Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Friday, June 03, 2016
Hari Guru
Aku berpendapat HAri Guru telah disambut secara berlebih-lebihan.
Adakah benar pelajar dengan sukarela menyambut hari guru dengan penuh
ikhlas dan keriangan?
Entahlah, tapi dengan lakonan imbau semula membuatkan aku lebih tidak
suka kepada sambutan itu.
Aku sememangnya menyukai guruku kerana guruku adalah yang terbaik. Namun
aku tidak pernah memberi hadiah mata-benda pada guruku kerana aku bukan orang yang
mempunyai. Lantas aku cuba untuk memberikan kejayaanku sebagai hadiah, lantas aku memberikan
perangai yang elok sebagai hadiah, lantas aku cuba menjadi pelajar yang baik sebagai hadiah.
Lantas aku mendengar nasihat guruku sebagai hadiah. Aku menghormati guruku sebagai hadiah.
Bahkan seperti yang aku sebut, aku tidak punyai harta-benda sebagai hadiah yang nampak di mata,
melainkan hadiah hadiah spritual yang pasti berkekalan di dalam hati!
Mungkin orang lain punyai pendapat yang berbeza. Namun, aku percaya
roh hari itu perlu dikembalikan semula!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment