Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Friday, June 03, 2016
Travel Log - Jun 2016
Sebagai menyambut cabaran cuti sekolah dan sambutan pra ramadhan (semuanya hanyalah alasan) aku ke kuala lumpur.
Setiap kali aku menonton iklan trivago, aku teringin sekali mengayakan gaya perempuan tersebut yang bergegar seluruh badan keran enjoy dengan perkhidmatan trivago. Ah! mentari tidak selalu bersinar terang. Aku mandapat nasib perempuan yang bermuka masam.
Selain dari harga yang sedikit menguntungkan, aku cuma dapat bilik hotel yang perlu request tuala mandi, pili mandi yang mengalir airnya dari dua arah, paip yang mengegarkan dinding dan menganggu orang sebelah (org sebelah pun menganggu aku dengan bunyi yang sama), TV yang punyai saluran-saluran standard (aku boleh tengok kat rumah)dan yang paling bisa, bilik hannya punyai 3 plug sahaja. 1 plug untuk tv, 1 untuk icebox dan satu lagi untuk cerek yang peru digilirkan untuk ironing dan mengecas telefon dan menyambung kabel laptop. Sambungan wifi juga lebih perlahan dari pak siput yang berlari.
Akhirnya aku akur dengan perempuan yang bernuka masam itu.
Namun aku masih juga punyai keuntungan disini, kerana keluar ke pusat membeli belah, aku hanya berjalan kaki dan kos perkhidmatan awam telah dikurangkan.
Namun alhamdulillah, aku masih masih berkesempatan menghayati cuti ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment