Wednesday, April 28, 2010

Ben Ten

Mulut bertih itu akan terus berbunyi jika tidak dibuatkan satu untuknya



Pemberian kecil ini, sudah cukup mengamankan rumah ku untuk satu malam

Monday, April 26, 2010

My Dear Enemy

Hari ini hujan sangat lebat, jadi seperti biasa, astro akan menimbulkan masalah tidak menerima siaran dengan baik. Jadi untuk mengisi ruang-ruang kosong antara aku dan jiwa ku kerana aku juga seperti Amalina 20A perlu membaca didepan TV supaya seolah-olah aku ditemani dan diperhatikan jika aku tidak memberikan tumpuan. Jadi aku mainkan sebuah dvd korea yang bertajuk "My Dear Enemy".



My Dear Enemy ialah kisah sepasang bekas kekasih, dimana silelaki mempunyai hutang dengan si perempuan. Kisah yang berlaku dalam tempoh 24 jam ini merujuk kepada adegan bagaimana si lelaki membawa siperempuan menemui kawan-kawan si lelaki untuk menyelesaikan hutang beliau.

Filem ini lakonan Ha Jung Woo (lelaki) dan Jeon Do-Yeon (pempuan)

Amat menarik. Boleh letak rating 7/10. Kat kulit dvd nie ditulis

"An unforgetable day for a couple old flame, she comes to him because of duns..."

ps: gambar aku letak versi korea tak de tulisan rumi pun

Thursday, April 22, 2010

Pemikiran Din

Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengambil dadah secara berlebihan. Dan satu lagi menyatakan Din mati kerana malaria.

Dari kekhilafan ini aku menemui "VII Years and VII Days" iaitu naskah pertama dan terakhir dari Din kerana Din sudah mati!

Dari naskhah ini aku menghayati setiap bait-bait irama yang Din lontarkan. Aku seperti mendengar cerita irama classical dengan gaya Din. Melalui irama ini, aku mendengar keluh kesah, aku mendengar semangat perkasa, aku mendengar nasihat, aku mendengar marah dan amarah. Segalanya dikumpulkan di situ.

Setelah menghayati dan meneliti naskhah ini, aku merasakan Din adalah genius penuh dengan eksperimentasi kreatif yang membakar hati dan perasaan,bukansahaja menghilangkan gundah gelana tapi juga kekadang meruntunkan jiwa. Aku memahami mu Din.

"He open the gates of heaven with pouring water
And he caused the ground to gush forthsprings
So the water met
And they met...." - Al-Qamar 11-12

Alfatihah Untuk Din!



Tuesday, April 20, 2010

Sudah Sampai Sini

Mati itu Pasti, Bersediakah kita untuknya?

Di sana kepastian akan menanti kita, Di situ tanda tanya Di situ haluannya

Tuesday, April 13, 2010

Berita Tidak Baik

Aku mendapat berita yang tidak baik. Sebuah rumah di kejiranan aku dimasuki pencuri ketika tuan rumah ada di rumah tanpa disedari. Gadget seperti telfon dan laptop didapati hilang.

Sebab itu aku sentiasa mengunci pintu grill rumah ku ketika aku ada dirumah. Setiap kali anak aku balik, dia membuka manga grill dengan kunci yang dia ada, dan membiarkan grill itu ternganga begitu sahaja. Aku pun bangun mengunci grill itu kembali.

Budak-budak memang tak reti tentang hal hal keselamatan walau diulang berpuluh kali.
Jadi sentiasalah berwaspada!

Friday, April 09, 2010

2 Perkara Yang Tiada

Bangun tido hari ini, aku meneliti kalendar kehidupan. Tarikh yang aku rasakan masih jauh dulu iaitu 22 April rupanya sedang menghampiri dengan pantas sekali.

Aku merasakan aku sudah tidak boleh bekerja dengan aman dan sentosa lagi, tarikh itu menginjak-injak dada dan benak fikiran aku. Tiba-tiba aku sudah jadi pemarah.

Hari ini, emel pemberitahuan tarikh peperiksaan akhir sudah masuk ke melbox. Ini menambahkan lagi tekanan yang ada.

4 bulan aku dapati, aku kekurangan dua perkara :.

1. Planning
sebenarnya aku ada plan, tapi tidak dizahirkan, hanya membiarkan ia berlegar dikepala. tidak dipastikan ia terlaksana atau tidak atau saling bertindihan antara satu sama lain ketika hal-hal prioriti menjadi keutamaan. Perancangan mesti ditulis dengan sempurna, supaya ia tidak membayangi plan yang lain.

2. dokumentasi
ini adalah kelemahan bangsa melayu. aku dapati aku masih lagi gagal mengumpulkan pencarian aku dan mendokumenkannya sebaik mungkin Acap kali, aku teringat dokumen sebegini-sebegini aku sudah baca, dan aku ingin membaca nya kembali kerana ada perincian yang aku lupa. dan aku terpaksa menggunakan kuasa fikiran untuk mencari dokumen berkenaan. Dokumen-dokumen ini memang ada dalam laptop tapi bagaimana ia harus diurus

aku akan cuba menangani 2 kekangan ini insyaAllah!

Thursday, April 08, 2010

Nilai Surat Khabar Kita

Aku bukan hendak mencari sensasi, bukan juga untuk promosi. Tetapi aku rasa sensasi ini tidak patut masuk dalam suratkhabar yang dikatakan no 1 di Malaysia. Tambahan pula inilah surat khabar yang selalu membayangkan idea tentang keburukan berita berita sebegini. Mungkin sebab sudah terlalu biasa membaca cerita sebegini maka kita sudah tiada 'sense' lagi.

Salah satu tektik yahudi ialah mengulang-ulang berita yang sama sehingga ia menjadi benar pada pandangan mata dan pendengaran telinga. Itu lah yang aku nampak bentuk "dakwah" yang mereka bawakan.

Contohnya, kalau dulu melihat seorang mak nyah adalah amat hina. Mat Nyah tidak mampu hidup dalam kelompok dulu. Kalau wujud pun mereka tidak akan mendedahkan ciri sebenar mereka di khalayak ramai.

Kemudian, cerita tentang mereka diulang-ulang, sehingga kita merasa biasa. Dan sekarang hasilnya, kita melihat mereka tanpa apa-apa "perasaan" seolah-olah mereka betul.

Banyak lagi kisah sebegitu yang diulang-ulang sehingga kita tak merasa bersalah. Rambut punk, perempuan pakai baju lengan pendek, pakai skirt. Mungkin aku kelihatan sedikit 'fesyen lama', tapi inilah bentuk propaganda yang dilakukan dari dulu sehingga sekarang dan..

ia amat berjaya sekali.

Wednesday, April 07, 2010

Keindahan Alam

Walaupun rumah ku sangat dekat dengan pantai, tetapi sudah lama aku tidak menjejaki putih pasir pantai terengganu (yang paling cantik pada ku). Sebab utama ialah niat meronda digigi air ombak akan menjadi pesta main air dan pasir pantai akan melekat dibaju seluar yang basah dan di bawa masuk kekereta. Akhirnya, aku sendiri yang perlu membersihkan pasir tersebut. Bukan aku malas, tetapi aku punyai banyak lagi kerja lain.


Justeru itu, aku tekad untuk menjauhi pantai, kadangkala hanya melihat dari kejauhan.
---------Balik dari sekolah semalam aku terbawak kereta ku pantai, tapi jauh dari pasirnya. Dan aku meninjau disitu hampir sepuluh minit melihat ombak-ombak waktu mentari tepat dikepala.
Sudah pasti , anak aku akan menjadi model dalam foto yang aku amik
---------

Tuesday, April 06, 2010

Mengapa?

Aku dapati diriku adalah seorang yang suka berfikir. Kadang-kadang akal ku menimbulkan soalan yang aku sendiri tak boleh jawab dengan betul (siapa tahu jawapan itu betul atau salah). Tetapi kebanyakkan perkara yang terlintas difikiran akhirnya akan kembali kepada fitrah manusia. Disitu ada jawapannya.

Dengan kata lain, soalan-soalan yang tercetus difikiran ku ini, hanyalah cetusan-cetusan ilusi untuk mengenal siapa diri kita sebenarnya? Aku pernah dengar orang berkata:

"Jikalau mahu mengenal Allah, kenalilah diri sendiri"

---------------

Setiap hari memandu di jalan raya, pasti aku terjumpa perkara yang berada diluar kotak fikiran aku. Mungkin sebab aku orang baik! hehehehe baik ke aku?

Dijalanraya aku selalu melihat pemandu kereta memotong disebelah kiri. Soalan yang tercetus ialah: Mengapa tindakan itu yang mereka ambil? sedangkan orang lain sanggup beratur panjang menunggu giliran dan tuah masing-masing untuk memotong dengan jujur?

Kadangkala bertemu dengan orang yang melanggar lampu merah. Mengapa?

Kadangkala bertemu dengan orang yang buat u-turn ditempat yang bukan sepatutnya.

Aku pun bertanya kembali, kenapa ada manusia yang berfikir sebegitu? Soalan ini seolah-olah seperti bertanya mengapa ada orang jahat?

Tapi aku cuba melihatnya dengan lebih dalam, mungkin dari sudut makanan, mungkin dari sudut kehidupan seharian, atau pun dari sudut sejarah didikan yang mereka terima. Lantas mewujudkan pemikiran yang bebas itu

-------------------------------

Pernah aku terjumpa dengan motorsikal yang melanggar lampu merah. Selepas "berjaya", mereka dengan pantas membuat wiley. Iaitu tingkah laku menunjukkan "yesss aku boleh buat". Sama seperti penunggang grand prix yang mewileykan moto mereka apabila berjaya mendapat tempat pertama.

Dan kelakuan itu sama dengan kelakuan Lone Ranger. Setiap kali, menang Lone ranger atau zorro akan mewileykan kuda mereka. Apa maksudnya? Maksudnya ialah jangan susah hati, kalau ada masalah aku akan datang kembali.

Begitu juga dengan si penjahat, yang mewileykan kuda ketika gagal dalam satu-satu operasi. Apakah maksudnya? maksudnya ialah jaga-jaga aku akan datang kembali!

------------------------------

Aku berpendapat sejarah masa lepas amat penting, untuk menjana kehidupan akan datang yang lebih baik.

Tapi mengapa subjek sejarah diperendah-rendahkan martabatnya?

huhhhhhhhhhhhhhhh!!

Monday, April 05, 2010

Anjakan Paradigma

Kadang-kadang kita terlupa atau tanpa sedar makan di sebuah kedai sahaja. Sedangkan, banyak lagi kedai lain yang ada yang boleh dicuba. Minda perlukan sedikit anjakan supaya ia menjadi lebih aktive dan creative. Makan dikedai yang berbeza boleh menghasilkan kritik. Bukan kritik adalah sebahagian hasil daripada kreativiti minda?

Kata Charles Caleb Colton (1780-1832)

"Where we cannot invent, we may at least improve"** Tanya Pak Google siapa dia ini

------

Ini dinding rumah aku akibat kreativiti anak-anak.





Selepas digarap dengan kreativiti dan sedikit bacaan, ini dinding rumah aku yang terbaru.






Kadang-kadang, pandangan mata pun perlu diubah, supaya imaginasi meningkat jika tidak pun mengembirakan hati sendiri!

Saturday, April 03, 2010

Retro : First Time Pandu Kereta

Selepas mengambil kereta sewa, aku dan seorang kawan pun bertolak ke rumah beliau kerana ada benda tertinggal. Bukan aku yang bawak, dia yang bawak, aku tak ade lesen lagi masa tu.

Tiba dirumah beliau, aku dibiarkan keseorangan di dalam kereta. Untuk melepaskan rasa bosan, aku keluar dan duduk di cockpit pemandu. Aku memerhati semua benda yang ada di situ. Gear, Klac, break dan pedal minyak. Sambil memerhati, aku sedang memikirkan beberapa teori pemanduan kereta yang aku baca.

Setelah aku berpuas hati dengan teori-teori yang berada dalam kepala. Aku merasa sedikit confident, lalu dengan bangganya menolak gear ke nombor satu. Klac pun dilepaskan, dan kereta terus meluncur laju, aku tidak dapat berfikir lagi di mana pedal minyak dan dimana pedal break. Ingatan sudah tiada, nasib baik otak cergas aku mendapat idea yang sangat ringkas. Lalu aku pulaskan stering menuju ke pagar batu perumahan kawan aku ini.

Gedegang!!

Kereta masih menderum disitu, kawan aku terus keluar dengan pantas. Tak ada jiran-jiran lair keluar mungkin waktu bekerja mereka tiada dirumah.

Kawan aku tersenyum. Aku sedang mengira-ngira berapa banyak duit dalam buku bank!

Hari itu duit aku terbang RM400!

DIY1000 - Panasonic Water Pump

  Haaaaaaa kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada ...