. Tetapi, alhamdulillah aku masih seorang islam!

Jadi seharusnya, bagaimana orang IT boleh jadi kaya? Sedangkan semua kepandaian teknikal sudah ada dihujung jari. Seorang rakan penjual di pasar malam datang bertemu dan menyatakan visinya: "Tak kan aku terus berniaga di pasar malam sampai tua!". Aku tersentuh dengan visi beliau. Dan yang paling best, missi beliau untuk mencapai visi itu adalah berasaskan IT! Takjub aku mendengar olahan produk yang beliau ingin keluarkan.

Sebenarnya, banyak lagi ruang-ruang yang belum diteroka atau cukup tinggi keperluannya tanpa disedari oleh syarikat-syarikat besar. Cuma kuasa pemasaran yang rendah membuatkan satu produk yang berinovasi kelihatan sangat futuristik sehingga tidak sanggup diguna pakai olleh orang kebanyakkan. Ah terlalu banyak....



Friday, August 19, 2011

Bahasa, Bangsa dan Jiwa

Sudin : "Hoi, ini wayang gambar pusing ka?, O, lu pun tersampuk ka?, Eh, sekarang, mari kita balik lah, dia orang banyak angin-angin lah!"

Sudin, Aziz, Ramle: "Mari da!"

Singh: "O nama saja ORANG MELAYU, sikit adat pun tak tau, orang nak cakap panggil hoi-hoi, saya ini apa, batu ke, kayu ke?"

Sudin: "Alamat, benggali tu bahasakan kita da!"

Ramlee: "Memang betul dia cakap, ko tu mana ada bahasa, panggil orang wei-wei, bahasa menunjukkan bahasa tau!"

Aziz: "A, a la ko Din"

Ramlee: "A, a ko jugak sama, tadi kawan tu sampai meludah pun!"

Ramlee: "Tabik tuan singh"

Singh : "Saya bukan tuan, saya JAGA"

---------------------------------------






Monday, August 08, 2011

Popo Sudah Bebas

Popo sudah lama terkurung dalam besen bulat berwarna hijau. Di dalam besen itulah dia duduk, makan, berak dan kencing. Kadang-kadang aku kesian lalu membawanya keluar dari dunia besen dan menikmati alam bebas di sekitar kawasan pagarku. Apabila masa sudah cukup, besen sudah dibersihkan, dia akan dimasukkan kembali!

Akhir-akhir ini, besen sudah lama tidak dicuci, dan pencinta-pencinta Popo kelihatan tidak menghiraukannya lagi. Semalam aku membiarkan Popo lama di dalam kawasan pagarku, dengan harapan dia mencari makan sendiri.

Selepas 2 jam di biarkan begitu, aku cuba mencarinya. Tapi dia sudah tiada! Aku tidak mengerti bagaimana Popo boleh melarikan diri dalam ruang yang terkepung itu tanpa ruang lebih besar dari badan beliau. Aku suspek Popo sudah dicuri orang.

Semoga engkau selamat dan sihat dan bebas sepenuhnya.

Popo ialah seekor kura-kura hutan.

Tuesday, August 02, 2011

Watak-watak Benar

Lantas aku terfikir tentang najis dadah yang tidak boleh dipinggirkan. Kenapa benda yang sekecil itu tidak boleh dipisahkan dari dalam diri penagihnya. Pun sama, kepada sesiapa yang keluar masuk pusat permulihan. "keluar-masuk" itu bermakna masuk pusat pemulihan, insaf, keluar, hisap balik dan masuk semula. Lantas akhir-akhir ini, ada perubatan penagihan dadah secara islam. tetapi aku tidka pernah tahu atau terjumpa fakta-fakta sukses dalam kedua-dua kaedah ini. Apa yang ada di dalam najis itu?

Aku teringat kata seorang teman tentang produk-produk yang popular keluaran yahudi di dunia hari ini, katanya, dibelakang produk-produk popular ini ialah iblis. Aku tidak mahu ulas tentang itu, Tetapi aku juga terfikir tentang bagaimana manusia-manusia disebelah sana boleh mendapat idea untuk melukis sesuatu yang seperti benar, seolah-olah, apa yang dilukis berada di depan mata dan seoalah-olah itulah sepatutnya kalau betul ia wujud!

Contohnya, aku terbaca tentang "murray", mahluk berhati setan yang menjadi logo kumpulan rock Dio. Ia adalah makhluk bertubuh manusia berkepala anjing dan bertanduk. Aku mempersoalkan bagaimana mereka mendapat idea ini? Aku selalu juga membaca cerita "bercakap dengan jin" yang ada juga menggambarkan makhluk sedemikian melalui pandangan batin beliau.

Begitu juga dengan watak hellboy, sebuah cerita keterbalikan, syaitan yang menjadi baik kerana dididik oleh manusia. watak ini kelihatan amat benar, dengan wajah yang mirip kesetanan yang masih cantik, tanduk yang pendek juga indah, serta warna merah yang tidak perlu di takuti.

Walaupun 2 contoh ini adalah idea kreatif, tetapi gambaran yang dibuat seolah-olah mereka dibisikkan ilham oleh sesiapa yang tidak kelihatan. Dan kebetulan watak-watak ini menjadi popular!

Aku juga fikirkan tentang Pepsi, Coca-cola, Starbuck, Nike dan Milo. Ah mungkin aku terlalu lapar sekarang!


Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...