Saturday, February 26, 2011

Cermin Diri

Satu hari, aku turun masjid selepas solat jumaat, Seperti biasa, kelakuan dan keakuan ketika turun masjid dan mencari selipar masing-masing adalah realiti kita sentiasa berebut-rebut untuk mesti terus hidup. Seorang lelaki berwatak alim pada ku kerana dia memakai jubah aku lihat menyepak selipar ku sedikit kuat ketika dia menyauk selipar beliau ke kaki. Aku tidak mengharapkan selipar aku itu dialih selembut mungkin, tapi cukuplah kalau ia dikuis. Dan aku tidak melilau mencari selipar itu jika aku tidak melihat kelakuan tadi!

Aku selalu mendengar orang berkata, pakaian adalah cermin diri! walaupun sudah banyak berlaku kejadian jenayah dengan cara menonjolkan watak baik dengan pakaian. Aku tidak mahu mengesahkan tentang pakaian itu adalah cermin diri. Tetapi seeloknya, setiap orang yang berpakaian mesti berkelakuan yang sama dengan maksud pakaian yang mereka pakai. Terutamanya dalam hal-hal agama. Kalau dah memakai jubah, seeloknya, berperangailah seperti orang-orang berjubah sepatutnya berperangai.

Ramai juga org berkata, pakaian bukan lagi cermin diri, kerana ramai orang yang tidak berjubah, tapi masih berperangai macam orang berjubah. Ramai juga yang berpakaian gasar, tapi hati bukan main baik. Ah! semuanya sangat subjektif, tetapi, cubalah berpakaian yang membawa maksud lain ketika ke interview dan lihat apa yang terjadi!

Yang paling penting ialah niat. Apa kah niat seseorang memakai satu-satu jenis pakaian. Manakala yang kedua ialah impressi pertama orang yang melihat! Samada wow, alimnya dia! rock nya dia! brutalnya dia? belianya dia!. Walau apa pun impressi yang diberikan, pemakai masih seperti itu bersama niat mereka!

Aku rasa, sudah ada kajian yang dilakukan oleh barat mengenai kaitan cara berpakaian, pilihan pakaian serta warna pakaian dengan inventory individu. Jadi tidak syak lagi, pakaian adalah cermin diri, kalau ia tidak menunjukkan keadaan yang sebenar, sekurang-kurangnya ada asas untuk di timbang-timbangkan! Dan mungkin ilmu kita masih muda untuk di aplikasikan!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...