Thursday, June 30, 2016

Tertinggal Baris

Bulan puasa tahun ni aku mengambil pendekatan baca quran dengan lebih tekun. Alhamdulillah dengan izin Allah, aku boleh baca quran. Walaupun, kesungguhan baca quran hanya muncul disaat-saat akhir puasa, namun, aku tetap bersyukur kerana aku masih lagi diberi kesempatan dan kekuatan untuk baca quran.

Oleh kerana mata sudah begitu rabun, aku menggunakan software AlQuran_Digital  yang ada dalam ebook mat said. Membaca disitu , tulisan boleh dibesarkan dan dikecilkan. Manakala jika ada keraguan sebutan atau tulisan boleh terus dengar dari bacaan asal!

Namun, dalam surah Ar-Rad ayat 35, aku temui kesilapan iaitu tiada baris bawah seperti yang ditunjuk dalam gambar kat bawah. Bulatan merah atas ialah ayat dalam software Alquran_Digital, manakala bulatan bawah ialah dari quran.com. Jelas disitu, baris bawah tertinggal dalam software berkenaan.


*sedang cuba contact pengeluar software untuk dimaklumkan

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...