Apa yang best tentang pemain import ialah prestasi mereka dipanatau secara langsung oleh peminat bola tempatan. Kalau ada kekurangan prestasi di atas padang, mereka boleh terus ditamatkan kontrak. Itu yang berlaku mutakhir ini.
Tetapi sejauh manakah keikhlasan pemain-pemain import ini menyumbangkan tenaga mereka untuk perkembangan bolasepak negara? Atau sekadar mengambil keuntungan di atas kestabilan ekonomi negara dengan bayaran yang mahal dan kebaikkan budaya masyarakat tempatan? Atau mungkin juga sebagai agen inteligent. Kita mana tau? Mungkin perlu diperincikan tugasan-tugasan pemain import supaya kehadiran mereka bukan hanya sekadar bermain dipadang, fokus juga harus diberikan kepada pemindahan ilmu mereka, bukan sahaja kepada rakan-rakan sepasukan tetapi juga kepada generasi pelapis yang berada di bangku sekolah rendah ketika ini.
Keadaan ini tidak terhad kepada pemain-pemain import bola sepak, bahkan juga kepada pemain-pemain import bidang lain, contohnya seperti bidang pengurusan, teknologi maklumat dan pelbagai lagi. Seolah-olah negara ini tidak mempunyai pakar tempatan langsung! Bahkan, monyet pun kalau dilatih boleh memilih antara kelapa muda dan kelapa tua.
Sudah sampai masanya untuk kita melihat perkara ini dengan lebih serius demi sebuah negara Malaysia yang dicintai.
ke guane gu?
Christoph Mueller
No comments:
Post a Comment