Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan kelebihan. Yang paling special ialah di dalamnya ada satu malam di mana amalan kita pada malam tersebut akan digandakan sebanyak 83 bulan. Bayangkan, baca quran sekali, tetapi dapat pahala untuk bacaan selama 83 bulan! Tetapi diantara 30 hari ramadhan ini, yang mana satu harinya?
Lantas, orang-orang biasa seperti aku cuba menjadi guru kepada diri sendiri, membaca perutusan motivasi dari kawan-kawan maya, cuba menginterpretasi sendiri, membuka lembaran kata-kata nabi, cuba menjawab teka teka ini. Mencari jalan pendek, lalu, ada yang berkata malam yang ke 21, ada yang berkata malam yang ke 23, ada yang berkata malam yang ke 27.
Kita terlupa setiap malam dalam Ramadhan penuh keberkatan. Setiap amalan di gandakan. Berapa gandaannya, terserah pada yang esa. Mungkin kita terlupa perkara yang kecil ini kerana kita sentiasa disibukkan dengan misteri bilakah malam lailatulqadar?
Tetapi, kebenaran yang jelas tentang ramadhan ialah apabila kita mula menyedari bahawa banyak aktiviti-aktiviti keagamaan tidak dilaksanakan oleh tubuh-badan bukan kerana syaitan (syaitan diikat pada bulan itu) tetapi oleh penolakan diri sendiri!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Wednesday, June 29, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment