Saturday, February 26, 2011

Cermin Diri

Satu hari, aku turun masjid selepas solat jumaat, Seperti biasa, kelakuan dan keakuan ketika turun masjid dan mencari selipar masing-masing adalah realiti kita sentiasa berebut-rebut untuk mesti terus hidup. Seorang lelaki berwatak alim pada ku kerana dia memakai jubah aku lihat menyepak selipar ku sedikit kuat ketika dia menyauk selipar beliau ke kaki. Aku tidak mengharapkan selipar aku itu dialih selembut mungkin, tapi cukuplah kalau ia dikuis. Dan aku tidak melilau mencari selipar itu jika aku tidak melihat kelakuan tadi!

Aku selalu mendengar orang berkata, pakaian adalah cermin diri! walaupun sudah banyak berlaku kejadian jenayah dengan cara menonjolkan watak baik dengan pakaian. Aku tidak mahu mengesahkan tentang pakaian itu adalah cermin diri. Tetapi seeloknya, setiap orang yang berpakaian mesti berkelakuan yang sama dengan maksud pakaian yang mereka pakai. Terutamanya dalam hal-hal agama. Kalau dah memakai jubah, seeloknya, berperangailah seperti orang-orang berjubah sepatutnya berperangai.

Ramai juga org berkata, pakaian bukan lagi cermin diri, kerana ramai orang yang tidak berjubah, tapi masih berperangai macam orang berjubah. Ramai juga yang berpakaian gasar, tapi hati bukan main baik. Ah! semuanya sangat subjektif, tetapi, cubalah berpakaian yang membawa maksud lain ketika ke interview dan lihat apa yang terjadi!

Yang paling penting ialah niat. Apa kah niat seseorang memakai satu-satu jenis pakaian. Manakala yang kedua ialah impressi pertama orang yang melihat! Samada wow, alimnya dia! rock nya dia! brutalnya dia? belianya dia!. Walau apa pun impressi yang diberikan, pemakai masih seperti itu bersama niat mereka!

Aku rasa, sudah ada kajian yang dilakukan oleh barat mengenai kaitan cara berpakaian, pilihan pakaian serta warna pakaian dengan inventory individu. Jadi tidak syak lagi, pakaian adalah cermin diri, kalau ia tidak menunjukkan keadaan yang sebenar, sekurang-kurangnya ada asas untuk di timbang-timbangkan! Dan mungkin ilmu kita masih muda untuk di aplikasikan!

Thursday, February 17, 2011

Semalam aku bermimpi..

Semalam aku bermimpi, terbang di langit biru dan jatuh di sekolah lamaku, berjumpa kawan-kawan lama bergurau senda, berkelahi akhirnya aku tidak dapat masuk bilik asrama kerana kunci ku tertinggal. Aku merayu kepada kawan-kawan lama ini, tiada seorang ingin membantu!

Semalam semalam aku bermimpi bermain-main di kehijauan padang bola. Menendang bola ke sana ke mari, sehingga nama ku di laung-laung beberapa kali di minta balik rumah kerana ketika itu azan maghrib sudah bergema di udara. Tapi aku tidak mengendahkan kedua-dua pangilan itu!
(mimpi ini mirip, kesah aku sewaktu sedang membesar dulu)

Semalam-semalam-semalam aku bermimpi lagi, ketika aku di pantai, hujan lebat menimpa, dan ombak cuba menghempas aku, tapi aku berjaya berdiri di pucuk ombak, ketika itu datang seekor ikan yang sangat besar (sebesar lori tangki) mengigit mata kail ku. Ajaibnya, dengan mudah ikan itu berjaya ku tangkap dan dijinakkan.

Ah mimpi! Ia seperti melihat diri di cermin, kadang-kadang seronok, kadang-kadang tidak, Tapi aku masih mahu melihat cermin..

Monday, February 14, 2011

Muka Depan Google

Ini muka depan pakcik google hari ini

.

Walau sejauh mana kita lari atau menghindarkan diri, mereka cuba sedaya upaya hadir dan mengingatkan kita kepada sesuatu. Aku teringat ayat dalam surah Al-Baqarah

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah: 120)"

Aku ingatkan..

Seorang gadis diserahkan oleh ibu nya kepada pakistani jual karpet selepas ibunya tak bayar hutang carpet selama 2 tahun. Kini setelah 6 bulan berlalu, gadis itu ditinggal kan begitu sahaja(macam lagu roti gardenia) oleh suami terpaksanya.

*** di olah semula dari berita dalam harian metro (sejenis surat khabar )

Aku mengeleng-ngeleng kepala, kesian sungguh gadis itu. Tapi berat aku membaca, berat lagi dia yang menanggung. Salah satu kes klasik sebegini yang aku ingat ialah kes dalam cerita P. Ramlee. Kes hampir sama iaitu tak mampu bayar hutang, tapi penyelesaian sedikit berbeza walaupun sasarannya sama. Dalam cerita P. Ramlee, ditunjukkan pelaku kurang didikan agama, jadi pelaku kuat berjudi, dan seterusnya, menghadiahkan "sekali ngap" untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Berbeza dengan cerita di atas, pelaku ada sedikit pengetahuan agama, kasi "ngap" jugak, tapi dengan menghalalkan cara. Tapi si lawan orang pakistan tu tak tau pulak kedudukan agamanya. Kalau dia tau pasal agama, takkan dia tinggal tak bertali!

Aku ingatkan cerita begini ada dalam filem P. Ramlee je sebagai peringatan!

Saturday, February 12, 2011

Tahniah!

Tahniah aku ucapkan pada rakyat mesir yang berhati kering!

Thursday, February 10, 2011

Tamadun

Entahlah! Aku pun masih tak faham-faham! Adakah ketamadunan kita makin bertambah atau semakin susut. So bagaimanakah untuk mengukur pertambahan atau pun penyusutan ini? Aku serah kepada orang-orang sains sosial untuk mengukurnya. Tetapi amat menarik sekali, mengikut wiki!apa dia?, Ciri-ciri ketamadunan yang tinggi ialah bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, sistem undang-undang, kehidupan bandar dan bahasa serta sistem tulisan yang istimewa.

Kalau pengukuran dibuat berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan wiki itu, maka jelas sekali, keseluruhannya secara purata, pandangan aku ialah kita sudah tersisih jauh dari ketamadunan. Jika hanya mengambil perkara 2 dan ke 3, sudah semestinya kita tertinggal jauh. Apakah lagi dengan perkara 1. Tinggi sebuah agama jika ia di sanjung, kalau ia dibiarkan sebagai simbol, maka tak kan ke mana ia pergi melainkan akan hilang ditelan zaman. Itulah yang berlaku sekarang ini. Agama hanyalah untuk 1 perkara sahaja iaitu ketika mati. Menularnya penyakit-penyakit sosial menunjukkan tinggi rendah tahap agama seseorang.

Sebaliknya kalau ketamadunan di ukur dengan persamaan kelakuan orang-orang barat, sudah tentu kita sememangnya lebih maju dari mereka!

Tuesday, February 08, 2011

Entah!

Entah mengapa, aku tertanya-tanya berapa ramai orang putih yang cemerlang dalam bidang sains dan matematik? Tetapi aku merasakan manusia-manusia di timur tengah yang bercakap arab lebih cemerlang kematematikan dan kesainsan mereka berbanding orang barat yang berbahasa inggeris. Ah! aku tersilap kot!

Musim Itu Sudah Kembali!

Sudah banyak SMS serta email yang aku terima mengingatkan aku tentang tarikh itu. Tetapi paling banyak adalah SMS. Tidak cukup mengingatkan aku tentang tarikh itu melalui telefon bimbit, ia juga menggunakan saluran kedua iaitu talian broadband ku ini.

Membaca berulang kali pesanan-pesanan serta peringatan-peringatan yang sama yang kerap kali masuk membuat hati jadi lembut. Teringin juga menempah hotel lima bintang untuk menyambut tarikh itu serta jemputan makan malam.

Tiba-tiba aku teringat cerita-cerita sedih dan sadis, baby yang di makan anjing, baby di dalam longkang dan pelbagai kesadisan lain. Aku mual dan aku ingin ingatkan jauhkanlah minda dari ingatan tentang tarikh itu dan jauhkanlah dari zina!

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...